Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Ini antara tempat permainan aku zaman kecil dahulu. Rumah ini rumah paling dekat dengan rumah mak ayah aku. Jiran di sebelah kiri rumah. Kedudukan rumah kami dulu adalah lebih ke sebelah kiri, sebab di sebelah kanan ada banyak pokok kelapa, pisang, mempelan kampung, pokok nona dan jambu air, sebelum dipisahkan oleh pagar kawat duri dengan kebun mok teh, arwah mak saudara aku. Pokok langsat yang hampir mati di atas adalah sempadan tanah kami dengan tanah jiran itu. Nampak bukan, betapa luas ruang kosong di sebelah rumah itu.
Sebenarnya rumah itu kepunyaan sepasang suami isteri (arwah, al-fatihah untuk mereka) yang aku panggil tokki dan tokwan. Rumah anak-anak dan cucu-cucu mereka, adalah jiran-jiran kami sekarang di sebelah depan rumah. Tokki dan tokwan bercerai ketika masing-masing sudah di hujung usia. Tapi disebabkan mereka banyak harta, tokwan buat rumah besar di depan rumah kami di mana tapak asalnya merupakan tempat kami selalu bermain aci duduk, bola lontar selipar atau tin, galah panjang, pukul berapa datuk harimau, dan macam-macam lagi. Rumah di atas tokki tinggal seorang diri.
Samada tokki ataupun tokwan, kedua-duanya aku masih ingat jenis orang yang sangat pembersih. Di laman luas di sebelah depan dan tepi serta belakang rumah, daun-daun yang berguguran setiap hari di sapu dan di bakar. Rumput-rumput, memang pantang tumbuh. Rumah tokki itu sebenarnya jarang sangat aku
masuk ke dalamnya. Aku takutkan tokki yang garang, malah cucu-cucunya yang
menjadi kawan sepermainan aku juga jarang naik ke rumah itu. Tapi tokki tak
kisah kami bermain di laman rumahnya yang luas dan bersih itu. Kekadang aku
dengan cucu perempuannya lepak di beranda dapur yang bersimen. Ada
sebuah telaga di situ dan sekeliling telaga itu juga bersimen luas. Berhampiran
dapur ada sebatang pokok dengan buah-buahnya berwarna kuning (aku dah lupa
pokok apa) dan disitulah aku kenal burung kerak nasi yang panjang ekornya dan merah matanya. Di sebelah depan kiri
rumah, ada rumah padi yang agak besar dan aku masih ingat ada tempayan besar
yang kekadang menjadi tempat tokki peram setandan pisang. Bila tempayan itu
kosong, ianya menjadi tempat kami bersembunyi apabila bermain hide and seek!
Pabila malam, rumah tokki jarang cerah. Lampu
hanya dibuka di dalam biliknya ataupun di dapur. Hanya sesekali sahaja lampu
kalimantang di beranda depan di buka pada waktu malam. Itupun apabila
cucu-cucunya yang jauh bertandang musim cuti sekolah, dan biasanya tidur aku
akan terganggu pada waktu itu kerana bilik aku adalah dari arah mana
gambar-gambar ini diambil!
Selepas tokki dan tokwan meninggal, sekitar 90-an ketika aku tinggal di asrama, rumah besar itu ditinggalkan kosong. Lama. Sehinggakan kami adik beradik panggil rumah itu rumah berhantu, walaupun kami tidak pernah melihat hantu di rumah itu. Kemudiannya baru-baru ini rumah itu berjaya dijual kepada sanak saudara mereka. Rumah sahaja, tidak termasuk tanah. Di kampung, perkara itu adalah biasa. Rumah papan yang dibeli akan dipecat satu persatu, dan dicantumkan semula di tanah sendiri. Biasanya harganya tidak lebih daripada RM5000.00, mengikut saiz rumah.
Sekarang rumah itu sudah hampir tinggal rangka. Dan sedikit masa lagi, hanya akan tinggal bekasnya sahaja. Maka hilanglah satu lagi kenangan aku semasa kecil dahulu.
seronoknya....
ReplyDeletetapi kalau dah sunyi, hanya byg2 silam yg berlari dan bermain2... huhu
hahahaha... tu yg sesekali nmpk byg2 putih bergerak dlm rumh tu dulu.. tetapi selalu ckp nampk silau cahaya lampu rumh kami jer tu (ayat pujuk yg berjaya)...
DeleteAs salam,
ReplyDeleteSu, singgah di laman ini seperti menjejak kembali jalan2 kenangan yg telah lama ditinggalkan.ada kala kenangan itu membuat kita tersenyum tp terkadang menangis sendirian....
Kha.
W'salam...
DeleteKha, su tk pernh lupa kenangan masa kecik2 dulu. Selalu duk citer ngan anak su, pasal dulu2. Tak ada la sampai menangis, tapi sayu kan.. bila tgk satu persatu hilang..
Assalamualaikum Su,
ReplyDeleteDua buah rumah arwah makcik K.Sham pun dah selamat dipecahkan.
Anak2 kata, dr kayu tu lapok rosak dimakan anai2.. lebih elok dijual dan dijadikan kandang kambing lembu dll.
Sayangkan..
W'salam k.sham..
DeleteSayg sangat tu k.sham. Rumh lama menyimpan byk kenangan. Tapi betul juga tu, dr terbiar runtuh sendiri, lebih baik jual. Kalaulah difikir panjg-panjg, bela, jaga, byk untungnya.
Saya pulak rindu rumah kecil berdinding papan dan buluh yang dianyam..rumah tempat saya membesar dengan segala kepayahan. Rumah tu dah jadi rumah batu berpagar elektrik...hanya mampu tgk kat gambar utk mengimbau kenangan kecil2 dulu.
ReplyDeleteMesti rindu kan... Saya suka tengok rumah2 papan sepenuhnya sepnjg jalan pergi balik kerja, sambil berfikir dan teringat2 rumah saya masa kecil dulu. Walaupun masih di tapak yang sama, dan ibu rumh jugak sama, tapi dengan tambhan di sana sin,i sudah hilang keaslian rumah asal itu..
DeleteSEDIHNYA
ReplyDelete