Iklan

Nov 28, 2013

Rendang Daging Version Guna Pemanggang Ajaib

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...




Cerita baru dari sumber yang dah agak lama. Daging korban musim hari raya korban yang lepas. Tetapi merendang daging, bukan di hari raya, tetapi di minggu yang ke berapa dah selepas itu. Dah lama berniat nak cuba buat rendang dengan pemanggang ajaib, maka kali itu aku cuba. Ramuannya, ramuan rendang yang biasa. Caranya juga biasa. Seperti biasa kalau masak daging, aku tambah 2,3 biji kurma, kononnya untuk melembutkan daging. Adakala menjadi. Kadangkala liat juga, dan aku akan cari bahan untuk disalahkan. Salah tukang masakkah, tukang hiris dagingkah, tukang jualkah, tukang sembelihkah atau salah lembukah? Hahahaha... Tapi seperti biasa, akhirnya kesalahan jatuh juga pada yang paling akhir menyediakan juadah, iaitu tukang masak. :((

Alhamdulillah, rendang daging aku menjadi lembutnya, sedapnya. Masa yang diambil pula, tidak selama masa yang perlu sekiranya dibuat dalam kuali. Lainkali, bolehlah cuba lagi. :D





4 comments:

  1. alahai...terliur lah pulak...salam ukhuwah dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bunda... terima kasih berkunjung ke mari.

      tu la, su tgk pun jadi teringin plak. tp daging tak der utk dibuat rendng. nampknya kena godek2 benda lain, utk direndangkan. hehe...

      Delete
  2. Su, cer tunjuk gambar penuh pemanggang ajaib tu, nak tengok macamana rupanya dan keajaibannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.... ajaib la sgt. like my father said, kalu main masak pakai niat jer baru tul2 ajaib. kat tv sekarang dh ada iklan pemanggang ajaib ni, jenama vantage rasanya. saya punya yg murah jer, langkawi mari. hahaha...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...