Assalamualaikum...
Februari 2014 dah menjenguk. Cepat betul aku rasakan sebulan berlalu. Rasa semacam tidak sempat berbuat apa-apa lagi. Maksudnya, untuk diri sendiri. Ataupun sebenarnya mungkin banyak sangat yang aku nak buat awal tahun ni, hinggakan rasa macam tidak sempat.
Cuaca sungguh sejuk akhir-akhir ini. Biasalah, awal tahun sebelum Tahun Baru Cina. Sejak dulu, akhir atau awal tahun adalah musim angin kencang, ombak tinggi dan sejuk! Ianya bukanlah sesuatu yang ajaib sangat. Cuma akhir-akhir ini, ianya menjadi semacam kekecohan bila suhu turun hingga 17 darjah celcius di Kuala Krai, dan di Besut 19 darjah celcius. Sekitar Kuala Terengganu, mungkin paling rendah 20 darjah celcius. Bagi aku yang memang tidak tahan sejuk ini, musim-musim biasa pun aku tak boleh tidak berselimut ketika tidur dan mesti pakai seluar panjang. Apatah lagi bila sejuk-sejuk begini, memang berstoking dan berbaju sejuklah dalam selimut tebal!
Kekecohan cuaca sejuk ini aku rasa sebab zaman sekarang ramai orang pakai smartphone yang ada memaparkan suhu semasa di tempat masing-masing. Jadi semua orang menjadi alert akan penurunan dan kenaikan suhu. Yang tak ada smartphone, kemudahan internet ada di mana-mana. Masuk sahaja accuweather, dah dapat tengok segala. Dulu-dulu, kita menganggarkan atau meramalkan keadaan cuaca berdasarkan pengalaman, musim apa, bulan dan macam-macam lagi. Ini kerana, semua itu mempengaruhi aktiviti pencarian pendapatan masing-masing.
Sejuknya awal tahun, sekitar tahun 80-an dahulu, aku masih ingat terujanya kami adik beradik dapat melihat keluar asap dari mulut kami apabila bercakap di awal-awal pagi. Hingga jam sepuluh pagipun, embun di rumput masih belum kering dan sejuk masih terasa hingga ke tulang. Orang kampung panggil musim sejuk begitu yang paginya kabus menjarakkan pandangan mata, musim padi berisi atau padi hendak masak. Atau juga musim angin tahun baru china, sebab musim sejuk begini biasanya sebelum tahun baru china. Ianya memang musim padi mula menguning. Dan kami orang-orang kampung samada budak-budak atau orang dewasa ada aktiviti sendiri di musim sejuk begini. Antaranya, mengumpul embun atas daun keladi yang tidak basah, dan bertanding embun siapa yang paling banyak!
Sejuknya yang dikecohkan tahun ini, belum lagi aku tengok mulut berasap apabila bercakap di awal pagi. Padi sudah menguning di sesetengah tempat. Kabus tebal dan memutih hampir setiap hari dan apabila tengahari, langit membiru dengan begitu cantik. Pokok timun batang emak sudah menjalar memanjat rang ranting kayu. Aku dah mula merancang untuk menanam pokok bunga semula. Hidup kembali bergerak pantas seperti biasa.
Perlis pun sama jugak kak su. hehehe. Padi dah masak dan tengah dituai skang nie. Tapi bila dah sampai tengahari panasnya boleh mencecah 34 darjah jugak. Terik. Nasib baik la berangin.
ReplyDeleteHaa.. memang berangin ila. Musim budak2 main wau atau layang2 ni. Dulu2 kat kg akak siap ada pertandingan lagi, bila dah habis padi dimesin. Sekrang tak der dah... sedih... :(
DeleteBetul tu Sue, dulu pun sejuk jugak cam gini tapi sebab takde weather apps yg memaparkan suhu, maka orang tak ambil kisah..padahal sejuk yang lebih kurang sama jer :) Lainlah kat sini..ramalan cuaca dan suhu adalah perkara yang wajib ditengok sebelum memulakan hari.
ReplyDeleteTu la... kat sana ada 4 musim yang jelas. kat sini musimnya plak berdasar apa aktiviti penduduk setempat. itu lah yang menjadi panduan dulu-dulu. musim tanam padi (hujan), musim menuai (panas), musim candat sotong (laut tenang), musim durian, macam2 la kan. hehe
DeleteDi Kuwait semalam dah hujan. Lebat pulak tu. Tandanya winter dah nak sampai ke penghujungnya. Spring pulak nak tunjuk diri.. boleh la mula hantar dobi segala jaket tebal tu..
ReplyDeleteTapi kalau dok Msia ni.. time ni mmg best kan main lelayang.. kat Kepong tu ada satu taman yg meriah dgn pengunjung yg main lelayang tiap hujung minggu. Best!!
K.sham, sini kira spring jugk la kot. time ni la nk bertanam balik pokok2 bunga tu. haa... main lelayang tu memg dah waktunya ni. Su pernh lalu kat kepong tu, seronok nampk diaorg duk main layang2 atas bukit tu. Macam satu bukit kat pasir gudang jugak. Tapi kalu kat kg, selain kat pandai, budk2 lari atas batas bendang!
DeleteKat S.Alam panas la Su...bilanya nak sejuk entah la..
ReplyDeleteTapi kawan2 kata kat Kajang laaagiiiii panas... hahaha
hwaa bestnya cuaca sejuk2 gitu..saya kalau gitu alamatnya memang berangan lah paling best su..hihi
ReplyDeleteSekarang ni, di Shah Alam....panas dan kering...hadoiii...:)
ReplyDeleteMmg ramai patient yg demam...sakit tekak....
Saya personally, mmg suka suhu sejuk...kalau gi Cameron Highland, mmg sengaja melepak2 kat luar hotel malam2...nak merasa sejukkkkkk yg amat...hahaha
haritu musim sejuk, sekarang musim kemarau pulak..kipas berpusing betul2 kat muka pun masih rasa panas lagi :)
ReplyDelete