Aku selalu terfikir, dalam sehari, banyak mana aku bergerak, dan banyak mana aku duduk. Sebab, aku rasa duduk dan tak berapa bergerak ni, adalah tidak elok untuk kesihatan. Dan kemudian aku terfikir lagi, sambil memandu ke pejabat, banyak betul benda yang menjadi rutin yang sebenarnya tidak elok untuk kita. Mari kita check it out!
Gambar tak ada kaitan... :P |
1. Duduk di kerusi pejabat lama-lama..
Kerja office hour cam aku ni, banyak duduk mengadap komputer. Boleh dikatakan semua tugas aku, semuanya melibatkan komputer. Kalau dah mengadap komputer tu, takkan la sambil berdiri kan. Maka duduk la aku tercongok kat kerusi, dari pagi sampai petang. Bangun sekejap-sekejap pun sekejap sangat. Nature calls sesekali, mengadap boss jarang-jarang. Lagi teruk kalau ada makcik tukang buat air, cam pejabat lama aku kat KL dulu. Langsung tak ke pantri la jawabnya. Cawan yang dah habis, makcik tu juga la yang kutip dan cuci.
Duduk lama-lama ni, boleh menyebabkan punggung jadi kembang, especially perempuan yang dah atau pernah bersalin. Ha... bila dah berumur, 35 ke atas ke, baru perasan. Awal-awal memang tak sedar. Selain tu, mudah kena buasir. Kawan aku dulu, begitu la doktor cakap kat dia bila dia kena buasir. Banyak berjalan atau bergerak ni bagus sebenarnya, otot-otot bergerak dan tak mudah sakit-sakit.
2. Mengadap komputer lelama.
Ha.. ini lagi teruk. Kalau dah duduk di kerusi lelama kat pejabat tu, mungkin mengadap komputer la kerjanya kan. Kerja aku, memang banyak guna komputer la. Lagipun zaman sekarang, tulis surat sehelai pun mana ada orang tulis dengan taip. Ya, menaip pun guna tangan juga. Hihi.. Kalau dulu, buat taking off dan mengadap drawing size A1 boleh la tak mengadap komputer. Tapi sekarang, aku tak buat dah kerja-kerja taking off ni. Hahaha.. Jarang sangat. Hinggakan sekarang ni, mengadap drawing pun kat komputer sahaja sebab arkitek atau engineer hantar drawing through skype dalam bentuk PDF.
Antara sebab migrain ialah mengadap komputer dalam tempoh yang lama. Power spekmata cepat naik, tak usah cakap la kan. Cuma aku bernasib baik sikit sebab mengikut kata optometrist yang aku jumpa, pada peringkat umur tertentu, power rabun jauh akan berhenti dengan sendiri. Dan ianya berlaku awal pada aku, iaitu sekitar 15 tahun lepas, power spekmata aku setakat 300 sahaja.
Dan nasihat optometrist tu yang aku rasakan boleh dikongsikan dan diamalkan bersama, setiap 10 minit mengadap monitor, pandang sesuatu yang jauh untuk lima minit. Lagi baik, sesuatu yang hijau, rerumput misalnya.
3. Makan minum secara tidak menentu
Yang ini aku pasti ramai yang buat. Hampir jadi rutin bagi sesetengah orang tidak menghiraukan sangat waktu makan ni. Lebih-lebih lagi seorang yang sentiasa banyak kerja, terkejar ke sana ke mari. Lunch tak berapa nak hirau, breakfast mana yang sempat ajer, dinner mungkin tak sebab kenyang makan late lunch jam 4 petang. Umur muda, mungkin tak nampak sangat lagi kesannya. Tapi bila menjenguk usia yang boleh digelar veteran, baru tahu betapa penting makan minum yang teratur.
4. Menggunakan kalkulator untuk setiap perkara melibatkan pengiraan
Ha.. yang ni merujuk kepada orang yang kerja cam aku jer. Ramai dah kawan-kawan aku, yang sama profession, aku tengok lembap bab pengiraan bila tak ada kalkulator ni. Ye la, sepanjang masa kerja jari jemari tu laju jer duk tekan kalkulator. Hinggakan kekadang empat darab lima pun nak kena tekan kalkulator. Bukan tak boleh congak, tapi sebab terbiasa. Aku dah biasa dah kena perli dek arkitek atau engineer bila diaorang tanya apa-apa kat site meeting. Hahahaha....
4. Penggunaan handphone atau smartphone ni pun sebenarnya. :(
Nak telefon orang, cari je nombor orang tu kat handphone. Bila orang minta no. telefon seseorang, terus belek handphone. Padahal dulu-dulu, no. telefon ni, hafal kat mulut jer. Mudah sangat diingat. Aku la tu. Aku memang seorang yang sangat mudah ingat no. telefon orang, atau no. plat kereta orang, atau apa-apa nombor la. Dulu. Dulu la tu. Banyak guna otak dulu aku rasa. Sekarang, hampeh belaka. Kekadang no. telefon diri sendiri pun tak ingat!
Banyak lagi rutin yang merosakkan aku rasa. Tapi aku senaraikan apa yang berkaitan dengan aku sahaja. Biasakan mandi dengan air panas, juga merosakkan diri sendiri sebenarnya. Kulit cepat kering. Aku tak buat tu. Aku, sejak kecil mandi air sejuk telaga sahaja. Jadi dah dewasa ni, nak takut apa pada air sejuk. Tapi kalau musim hujan, dan air paip rasa macam air batu, aku takut la juga. Hahahaha....
2014, my resolution adalah nak mengubah rutin-rutin yang tak sihat ni, menjadi sesuatu yang lebih sihat. Jaga kesihatan sebelum terlambat. Prevent is better than cure, kan.
Aku baru ballik dari terapi letrik... akibat duduk lama di kerusi pejabat...
ReplyDeleteNampaknya, aku terlambat berpesan.. Terapi letrik tu, bukan cam duduk atas kerusi kejutan elektrik tu kan? Harap selamat semuanya. Amin.
DeleteSu, jaga posisi duduk, jangan duduk lama sangat nanti sakit belakang macam apa yang sudah alami ni..once dah kena, payah nak ubatnya...take care!
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan Sha... harap2 belum terlambat ni... Skrg ni dah sentiasa ingatkan diri tentg posisi duduk. u take care too!
DeleteJaga diri Su.
ReplyDeleteKak Sham yg cuma setakat sejam mengadap laptop tiap ari ni pun.. mata dah nak kero dibuatnya.
Tambah pulak dengan faktor umur. Sangat tidak bagus.
Betul kak sham, masa muda, ligat buat kerja, tk ingat nk jaga diri. skrg, baru beringat-ingat ni. hehe..
Delete