Iklan

Jun 12, 2013

Ho Chi Minh City : Tips Untuk Penukaran Matawang

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...


Aku tahu, akhir-akhir ini, Ho Chi Minh City semacam suatu fenomena. Semua orang nak gi sana, dari orang-orang kampung cam aku hingga ke orang-orang bandar cam korang. Hehe... Dah pergi sekali, nak pergi lagi berkali-kali. Errr... bagi yang banyak duit dan kaki berniaga la kan. Geng-geng aku pergi baru-baru ni pun, sempat lagi survey flight ticket utk ke sana hujung tahun ni. Tiket murah, hotel murah, barang-barang nak shopping, sumer murah. Yang mahal? Oh.... makan di sana agak mahal yer. Dan sesetengah tempat makan, mahalnya tidak dapat diterima dek akal.

Sebelum ke sana baru-baru ni, aku banyak google pasal Vietnam di internet. Tentang makan minum, shopping, apa yang perlu dibawa bila travel oversea, dan macam-macam. Juga belajar dari pengalaman lepas (semasa trip ke Phuket dan Hatyaai), aku cuba untuk mengelak daripada membuat beberapa kesilapan yang pernah aku buat ketika di tempat orang (luar negara).

Bagi yang terjumpa blog ini, ketika tengah belayar mencari maklumat pasal Saigon City, di sini aku kongsi serba sedikit pengetahuan berdasarkan pengalaman yang aku tempuh dan kesilapan yang aku buat. :)




 Bila kita nak pergi negara orang, memang sah-sah la kita duk fikir pasal penukaran matawang kita (RM) kepada matawang diaorg kan. Matawang vietnam ialah Vietnam Dong. JANGAN buat penukaran matawang di sini (malaysia), jauh beza kadar harganya dengan di sana. Aku tak pasti berapa, tapi memang jauh lebih murah. Atau dalam erti kata lain, RUGI. Salah seorang ahli rombongan kitaorang, buat penukaran wang di sini dan dia ada bersungut tentang kerugiannya.




Masa tu aku risau juga pasal penukaran matawang ni, walaupun di mana-mana dalam blog, banyak maklumat tentang penerimaan matawang RM di sana. Maksudnya, kalau nak shopping, diaorang terima matawang kita (RM) dan juga USD. Dan kebetulan pulak ketua rombongan kitaorang langsung tidak bersuara pasal penukaran duit. Bila sampai kat airport sana (airport Ho Chi Minh), ada berderet Money Changer kat luar tu. So, kitaorang pun tukar la kat situ. Tapi aku tukar RM200 jer sebab kata ketua rombongan, dekat dengan hotel pun boleh tukar... dapat la juta-juta VD. Hahaha...

Then, bila sampai hotel, dekat hujung jalan depan hotel jer, ada money changer cum penjual barang kemas. Hehe.. So, aku tukar lagi kat situ. Malamnya, lepak-lepak dalam bilik, kira la duit-duit semua. Rupanya rate kat Vietnam ni pun tak sama. Aku rugi RM10 bagi setiap RM200, bila tukar kat money changer kat airport tu. Maknanya kalau RM200 tu aku tukar kat money changer dekat ngan hotel yang aku duduk tu, aku dapat dapat banyak la duit vietnam dong. Mujur aku tak tukar banyak.


Ok, itu saja yang aku nak kongsikan dulu buat sementara ni. Nak cerita panjang-panjang tak sempat sangat lagi. Nanti aku kongsikan lagi pasal shopping dan lain-lain yer.









2 comments:

  1. Memang tengah cari pasal tukar2 duit ni. pening sangat dah..hehe

    ReplyDelete
  2. Memang tengah cari pasal tukar2 duit ni. pening sangat dah..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...