Iklan

Dec 12, 2013

Mananya Tak Banjir Kalau Tiada Saliran Untuk Air Mengalir

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Minggu ini dan minggu lepas, seluruh rakyat Malaysia kecoh dengan cerita banjir di Kuantan dan Kemaman yang teruk. Aku tahu, memang teruk banjir hujung tahun ini. Bagi aku yang tinggal di Kuala Terengganu, yang berjarak hanya 3 jam perjalanan ke Kemaman dengan kereta, ianya lebih terasa. Nak makan sedap-sedap pun terfikir apakah mangsa banjir makan. Nak belek gambar kawan-kawan kongsikan kat facebook pasal Big Bad Wolf Sales pun, rasa macam bersalah nak tumpang gembira. Tapi rutin tetap kena berjalan seperti biasa. Pergi kerja, balik kerja, layan budak-budak makan kat rumah, tidur, dan begitulah hari-hari.

Hujan di sini ketika hari hujan luar biasa di Kemaman, macam biasa sahaja. Sekejap hujan, sekejap teduh. Ada beberapa tempat air melintas jalan tetapi tidaklah sampai jalan ditutup untuk laluan. Ianya keadaan biasa setiap tengkujuh hujung tahun. Malah pada hari jumaat lepas, ketika aku membawa anak saudara ke kinik, jalan yang selalunya di tutup atau aku jer yang takut nak lalu, aku tengok tak ada air pun. Air sungai kat situ ada la melimpah, tapi tak seteruk tahun tahun yang sudah. Hari isnin 2hb Disember tu pun, aku sempat ke Paka untuk menghadiri taklimat tapak, walaupun dalam hujan lebat gila. Ya, ianya sehari sebelum Kemaman dan Kuantan dilanda bah yang teruk itu.


Bercerita perihal banjir, aku rasa bagus juga orang dulu-dulu. Buat rumah, dah fikir dah kemungkinan-kemungkinan bencana yang ada (banjir la biasanya pun). Rumah di buat tinggi di atas tiang. Sesetengah rumah, di bawah rumah siap boleh diparkir dengan kereta lagi. Bila banjir, tak payah sibuk-sibuk pindah. Belakang rumah aku, pun bendang dulu. Tapi rumah masa tu, agak tinggi tiangnya. Bawah rumah tu, tempat letak motor, baja-baja padi, dan tempat kitaorang bermain congkak atas tanah dengan buah getah. Oh yer, juga tempat letak dan susun daun tembakau bila tiba musim tanam tembakau. Bawah rumah zaman itu bersih gila! Nak cari sarang labah-labah untuk letak kat jari yang luka pun susah nak dapat.

Aku ada bercerita perihal banjir di sekitar kampung aku dulu disini dan disini. Tapi, itu dulu. Dulu lain, sekarang lain.

Mungkin ada bezanya, di Kemaman atau lebih spesifiknya di Air Putih, Kemaman dengan di kampung aku. Tapi apa yang di beritahu, asasnya sama sahaja iaitu tiada saliran yang sempurna yakni longkang. Di mana-mana sahaja, pada pemerhatian  dan pengamatan aku, air berkumpul dan bertakung di atas jalan kerana ketiadaan longkang, dan fall atau kecondongan jalanraya tidak betul.

Satu hal lagi, kalau di sekitar kawasan aku, tanah-tanah bendang yang sudah tidak ditanam padi, mula ditambun tinggi-tinggi untuk dibuat rumah. Dan tingginya pula lebih daripada tinggi jalan. Bila dah banyak tanah bendang dikambus begitu, maka bertukarlah jalanraya menjadi longkang bila hujan lebat. Begitulah juga apabila tanah-tanah yang ditambun itu, dibeli pula oleh pemaju perumahan. Rumah-rumah dibina, sederet-derat atau sebuah-sebuah, longkang ada tapi mungkin tak cukup untuk menampung jumlah air yang selalunya berkumpul di tapak asal yang tidak ditambun. Hasilnya rumah-rumah sekitarnya akan menjadi mangsa bencana banjir.


Bendang belakang rumah aku tu, ianya tak boleh ditanam padi sebab air tak mengalir. Ianya semenjak lubang laluan air di kambus dek tanah yang menjadi tapak pasar baru sekarang iaitu sekitar tahun 2005. Awal-awalnya, air bertakung lama hingga merosakkan padi. Lama-lama tumbuh rumput yang tinggi-tinggi tu. Orang kampung panggil rumput 'nerung. Sekarang dah banyak kawasan bendang yang tidak boleh ditanam padi akibat ketiadaan saliran dan air akan bertakung lama apabila hujan lebat.


Beginilah rupanya bekas tanah bendang yang terbiar musim kemarau.


Begini pula jadinya apabila musim tengkujuh datang. Ini dulu.


Dah, cukup-cukuplah aku meluahkan segala ketidakpuasan hati aku, yang sering setiap masa melegar-legar dalam fikiran. Sambil memandu pun, otak aku ni sempat lagi membina ayat untuk blog. Alangkah mudahnya kalau dengan berfikir begitu, ialah boleh dicetak atau siap bertaip. Hahahaha....

Hari ini matahari dah bersinar di atas langit Kuala Terengganu. Air atas jalanraya, mula surut dan kering, tapi air dalam bendang memang susah nak kering. Kalau hujan lebat datang lagi, dengan tanah yang sudah tepu dengan air, dengan air yang sedia ada tak kering lagi, memang mudah sangat untuk banjir berlaku. Namun, nauzubillahiminzalik.. Moga Tuhan jauhkan bencana dan musibah, dan memberikan kemudahan kepada kita semua. Amin.














6 comments:

  1. Banjir kat sawah nampak cantik..sbb nampak mcm laut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. tepat sekali. dulu2 suka sgt tgk laut atau tasik luas terbentuk belakang rumah. skrg, rumput 'nerung tu tinggi sgt, hinggakan air pun dh tak nampak ada ke tak.

      Delete
  2. Assalamu'alsikum Su @ Aya
    Gaya hidup kita sendiri turut mengundang banjir. Semoga yg terjejas dek banjir akan stabil semula kehidupan mereka pada kadar yang segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Pak Temuk,
      Betul.. Ada longkang plak, kita tak peduli untuk menjaga kebersihannya hinggakan byk longkang tersumbat dengan sampah sarap. Di mana mana situasi ni memang tak bleh elak. Ada jer.

      Delete
  3. logik juga ttg saliran dan rekabentuk rumah. Pernah seorang arkitek mat saleh (lupa nama apa) dalam sebuah akhbar melayu bila tengok rumah teres dia tanya why cut all the legs? merujuk kepada rumah-rumah melayu yg bertiang tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la... orang dulu-dulu, nak buat rumah, fikir banyak benda. orang sekarang, nak buat rumah, fikir untung jer. hehe...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...