Assalamualaikum...
Dah agak lama rasanya tidak berkongsi resepi di sini. Kali ini aku nak berkongsi resepi Tom Yam Pok
Rupanya restoran tu dibuka mulai jam 6 petang, juga menjadi tempat lepak ramai pemain bola sepak, selain juga merupakan antara tempat lepak Ustaz Azhar Idrus. Malam-malam restoran tu memang penuh la.
Kali kedua aku makan tom yam yang sedap itu, aku tilik satu persatu apa yang ada kat dalam tom yam tu. Kononnya nak buat sendiri nanti. Terfikir juga mesti ada resepi tu kat internet. Boleh cari jer nanti. Tapi tup tup bila mak tanya nak masak apa dengan ikan tenggiri hari jumaat lepas, aku terus terfikir nak masak tom yam. Tak sempat cari resepi dah, main hentam dan campak jer apa yang ada.
TOM YAM POK TEK
Halia & lengkuas- agak-agak la banyak mana nak buat tomyam tu kan - ditumbuk halus
Bawang besar sebiji - di hiris. Sebaiknya bawang holland, tapi kalau tak ada, hentam jer la dengan bawang besar india tu.
Bawang putih - 3-4 ulas, diketuk sedikit.
Cili padi - sebanyak yang anda mampu, diketuk.
Serai - 3 batang, diketuk-ketuk
Asam keping - sekeping cukup
Kuib tom yam Knorr - 2 ketul
Tomato - dipotong kiub
Kobis bunga - dipotong
Carrot - di potong
Cendawan butang - di hiris nipis
Ikan tenggiri - di potong kuib
Udang
Ketam /Lala/Sotong (sekirannya ada, aku tak letak sebab tak ada semua tu dalam peti ais)
Air
Santan atau susu cair ( aku guna santan lebih kurang secawan)
Daun ketumbar (pun tak letak sebab tak ada)
Daun limau purut
Garam / gula secukup rasa.
Tu jer rasanya yang aku bubuh. Aku terfikir juga nak tumbuk buat tomato tu, supaya warnanya lebih merah, tapi kebetulan tomato yang ada kurang merahnya. Maka aku potong-potong gitu ajer. Tomato puri lak tak der. Caranya mudah saja, tuang air dalam periuk, masukkan santan dan kemudian masukkan semua yang ditumbuk/diketuk termasuk kiub tom yam. Carrot dimasukkan dahulu sebab dia lambat masak. Agak-agak dah boleh masukkan yang lain, campak-campakkan ajer semua yang lain tu. Akhiri dengan asam keping, daun limau purut / ketumbar, jangan dilupakan garam dan gula secukup rasa.
Inilah hasilnya! |
Aku tak pernah masak tom yam yang letak santan ni. Bimbang juga masa memasak ni, takut tetiba nak buat tom yam tapi hasilnya gulai. Hahaha.. Tapi, alhamdulillah. Memang sedap walaupun tak sesedap yang di restoran punya sebab tak ada sotong, lala dan ketam yang menambah rasa manis seafood. Kuahnya habis dulu sebab sedap dihirup. Hehe..
Selamat mencuba.
Selalu tgk menu ni kat kedai tapi tak berani order...sbb pelik sgt bunyinya...haha
ReplyDeleteSama la, dulu pun tk berani order sebab cam pelik... hahaha...
ReplyDeleteKak Su, tomyam is sedap. hehehe. Ila suka tomyam putih.
ReplyDeleteNi add blog ila yg baru yer: msnila.blogspot.com
;)
Hai Ila.. ksu memg suka tomyam. tapi tk pernh buat tomyam pok tek ni. hehe...
Deleteaik.. blog baru? hehe... nanti ksu jenguk yer.
Kalau kedai Siam di sini..
ReplyDeleteKalau pok tek ni.. tom yam putih or kuah cerah.
Tom yam kung.. itu tom yam yg ada santan.
Tp anak2 K.Sham prefer yg tom yam biasa or tom yam kung.
Pok tek dia org kurang suka sbb ada lengkuas.
Laaa.. gitu ker k.sham.
DeleteBiasa yg su mkn kt kedai, kalau tom yam putih, kuah cerah tu la kan.
Kalau tom yam kung, memg merah dan ada udang besar2.
Sekali tu su gi secret resepi makan tomyam kung, tk ada udang. cam pelik lak rasa. hahahaha...
Saya suka tomyam putih kuah cerah..kalau bab nama tomyam sampai hari ni saya masih konpius :)
ReplyDeletehaaa.. tomyam tu, sesetgh tempt letak air nyor... memg sedap. tapi sesetgh restoran buat tak jadi, tak sedap.
DeleteOhhh..orang letak air nyor yer..kena cuba nih. Boleh ke pakai air nyor dalam tin tu? hehe
DeleteAda ker air nyor dalam tin? Tak penh tahu pun... santan tahu la. hahahaha.... Tapi awak cuba la KA, mana tahu kot2 sedap. hehe..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteooo,,ltk air nyor?air kelapa ker?xthu la plak..t nk try buat,,thu mkn jer.tq sharing
ReplyDeleteSalam kak? nak tny sikit, sebab minggu depan kena masak tom yam pok tek kat kolej untuk exam, hurm, kalau lala tu kena rebus dulu ke camne?? tq
ReplyDelete