Iklan

Oct 28, 2013

Selepas Hari Raya Haji

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


...sibuknya.
Sebenarnya sebelum hari raya korban itu hari lagi. Tapi, bila dah bercuti panjang mulai 10 Zulhijjah tu, hingga 14 Zulhijjah, aku jadi tenang-tenang sahaja. Sebab, lima hari berturut-turut itu aku hanya berehat dirumah dalam erti kata sebenar. Masak, makan, tengok tv dan tidur. Cuaca adalah sangat best untuk aktiviti itu sahaja, iaitu hujan. :D


Maka, apabila buka penggal minggu baru menjenguk, dengan mesyuarat hampir setiap hari dan ada hari pula sehingga dua kali, dengan kerja yang bertambah setiap kali selepas bermesyuarat, aku mula jadi bingung. Aku jadi pening, sakit kepala dan hendak muntah. Mujurlah ketika aku menumpang kereta boss untuk ke satu mesyuarat di Paka, dengan gaya ala 'mem besar' (sebab boss di depan dan seorang lagi staf turun pangkat jadi driver), aku berjaya menahan diri dari muntah. Maka aku serik dan membuat keputusan untuk tidak lagi menjadi penumpang sekiranya ke mana-mana lagi dengan sesiapa. Dekat atau jauh, aku tetap nak pegang peranan driver.


Bila sibuk juga, blog pun ditinggalkan. Mujur bukan blog resepi, walaupun aku ada berhutang satu resepi dengan seorang kawan. Alaa.. resepi aku, resepi 'cap ayam' jer pun. Hehe...


Blog member-member maya juga tidak terjenguk. Ada hampir dua ratus entri baru dan lama yang terkumpul belum aku baca di cloud.feedly aku. Ya.. disitulah aku selalu melepak selepas google reader dimatikan.


Aku sangat letih apabila balik kerja. Tenaga habis. Aku tahu tak ada siapa yang menunggu entri baru aku pun, atau tertanya-tanya ke mana aku pergi, malah tidak minta alasan pun kenapa tiada entri baru disini. Tak, aku bukan menulis untuk sesiapa, selalunya. Aku menulis untuk diri sendiri. Untuk melepaskan rasa hati.


Aku perlu bercuti. Bali... oh Bali. Ehh...

7 comments:

  1. Assalamualaikum Su,
    Jgn dok pikir mcm tu.
    K.Sham ni kalau pun tak tinggal jejak.. jenguk gak Su kat sini.

    P/s;
    K.Sham pun tak tahan dok kat seat MADAM tu.. kalau tak jd pilot.. co pilot pun ok dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam K.Sham sayang,
      Terima kasih k.sham, sudi juga jenguk ke mari. Insya Allah, su bersihkan sawang-sawang yang berserabut kat sini yer, utk tetamu-tetamu yang sudi.

      P/s : Betul betul betul... co-pilot pun boleh la kalau tk bleh jadi pilot pun.. hehe..

      Delete
  2. Assalam Su @ Aya
    Bila hati kata perlu cuti, biasanya badan memang telah lebih awal keletihan + perlu cuti. Pak Temuk macam nampak ada.... Bali.... Bali.... Nak ke sana, ya? Quite a nice place. Have fun, if you are really planning to visit the island!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Pak,
      Nampaknya.. betul la ramalan pak temuk. Saya perlu cuti, tapi kerja byk. Dan akibatnya, saya mendapat cuti yg Tuhan bagi, cuti sakit! Demam pak, 4 hari! Demam paling teruk utk tahun ini. Bali? Angan2 pak, dan In Sya Allah, harap2 one day angan2 tu jadi kenyataan. :D

      Delete
  3. salam ukhwah dari selangor ke kuala terengganu jumpa cik su...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anajingga,
      Terima kasih atas kunjungan ke sini. Nanti kita berbalas kunjungan yer. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...