Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Lamanya tidak bersiaran di sini. Lama juga tidak menjenguk blog teman-teman blogger. Aku masih tidak suka membuka sebarang website di telefon yang kecil itu, tak ada kepuasan pada aku. Sesekali menjenguk fb dan instagram di telefon pun kurasa berpinau anak mata. Perlahan-lahan dalam minggu yang tidak lagi kelam kabut dan berkejar ini, aku jenguk 'rumah' teman-teman. Membelek entri lama yang aku ketinggalan, bertanya khabar dan berbalas senyuman, dan tawa juga. Terasa hidup kembali sedia kala. Hahaha..
Memang, dua minggu lepas raya korban itu hari, ada lagi minggu cuti bersambung-sambung. Dua minggu itu adalah hectic weeks for me, thus cuti deepavali yang dibawa ke hari ahad, aku sambung pula cuti tahunan hari isnin sebab selasa adalah awal muharram, tidak cukup memberi rehat pada aku. Demam aku bermula malam rabu, meleret-leret hingga ke hari jumaat. Hari sabtu, baru dapat bangun dengan cergas mengemas rumah, membuang segala bau-bau orang demam. Aku benci bekas-bekas dan bau deman, ianya melemahkan semangat pada aku.
Oh.. antara penyebab aku rasa yang membuatkan aku seperti sentiasa terkejar-kejar for the past few weeks, ialah... TV! Di pejabat, sudah berkejar dengan kerja. Balik rumah pula, hampir setiap hari ada sahaja favourite show/series yang menunggu. Petang-petang layan Masterchef Australia S5. Jam 9 setiap rabu dan khamis lak, aku sudah terjerat dengan The Master's Sun, korean drama. Arghh... Teruk betul kalau dah terjerat dek korea ni. Memang tak boleh terlepas la. Mujur cerita tu ada 17 episod sahaja. Pada masa yang sama setiap hari kecuali hujung minggu, aku layan Once Upon A Time S2 di Channel 722. Citer tu main lewat, waktu aku biasanya dah lepak atas katil layan game sambil tunggu mata ngantuk. Aku tahan jugak tercongok depan tv sejam lagi dari jam 10.40 malam. Yer.. tu antara sebab aku akhirnya jatuh sakit berhari-hari. Mujur hari pertama demam adalah hari episod terakhir Once Upon A Time tu, iaitu episod 22. Dan mujurlah series yang aku layan ni, episodnya tak banyak. Kalau beratus atau berpuluh-puluh cam citer Indon tu, sah aku tak follow.
Sekarang dah lega. Nampaknya novel-novel yang bersusun menunggu dibelek, mengalami kekalahan tarikan dengan televisyen. Kuasa tarikan tv lebih besar. Novel yang aku pinjam kat public library pun tidak membantu menarik aku dari tv. Lega bila sekarang balik kerja, aku boleh lepak layan Masterchef jer. Pastu lepak tak tahu nak buat aper. Hahahaha.... Novel belum berjaya menarik aku padanya.
Sabar dulu novel-novel, aku dalam proses pengubah suaian diri. Kena tukar mode colour dulu. ;D
Dah habis baca buku mimpi?
ReplyDeletekeh keh keh...
hahahahaha....
Deletebelek sekali... baca sedikit... tutup
belek sekali... baca sedikit.. tutup..
ulang-ulang begitu, tapi tak habis2 lagi!
Betul tu...tv memang sentiasa kalahkan buku atau novel dari segi hiburan atau cerita atau drama. Akan tetapi content atau pengisian serta keseronokan dan imaginasi sentiasa dimenangi oleh buku dan novel.
ReplyDeleteBetul.. tarikan tv lebih kuat. Tapi setakat itu jer la. Paling-paling tidak sambil tengok tv, mulut duk mengomel dan kritik sana sini sebab tak puas hati. Hahaha....
DeleteAdik manisssss..
ReplyDeleteMcm ni punya demam.. boleh join Omak K.Sham la..
K.Sham.. tv.. mmg x sempat la.. anak2 dok bergilir pegang remote.
Novel.. stok pun dah lama habis ni..
P/s;
Aroma org demam..mmg x best.. basau..
Blh bagi bad impact pd yg sihat..
Ksham... kena cari stok baru tu. Su punya bersusun yg belum baca. Hahaha.... Rajin beli, tapi kurang rajin membacanya.
DeleteP/s:
Betul sangat.. sebb tu dah baik demam, kena cepat kemas2 sumer, cuci selimut dan sarung bantal sumer, buka tingkap luas2 kasi hilang itu bau.. hehe