Iklan
Dec 2, 2013
Mimpi Mati, Mimpi Sesat, Mimpi Jumpa Orang Yang Dah Lama Tidak Berjumpa
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Pernahkah anda bermimpi tentang kematian, dan yang mati itu adalah anda sendiri? Itu antara mimpi tak best yang pernah aku rasa. Kita bermimpi seolah-olah kita mati, dengan kita sendiri melihat kematian itu bagaimana. Aku pernah mimpi mati jatuh telaga.
Kemudian baru-baru ini, aku mimpi aku telah meninggal dan roh aku melayang-layang ibarat hantu dalam drama korea 'the master's sun'. Ya.. aku telah menjadi hantu. Padahal ada suatu ketika aku bermimpikan hantu, dan aku sungguh takut sehingga aku terjaga dari tidur dan sempat mendengar mulut aku membaca doa iftitah sehingga habis! Mak gelak sakan bila aku cerita dekat mak.
Paling aku takut ialah mimpi sesat atau tak jumpa jalan yang hendak di tuju. Hari itu aku bermimpi aku hendak ke airport. Dah sampai di airport, aku cuma nak cari kaunter nak check-in ajer. Tapi aku sesat hingga keluar dari kawasan airport. Hari dah makin gelap, jalan berbukit-bukit dan aku pulak dengan Aisya! Kiri kanan jalan cuma ada hutan sahaja, dan tak ada kereta pun yang lalu. Akhirnya, selepas penat berjalan, aku nampak sebuah rumah dan kebetulan pula ada kereta yang lalu. Ya Allah.... sangat menakutkan mimpi sesat-sesat ni.
Agaknya, apakah maksudnya yer, apabila kita bermimpi dengan orang yang dah lama kita tak jumpa. Sedangkan di alam nyatanya, kita langsung tak teringat kat orang tu. Pada aku, ianya cuma mengingatkan aku pada orang itu sahaja, supaya aku tidak lupa barangkali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hah..cepat bukukan mimpi mimpi tu...dan pos kat aku pulak...hehe
ReplyDeleteHahaha... tak ada maknanya. Aku bukannya cam ko Nizam, bleh ingat detail mimpi2 tu. Ni puh ingat skit2 jer.
DeletePertanda hobby tiduran hehe...
ReplyDeleteerrr... tidur itu penting bukan. hobby tu hobi, kah? kalau hobi tidur, utk saya tidak kesempatan. masa tak cukup utk jadikan tidur sebagai hobi. hehehe...
DeleteTumpang laluuuuuu..
ReplyDeleteErrrr.. tak tau nak komen apa..
hahahaha.. lalu la k.sham, tak kena bayar pun. hahaha
Deletehujan ni k.sham... tk berenti lagi dr awal pagi tadi. nampaknya gelombg banjir kedua mungkin nk berlaku. nauzubillah...