Iklan

Jun 11, 2011

Vadei


Memang saya tidak ke mana juga sekiranya lesen memandu saya okay. Sebabnya, hujung minggu yang lepas saya sudah ke Kuala Lumpur, bererti sudah 2 minggu tidak mengemas rumah. Tidak menyapu, mengelap, menjemur bantal, dan segala kerja-kerja yang berkaitan dengan rumah. Jadi hari ini, saya kena membasuh kereta, memberus bilik air, menyapu, mengemas almari, menjemur bantal-bantal, dan semua kerja yang biasa seorang bibik lakukan. :D



Sudah dua kali dalam bulan lima saya ke KL dan ketika ke pasar malam Taman Melawati, kuih vadei kegemaran saya tidak dijual. Gerai yang menjual kuih itu tidak ada. Memang, saya gemar kuih itu. Sebagaimana saya suka nasi kandar dan masakan berkari. Tapi, di mana hendak di cari di Terengganu ini? Kalau adapun di Mydin Mall, nasi kandarnya tidak sedap dan kuih vadei pula keras yang entah berapa kali goreng!


Jadi saya terfikir untuk membuat sendiri kuih vadei. Saya ingat lagi pernah menengok resepi itu dalam sebuah buku resepi dulu, dan sebenarnya cara membuatnya sangat ringkas dan mudah. Kebetulan ada kacang dhal dalam peti, yang saya rasa saya beli ketika hendak menyambut raya tahun lepas. Kononnya hendak buat nasi dhal, tetapi beli kacang dhal macam nak buat kenduri nasi dhal untuk sekampung. Hahaha...


Saya sebenarnya suka makanan berasaskan kacang dhal. Dulu (dalam tahun ini juga), saya pernah cuba buat tumpi kacang dhal. Siap beli bekas untuk goreng tumpi atau rempeyek dekat pasar payang. Tapi tak jadi! Tumpi saya jadi keras. Lepas tu saya give up. Tak buat lagi.


Kali ini saya nak cuba buat kuih vadei pula. Tengahari tadi saya dah siap-siap rendam kacang dhal. Jadi petang tadi, ketika memasak lauk untuk makan malam, saya tengok kacang dhal dah kembang. Maka, sambil menunggu tumis air kobis saya menggelegak, dan tumis sardin saya masak, saya blend separuh kacang dhal. Dan tanpa berfikir apa-apa, saya campurkan dengan sedikit air. Bila dah hancur, baru saya terfikir, 'eh, nanti macamana nak membentuk bulat sebab dah lembik?'.


Ada dua resepi yang saya refer semalam, satunya ada dicampurkan tepung gandum, dan satu lagi tidak. Asalnya saya cuma hendak mengikut resepi yang tidak dicampurkan gandum, hanya digaulkan separuh kacang dhal yang dikisar dengan separuh yang tidak dikisar, dan bawang besar (merah), lada kering dan cili kering yang dicincang halus. Resepi itu juga ada memaklumkan bahawa sekiranya mahu, boleh dicampurkan dengan sedikit serbuk kari. Disebabkan kebetulan sudah lama dirumah ini tiada cili kering, sebab cili kering yang dimesin siap-siap ada dijual di pasar dekat rumah dan sedap pula bila menumis, maka saya campurkan sedikit serbuk kari ke dalam campuran kacang dhal itu. Dan kerana masih lembik, saya campurkan dengan sedikit tepung gandum, agak-agak kelihatan seperti hendak membuat jemput-jemput bilis tu.


Saya cuba dulu gorengkan sama seperti menggoreng jemput-jemput. Apabila minyak panas, saya sudukan campuran kuih ke dalam kuali. Agak-agak kekuningan, terbalik ke sebelah lagi. Agak-agak dah masak, angkat. Dan rasa dulu.


Hmmm.


Rupanya memang kurang cantik. Tidak betul-betul bulat dan leper seperti yang biasa dilihat dijual. Tapi rasanya sedap seperti mana yang saya beli di pasar malam Taman Melawati. Saya makan sebelum habis digoreng lagi. Saya bimbang juga mak dan yang lain-lain tidak suka. Ya la.. vadei bukannya kuih tradisional orang melayu. Kuih orang india. Hehe... Tapi, diaorang suka pulak. Kakak ipar yang merasa pun kata sedap. Nampaknya, lainkali boleh buat lagi.


Oh ya.. saya sebenarnya tidak pasti betul atau tidak kuih ini dipanggil vadei. Bila saya surf imej di Google, ada dua jenis yang ditunjukkan. Satu yang bulat leper macam yang saya buat, dan satu lagi yang berbentuk gelang ada lubang kecil ditengahnya. Saya memang suka ke dua-duanya, tapi yang berbentuk gelang itu setahu saya rasanya lain sedikit, lebih lembut seperti menggunakan tepung. Saya rasa kedua-dua punya nama yang lain tetapi mungkin ramai orang melayu panggil kedua-duanya dengan satu nama sahaja, vadei. Kalau ada yang tahu, bagitau lah yer. Bye!

2 comments:

  1. assalam aya

    suka juga vadei tapi blum pernah try buat sendiri :)


    Kalau letak pic bleh juga tengok hasilnya ... he33

    ReplyDelete
  2. ok2 wachak... ada gambr ni.. tp tk cantik... tp memandgkan ada permintaan, i postkan gambrnya nanti.. hehe...

    tp memang sedp tau.. hahahaha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...