Assalamualaikum...
Bagi yang pertama kali berkunjung ke bandar Saigon ini, pastinya sangat teruja untuk shopping kan. Kononnya atau dengar cerita, barang-barang murah kat sana. Belayar la di internet, ada bermacam-macam cerita tentang shopping di Saigon. Ada yang cakap pakaian memang murah, ada juga bercerita bahawa sebenarnya barang-barang mahal. Ada cerita yang agak merisaukan perasaan dan ada cerita gembira riang ria perhabis duit.
1. Buat Budget
Bagi aku, yang penting adalah membuat budget. Pergi ke negara orang, untuk shopping terutamanya, mestilah kita terfikir-fikir kan, berapa agaknya duit yang kita nak bawak.Lagipun, kalau pergi ikut trip, harga yang dibayar sudah termasuk hotel, flight ticket, tambang ke sana ke mari sekiranya ada, dan juga mungkin makan minum. Maka, duit yang kita bawa memang semata-mata untuk shopping, dan tambah serba sedikit untuk minum kopi malam2. Oh... kopi Vietnam boleh masuk la pada tekak aku yang jarang minum kopi ni. Orang kata sedap, aku pun kata sedap juga pada tekak aku. Tapi tekak aku dan tekan kamu, tak sama kan. Hehe..
Buat budget, senang jer sebenarnya. Apa yang kita nak beli, anggaran banyak mana dan harganya. Anggaran tu, kalau boleh biar terlebih sedikit dan jangan terkurang. Banyak harga-harga pakaian, barangan yang biasa orang beli di sana ada diinternet. Memang akan rambang mata bila di sana, yang itu kena pandai-pandai la kontrol. Hahaha.... Yang penting, mesti ada senarai la kan, supaya senang.
2. Berhadapan dengan penjual / peniaga
Banyak cerita aku baca tentang peniaga di sana yang kurang mesra dan kasar tingkah lakunya. Hinggakan ada juga yang agak menakutkan tentang peniaga yang sanggup kejar dan menyumpah seranah. Memang, membaca itu semua, ianya agak membuatkan aku lebih berhati-hati berhadapan dengan peniaga di sana. Aku teringat peristiwa di pasar di Haatyai akhir tahun lepas, kejadian sama juga berlaku. Tapi bila difikir-fikirkan semula, aku tahu apa puncanya. Jangan tawar menawar harga jika kita tidak berkenan dengan sesuatu barang itu, kecuali pada barang yang kita betul-betul berkenan. Lebih-lebih lagi bila ianya adalah diwaktu pagi, di mana ada kemungkinan kita merupakan first customer diaorg. Memang sah-sah diaorang akan marah bila selepas kita tawar-tawar harga kemudian kita tak nak pulak barang tu.
Jadi, kalau setakat ingin tahu pasal harga, cuma tanya setakat itu. Kalau berani, tanya la lebih-lebih. Tak semua peniaga mukanya mencuka dan tidak mesra alam. Nasib aku baik, mungkin disebabkan aku sudah belajar dari sedikit pengalaman, aku berdepan dengan ramai peniaga yang baik-baik dan mesra, siap bertepuk tampar, peluk bahu bagai. Malah roommate aku di sana, siap elok sahaja boleh menukar beg Kipling yang dia beli kepada warna lain, selepas satu malam, di pasar malam.
Pasar malam di luar Ben Thanh Market. |
3. Tips membeli pakaian / telekung di Vietnam
Mungkin akibat rambang mata, semua nampak cantik, atau masa pula suntuk, kita tidak terfikir untuk periksa betul-betul pakaian atau telekung yang kita beli. Buka dan periksa telekung atau pakaian daripada plastik bungkusan dengan teliti. Sungguh, ada antaranya yang tidak dijahit dengan betul. Telekung yang aku beli untuk mak, begitulah nasibnya. Mujurlah ianya cuma masalah jahitan yang tidak kena, jadi boleh dijahit semula.
Telekung, selain daripada di Kedai Hajah Basiroh yang sempit itu, boleh dapat dikebanyakan kedai yang menjual pakaian sekitar hotel kami. Di kedai lain itu, jika kita tidak menyerbu secara beramai-ramai, maka adalah sedikit ruang untuk kita memilih dengan lebih selesa. Di Ben Than Market juga ada banyak sangat kedai, cuma kita kena pandailah memilih. Ada kedai yang menjual kain cotton lycra yang cantik-cantik di situ, dengan harga RM30 (bidang 60) untuk 3 meter setengah, dan aku rasa sangat rugi kerana tidak membelinya. Harga kain jenis sama di Jakel ialah RM60 ke atas. Aku sudah ada 2 pasang yang adik aku beli di Jakel, sebab itu tidak beli walaupun aku tahu ianya memang murah.
Lobi Than Thu Hotel, tempat kami tinggal. Hadapan hotel, kiri dan kanan, pun dah ada kedai yang jual macam-macam. |
4. Tawar Menawar
Tawarlah banyak-banyak sehingga separuh atau 70% daripada harga yang mereka sebutkan. Tapi jangan buat tawaran sekiranya kurang berminat. Memang akan kena marah nanti. Kemudian naikkan harga tawaran sedikit demi sedikit, dan berhenti apabila kita rasa harga yang kita tawarkan adalah sesuai. Boleh sangat pura-pura tak nak sebab tak dapat harga yang kita nak, dan beransur perlahan-lahan ke kedai lain. Mereka akan memanggil semula dan memberi kepada kita harga yang kita nak. Begitulah lazimnya. Tapi kalau mereka tak panggil semula, jangan salahkan aku yer. Hahahaha... Trick itu menjadi pada aku.
Oh ya... kebanyakan peniaga di sana tahu serba sedikit bahasa melayu seperti 'murah' dan 'tak mahal', 'kak', 'abang' dan 'cantik'. English, pun sama, tak banyak yang mereka tahu. Hanya laungan 'cheap! cheap!' yang selalu kedengaran.
Bunga harum sundal malam barangkali. |
Patung sekeluarga orang Vietnam, yang putih-putih itu adalah hiasan daripada kulit telur. |
Hadapan hotel, kedai merah biru itu adalah seperti 7E di sini. |
Pada siapa-siapa yang hendak ke Vietnam, enjoy shopping yer.
nice sharing hehe maceh ya mungkin beguna utk ms hadapan weee
ReplyDeletesama2... sharing becos i'm caring.. hehe.. lgpun masa nak pegi ari tu pun, bukan main lagi saya duk cari maklumat pasal HCMC kt internet..
Deleteinsyaallah, berguna, bukn sekrg, akan datang..
ada memasang niat utk ke HCMC. bagus entry ni...boleh dijadikan panduan. sy rasa, kerap org membuat kesilapan no.3 tu. good reminder...
ReplyDeletewww.beautecology.com
sekadar berkongsi pengalaman. juga panduan untuk diri sendiri sekiranya berkunjung lg ke sana. terima kasih singgah Nurul. :)
DeleteSalam Sue,
ReplyDeletewaaa shopping banyak ke kat sana?:)
Salam LW,
Deletetak der la byk, tp hampir licin la duit yg di bawa.. hahahaha.. tinggl saki baki utk emergency jer..hehe
Tips yg bg & berguna.
ReplyDeleteBaru belajar berniaga.
Ambil brg dr org tgh x semurah beli sendiri d sana.
Mb satu hr nnt akn ke sana.
Silala ke kedai saya.
http://dbutikmama.lot.my/
Mungkin perlu aturkan masa pergi sendiri... Tiket murah byk di promo airasia, dan shopping di Ho Chi Minh adalah mudah kerana kedai2 dan pasar2 hanya di sekitar bdrnya sahaja.
DeleteTerima kasih atas kunjungan.
nak tahu hotel apa yg murah n bagus kat sana ya?dan yg dekat dgn pasar...plan nak pergi ho chi myn next year
ReplyDeletesiti fairuz,
Deletehotel yg saya tinggl tu, rasanya sekitar RM75 sahaja semlm. saigon pink hotel (yg org selalu pegi tu pun) hanya di sebelh sahaja. sekitar hotel byk kedai2 pakaian, kedai makan juga. dekat sangat2 dgn ben than market dan pasar malam.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKami menawarkan pelbagai jenis kain Telekung Lycra dalam pelbagai warna
pre-order,Agen kami akan mencari warna berdasarkan pilihan anda.
Sila lawati FB page kami di Benangemas collections untuk melihat katalog telekung Aura Hati kami
sebarang pertanyaan :
whatssapp:017-6932422
sms:019-5004084
[Hadiah misteri menanti anda bagi setiap tempahan telekung yang diterima]
Salam
Admin
Benangemas colelctions
Salam. Tq for sharing info yang memang berguna untuk orang yang baru first time nak pergi sana. Sudi singgah blog saya Kenapa Perlu Penapis Air?
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteNice sharing^^
Nak recommend tourist guide kat sana..Boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, kilang kain, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..
No Hp / Whatsapp: +841269930648
Fb: Loh Aeda
Email: abdollohvet@gmail.com
Blog: lohabdolloh.blogspot.com