Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Aisya ada tanya, kita nak ke mana cuti sekolah ni mama? Jawabnya, tengoklah nanti.
Menjadi ibu ayah kepada budak-budak sekolah zaman sekarang, sedikit parah bab-bab cuti sekolah. Sebab? Bila sekolah telah dibuka, cikgu-cikgu akan bertanya, cuti sekolah kamu semua pergi ke mana? Lebih parah lagi, disuruhnya budak-budak tu buat karangan tentang 'lawatan ketika cuti sekolah'.
Aisya pernah kena begitu, pada suatu musim cuti sekolah yang lalu, yang mana ketika itu aku tidak membawa dia bercuti ke mana-mana.
Aku rasa cikgu-cikgu ini tidak sensitif betul pasal cuti sekolah ini. Takkanlah disebabkan mereka cikgu-cikgu, bergaji besar dan tiket kapal terbang pulak membenarkan 'sekarang semua orang boleh terbang', makanya mereka juga beranggapan ibu ayah murid-murid mereka pun begitu juga. Dah la sekolah tu di kampung. Budak-budak sekolah, berasal daripada kampung-kampung sekitar itu juga. Tokki tokwan mereka pun mungkin tinggal paling jauh di kampung sebelah yang ambil masa 10 minit sahaja dengan bawa basikal laju-laju gaya budak-budak, atau paling sedih di sebelah rumah diaorang jer pun. Ke mana sangat mereka boleh pergi dengan ibu ayah diaorang pun kerja setakat jual ikan di pasar, atau bertukang buat rumah, gajipun tidak sebesar cikgu-cikgu itu.
Ya, memang ada yang berumah batu besar banglo mewah kereta besar bersusun dengan hilux segala bagai. Ayah mereka mungkin kontraktor besar, atau kerja kerajaan dengan gaji besar kerjanya sedikit. Maka mampulah mereka bercuti sakan ke mana-mana ketika cuti sekolah. Ke Langkawi naik cable car, ke Cameron Highland merasa cuaca sejuk kononnya, ke Vietnam untuk shopping sakan, dan banyak lagi destinasi menarik cuti sekolah.
Kasihan kan, pada yang kurang mampu itu. Apalah yang hendak mereka ceritakan tentang percutian indah mereka. Aku rasa cikgu-cikgu patut tukar tajuk karangan dengan tajuk 'pengalaman semasa cuti sekolah'lah. Pengalaman itu tidaklah merangkumi bercuti-cuti sahaja. Mungkin pengalaman main air banjir, pengalaman pertama kali belajar bawa motosikal, pengalaman memancing ker, macam-macam la.
Bagaimanapun aku tak setuju dengan 'mengajar budak-budak bawa motosikal' pada usia yang sangat muda ini. Aku rasa ianya seperti mengajar mereka merempit di awal remaja pulak, bagi lelaki dan mengajar mereka berpeleseran pula bagi perempuan.
Aisya, next year dah UPSR. Aku, sebagai mama, dah fikir macam-macam yang tak sepatutnya. Apa yang patut kena buat (belajar 2 jam sehari, mungkin), apa yang tak sepatutnya kena buat (belajar 6 jam sehari? giler) .Yer, upsr jer pun. Pesal aku awal sangat menggelabah ni?
Next year UPSR?
ReplyDeleteHmm... anak ko sebaya dgn anak TasekM.
yer ker? alahai... nampknya aku kena baik2 ngan TasekM ni, berkongsi kerisauan... hehe
Deletesetuju dengan tajuk karangan yang dicadangkan tu ... tak pe i am sure boleh negotiate dengan cikgu tu ... yang belajar anak murid so let them talk and write about their real life ...
ReplyDeleteboleh memg boleh sis, tapi cuma tu la.. kekdg i really hope cikgu2 kat sek. anak i tu, lebih sensitif ngan sesetgh anak2 murid diaorg. budak2 ni plak, kekdg lebih dgr ckp cikgu dr cakap mak ayah. kan.
DeleteHi, sorry I couldnot find your email address :)
ReplyDeleteI am from www.bookurve.com. We are planning to help malaysian book readers to achieve higher reading habit. Most of their concern is about the price which is high and some cannot find their books. We want to provide a system which they can find any book (99%) at the lowest price which it implies that our profit margin is very low with free delivery and to achieve this goal we need a high order volume.
We find your blog very interesting, so we are seeking your help to inform your readers about us and support us as we are young startup team.
Regards,
Hossein.
Hossein@bookurve.com
Assalamualaikum Su,
ReplyDeleteMmg K.Sham setuju tu.
Tu hari masa summer holiday, Haazem dapat assignment kena buat scrapbook. Tapi berkisah pasal pengalaman masa cuti.
Siap kena tampal gambar. Kiranya tajuk bebas la.
Yakni, walaupun setakat cuci kereta, sapu sampah, tolong ibu masak, potong bawang sekali pun.. boleh boh dalam scrapbook tu.
Tapi at last gambar yg lebih banyak dari cerita.
Anyway.. rasanya itu lebih menepati keadaan dan situasi semua orang.
Laa ni dah masuk musim hujan di sebelah sana kan.. Su jaga diri ya..
waalaikumussalam k.sham,
Deletewahhh.. bagus tu, buat scrap book tu. kekdg su sendiri suka buat scrap book, pakat2 ngan aisya. harap kat cikgu sek, nampknya cikgu kat sek dia lebih sibuk ngan keja2 admin.
Ha k.sham, dah masuk tengkujuh. baru2 ni dh hampir banjir sekali. pastu elok lak cuaca. ni nampaknya nk mula naik air lagi kut, hujan dr mlm td tk berhenti lg. Baik k.sham. :)
Setuju dengan pendapat Su,
ReplyDeleteCikgu kena sensitif la kan kalau nak suruh anak murid buat karangan. Tak kisah lah sekolah bandar ke kampung ke - yg pastinya bukan semua murid bernasib baik dapat pergi bercuti walaupun ke Cameron Higlands, apatah lagi ke Vietnam. Nanti terasa rendah diri dan serba kekurangan pulak student yg cuma duduk dirumah membantu ibu menjaga adik dan sebagainya.
Hakikatnya, masih ramai lagi yg kurang berkemampuan untuk pergi bercuti setiap kali cuti sekolah. Su selalu kagum tgk ibu ayah yg gigih menghantar anak ke sekolah dgn motor, membonceng dua orang kekdg tiga orang sekaligus sedangkan orang lain htr anak seorg pun dgn kereta besar. Orang kata rezeki masing2, tapi kalau direnung2kan, byk yg boleh difikirkan. :)
Delete