Iklan

Oct 9, 2013

Episod Try & Error - Puding Roti Version Pemanggang Ajaib

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Serba sedikit bahan-bahan untuk membuat kuih raya sempena Syawal yang lepas, masih berbaki lagi. Ada yang banyak lagi, lebih separuh dan ada yang sesuku sahaja daripada asal. Tapi roti untuk puding ini, bukanlah antaranya. Roti ini kebetulan terlebih-lebih pula, bila aku gatal tangan capai roti sandwich bersaiz besar masa ke kedai hari itu. Biasanya aku beli roti Gardenia yang RM2.40 tu jer.

Maka, bila berlebih-lebih begitu, kenalah berbuat sesuatu bagi mengelakkan pembaziran, dan supaya orang tidak menyampah. Eh.. tiba-tiba plak. Hahaha.... Tercegat di dapur sambil gosok-gosok dagu, pandang itu ini, otak ligat merangka resepi. Yess.. idea!

Maka, aku capai mangkuk, pecahkan dua biji telur dan pukul-pukul sekejap. Kemudian dituangkan susu segar secukupnya. Gula dua sudu besar. Kacau lagi hingga gula hancur. Siap adunan tu, aku ketepikan dulu. Ada pemanggang ajaib? Haa.. aku dengar dengan pemanggang ini, macam-macam boleh dibuat. Tapi aku tak pernah tengok lak hasilnya di mana-mana di internet (err.. aku tak cari pun sebenarnya). Yang tak boleh dibuat cuma magic sahaja barangkali. Hehe...

Aku letak pemanggang ajaib atas dapur, sapukan sedikit marjerin kat permukaannya, carik-carikkan roti stail orang malas. Campakkan dalam pemanggang tu. Kemudian tuangkan adunan telur dengan susu tadi, kasi menyerap pada roti. Godek-godek rak, jumpa cokelat cip raya hari tu punya, tabur-taburkan atas permukaan roti tadi. Lapiskan sekali lagi dengan roti yang dicarik-carikkan. Dan tuangkan habis adunan telur dan susu. Aku reka-reka lak letak marjerin secubit-secubit kat atas roti tu. Apa guna tengok masterchef hari-hari kalau tak reti-reti nak cuba-cuba buat gitu kan. Hahaha.... Kemudian, bakarlah atas dapur gas tu, dengan api yang paling kecil. Agak-agak dah masak, pusing sekejap pemanggang ajaib tu, so that nanti permukaan atas roti tu pun kuning-kuning skit.

Jadi, beginilah hasilnya. Elok jer menjadi puding roti aku ni. Sedap pun sedap. Senang pun senang. Aku ada idea lain, aku rasa kalau tambah pisang yang dipotong-potong pun sedap juga. Nanti aku nak cuba buat la. Hehe..

Selamat mencuba!

6 comments:

  1. Alahhhhhh..
    K.Sham takda pemanggang ajaib tu.. so how.. how???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... kena cari satu k.sham.. skrg ni ada byk version, murah ada, mahal pun ada.

      Alaa... k.sham pandai masak, tak dernya perlu pemanggang2 ajaib ni.. su ni harap yg ajaibnya tu, tp tk ajaib jugak.. hahaha..

      Delete
  2. Assalam Su
    Pak Temuk mohon izin nak ziarah, ya. Seronok baca cerita gajet baru macam pemanggang ajaib yang Su cerita tu. Pak Temuk tentu akan membelinya kalau ia jenis yang akur perintah, apa kita minta, dengan keajaibannya dia masak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Pak,
      Ha, begitu lah yang ayah su selalu buat lawak. Ayah selalu cakap, kalau masak main pakai niat sahaja, baru betul-betul ajaib! Hahaha....

      Delete
  3. wahhh...kreatif betul sis ni! tak payah pakai oven...pakai pemanggang ajaib pun boleh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la.. sesekali kena kreatif kalau bab masak memasak ni.. sebb, kekdg bosan masak dan mkn benda yg sama kan.... hehehe...

      Terima kasih sis, sudi singgah dan follow i. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...