Masa tu aku sedang mandi. Seperti biasa, kalau aku mandi, memang mengambil masa yang lama, sehingga Dania menjerit-jerit mencari di mana mamanya. Tengah sedap2 mandi, aku mendengar Dania memanggil.
"Mama... ce tutup kejap paip tu. Nia nak cakap ngan mama ni.. mama dengar dok?". Aku dengar suara manja dia diluar bilik air. Akupun memulas paip, memperlahankan aliran air yang laju. "Yer..mama dengar ni.."
"Mama...Nia nak beli buku tu ngan pitih Nia buleh dok? Ari tu, ada kawan tokki bagi pitih ke Nia..".
Pada masa aku rasa cam nak menangis pun ada, cam nak tergelak pun ada. Kesian anak aku... Sebenarnya, hari rabu lagi dia dah mintak duit dengan aku untuk membeli buku. Dia menunjukkan padaku keratan kertas yang mengandungi gambar buku dan harga buku tersebut. 6 Buah buku untuk RM7.90. Mulanya aku cakap dia, tak perlu beli la. "Nia kan dah ada banyak buku macam tu". Tapi dia merengek nak jugak. So, aku cakap ngan dia, pagi esok la mama bagi duit. Tapi, keesokkan harinya, aku hantar dia ke tadika tanpa menghulurkan RM7.90. Bukan aku sahaja lupa, dia juga lupa! Malam jumaat tu, dia bersungut la, "Kawan-kawan sumer dah beli buku tu, Nia nak beli jugak". "Ari isnin ni la Nia beli, mama lupa nak bagi duit tadi". Aku pujuk dia cam tu jer. Awal-awal pagi jumaat, dia mintak lagi duit tu, dan aku ulang benda yang sama. Isnin mama bagi la. (Ahad cuti peristiwa, sebab ari sabtu sukan).
"Ari tu Nia ikut tokki gi jumpa kawan tokki. Kawan tokki tu 'girl'. Dia bagi pitih ke Nia, dua". Dania sambung citer diluar bilik air. Aku mendengar sambil tersenyum. "Saper kawan tokki tu? Kkasih tokki ker?". Padahal aku dah agak sebenarnya siapa 'girl' tu. "Nia tak tahu, nia dok ingat doh saper". "Cer gi royak ke nenek, tokki ada kkasih". Aku sajer mengusik. Aku membalut tubuh dengan tuala, dan keluar. Dania yang sedang berdiri dekat pintu menghampiri aku, dan mencapai tangan aku, dan bersama-sama aku masuk ke dapur. Aku kemudian duduk di anak tangga di dapur sambil tersenyum memandang mak yang turut mendengar Dania bercerita. "Nia ada lagi pitih lain hak kawan tokki bagi. Nanti Nia ambik tunjuk ke mama deh...". Dia sudah naik dan berlari ke bilik. Seketika kemudian, dia datang semula bersama-sama wang kertas berwarna biru di dalam genggamannya. Dia duduk di samping aku. "Berapa ringgit Nia ada?" tanyaku bersahaja. "1, 2, 3, 4, 5, 6. Enam ringgit!" Dia mengira-ngira. "Dah buku tu 8 ringgit, dok cukup lagi tu?". "Mama bagi la skit lagi..". Dania meminta. Aduhhhh... Sedih pun ada, nak tergelak pun ada. Cara dia bercerita untuk memberitahu yang dia akan menggunakan duit dia untuk membeli buku itu seolah-olah mama dia tidak ada duit, dan tak pernah bagi duit pada dia!
Sayang mama... Mama masih cukup kuat untuk mencari duit untuk membesarkan Dania, membeli buku untuk Dania belajar, menyediakan makan, minum dan pakaian untuk Dania. Alhamdulillah... Tuhan masih memberikan rezeki untuk kita sayang...