Iklan

Nov 28, 2013

Cuti Sekolah - Hantar Anak Balik Kampung

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Lagi cerita pasal cuti sekolah. Sebab? Cuti sekolah di hujung tahun kan lama. Dan aku pula tinggal dengan mak ayah di kampung. Biasalah, cuti sekolah dengan balik kampung lebih kurang macam hari raya dengan balik kampung juga. Tidak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi cuti sekolah hujung tahun yang panjang (sebulan lebih).


Cikgu-cikgi pun berbondong-bondonglah pulang ke kampung, selepas menghabiskan segala kerja-kerja key-in data ke haper yang aku tak tahu sangat, yang dengarnya riuh di fb seperti lebah diserang sarangnya, sana-sini bising yang tak bising mana. Dan sebelum menghabiskan cuti masing-masing dengan berbondong-bondong pula ke luar negara yang dekat-dekat, dan jauh-jauh.


Anak-anak? Mungkin diangkut bersama ke mana-mana. Mungkin ditinggalkan di kampung bersama datuk dan nenek. Seketika, atau sehingga habis cuti sekolah. Sesetengah mereka, suka la tinggal di kampung. Sesetengah mungkin tak. Kalau dulu, aku tengok situasi budak-budak balik kampung dan ditinggalkan dengan datuk nenek ni, dalam tv jer. Dalam drama-drama melayu. Macam-macam la kerenah anak cucu ni kan. Tapi sekarang aku dah lihat di depan mata sendiri. Anak-anak saudara berderet-deret di rumah sekarang. Hahahaha...


Biasanya, yang kita nampak adalah kerenah budak-budak, itu saja. Orang bandar di hantar balik kampung, macam-macam la kerenah. Yang dah biasa hadap astro hampir 12 jam. Yang selalu didiamkan dan diubatkan dengan ipad, tab, atau smart phone. Yang makannya tak tentu masa dan apa. Yang ruang lingkup sehariannya mungkin hanya ruang rumah di tingkat atas bangunan tinggi 4, 5 tingkat. Maka apabila dikampung, timbul macam-macam kerenah. Sebab semua kebiasaan itu mungkin tidak bisa dilayan di sana dan mereka perlu mencari aktiviti lain bagi melayari hari-hari.


Biasanya juga, jarang-jarang kita nampak kesan-kesan peninggalan atau penukaran sementara tanggungjawab mak ayah budak-budak itu kepada mereka-mereka yang tinggal di kampung, yakni nenek, datuk, bapa saudara, mak saudara, atau cucu-cucu yang memang tinggal dengan datuk dan nenek. Ada. Ada kesan negatif, ada kesan positifnya.Nanti suatu ketika di hari yang tenang, aku nak juga bercerita apa kesan-kesan itu. Yang paling penting aku tekankan di sini, bila dah anak-anak tiada depan mata (sebab mungkin mak ayah kerja bukan cikgu, tak bercuti), jangan pula ingat tanggungjawab tiada. Kasihanlah kepada datuk dan nenek di kampung, yang sudah tak larat untuk menjaga cucu-cucu, tiba-tiba berganda-ganda pula kerja yang hendak dibuat. Sediakan makan minum berganda-ganda. Basuh sidai lipat pakaian, berbakul-bakul. Setiap hari terpaksa melayan bermacam-macam kerenah cucu-cucu.


Sungguh, orang tua ni yakni mak ayah kita banyak menjaga hati kita, lebih dari kita menjaga hati mereka. Kalau kita tidak menjenguk mereka di kampung atau lama tidak menelefon bertanya khabar, mereka tertanya-tanya apa salah mereka. Anak-anak mereka marahkah dengan mereka. Terasa hatikah dengan mereka. Sedangkan kita sebagai anak, mungkin sedang bergembiran di mana-mana, lupa mak ayah yang sentiasa risaukan kita. Sebab itulah mereka banyak memendam rasa.


Ya, memang begitulah kebanyakan orang tua di kampung. Mungkin orang tua di bandar, lain pemikirannya. Yang belajar tinggi zaman dulu dan ada pencen, lain caranya. Aku berada di kalangan orang-orang tua yang ada tidak bersekolah zaman jepun dulu. Yang bersusah bersakit demi membesarkan anak-anak zaman makan ubi kayu. Itulah... dunia di sekeliling aku.


P/s : 'Bagaimana kau sanggup duduk dengan mak ayah yer? Kalau aku, aku tak sanggup', kata seorang sahabat yang aku jumpa baru-baru ini selepas hampir 16 tahun kami tidak berjumpa. Aku senyum cuma. Nanti aku beri jawapannya.













2 comments:

  1. Assalamualaikum Su,
    Sayu akak baca entri Su kali ni. Especially tang "anak-anak jarang bertanya khabar orang tua di kampung".
    Tu sbb akak make it into a routine.. at least seminggu sekali kena call jugak parents kat kampung.
    Begitu jugak yg akak dok nyanyi ke telinga Cik Asben.
    Jgn nnt masa dia org dah tak ada baru nak menyesal.
    Kut tak ada alasan pun nak call orang tua di kampung tu.. setakat bertanya sakit pening.. makan lauk ape hari ni.. itu pun dah memadai.
    Jgn la tunggu "ada sebab" baru nak call.
    Isshhh.. tak boleh sambung lagi dah.. ter-emo la pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam k.sham.
      Betul k.sham.. su bukannya apa, lama2 tinggal ngan parents ni, banyak hal yg su belajar, pasal orang tua, hati mereka, perasaan mereka. yer la k.sham... pada yg tinggl dengan mereka ni la mereka duk curah segala rasa.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...