Iklan

Mar 20, 2013

Bila Tak Ada Kerja Dalam Tempoh Yang Lama

Assalamualaikum...


Pagi-pagi bersiap ke opis seadanya sahaja. Mengikut mood. Kalau mood baik, bersiap dengan baju kurung. Kalau malas nak fikir nak pakai baju aper, capai sahaja jeans dengan blaus. Selewat-lewatnya jam 9 pagi, dah kena ada di pejabat. Takut boss cari. Hahaha...


Tapi, di pejabat, apa nak buat? Jawab telefon kalau  ada orang telefon minta bayaran dan bersedia memberi alasan (secara berdolak dalih atau bercerita masalah sebenar). Itu sahaja. Borak-borak sekejap kalau ada topik menarik (tapi apa sangat nak diborakkan kalau dah hari-hari duk mengadap muka yang sama!). Selebihnya mengadap pc, layan game. Lepas satu, satu... kekadang layan mata kejap, tidur-tidur ayam. Sampailah waktu habis pejabat.


Dari sehari ke sehari, begitulah. Awal-awal mungkin tak kisah sangat. Banyak masa terluang, boleh berborak bercerita macam-macam. Kekadang layan movie dengan kawan. Lama-lama. Sebulan. Bosan mula melanda perasaan. Dua bulan, rasa hidup tak ada gunanya. Tiga bulan. Otak dah macam tumpul, beku, tak berkembang, tak berfungsi.


"Kepada bekas boss, itu antara sebab saya tinggalkan boss dulu. Bukan saya tak kasihankan boss, bukan saya tak sayangkan syarikat boss. Bukan saya kisahkan sangat makan gaji buta. Tapi saya lebih suka makan gaji tak buta. Saya perlu teruskan kesinambungan hidup, dalam erti yang lebih ada makna. Maaf boss."


Sudah tiga tahun aku tinggalkan syarikat itu, aku tidak pernah sekalipun terserempak dengan boss. Di mana-mana pun di Kuala Terengganu yang tak adalah besar mana sangat ini. Sesekali aku dengar cerita tentang boss daripada kawan-kawan dalam bidang yang sama. Tetapi, baru-baru ini ketika aku singgah makan roti canai di sebuah gerai makan di Bukit Payung, boss dengan isteri dan cucunya sedang makan di meja hujung. :)

Mar 19, 2013

Lelaki Lelaki Yang Aku Sayang




Aku masih bisa senyum
dari hati,
dari rasa yang masih ada
di sudut yang entah mana satu

Dalam hati,
ada bunga yang kembang mewangi
mekar melihat kamu, dan kamu
rasa yang lama hilang
seperti magika
kembali bertandang

Senyuman itu memanjang
rasa itu berputik
jadi rindu
sungguh,
kamu
kamu
masih aku sayang




Mar 12, 2013

I am OVERWEIGHT???

Assalamualaikum....

Dua minggu lepas, ketika mengambil cuti sehari di hari Ahad (sebab isnin cuti hari pertabalan Sultan Terengganu), dan Aisya pula bersekolah, makanya hari yang disangkakan boleh berehat sepuasnya itu, dirampas pula haknya dengan permintaan mak. Ya.. bawa mak ke Klinik Kesihatan Bukit Payong, klinik kerajaan. Semenjak klinik itu dinaiktaraf (eh.. bukan naiktaraf kot, ditambahbaik mungkin lebih sesuai), ini pertama kali aku jejak kaki ke sana. Tok wan tumpang dua kaki, nak periksa kencing manis dan darah tinggi.


Aku temankan mak dan tokwan, dari pagi jam lebih kurang 8.45 kitaorang sudah di sana, sehingga selesai semua sekitar jam 2 petang. Duhhhhh.... lama giler!!! Hinggakan aku sendiri rasa ringan jer kaki nak tolong jadi sukarelawan ambil tempat kosong di kaunter pendaftaran. Ada 4 kerusi di situ, dan hanya 2 pekerja. Mereka itulah yang mengambil nombor pesakit, memanggil nama dan pergi mencari rekod pesakit.


Ok, untuk kali ini aku merasakan mereka sebenarnya berusaha memberikan perkhidmatan terbaik. Cuma melihat kepada jumlah orang yang ingin berjumpa doktor, dengan bilangan pekerja di kaunter pendaftaran, sememangnya perkhidmatan itu menjadi sangat sangat lembap. Dan oh, satu lagi.. terlalu banyak prosedur juga membuat masa yang diambil tersangat-sangat-sangat panjang untuk menyudahkan seseorang pesakit. Itu pandangan aku sebagai seseorang yang menemani seorang pesakit warga emas (tokwan) yang berulang alik masuk bilik doktor (3 kali), bilik ambil darah, bilik makmal (kencing manis), kaunter borang hijau (buku kencing manis).

Di tepi kaunter borang hijau, ada mesin penimbang (baru masuk perihal OVERWEIGHT). Aku selalunya percayakan mesin penimbang di klinik lebih daripada di mana-mana pasaraya atau di rumah sendiri. Maka, dengan beraninya aku naik ke atas mesin itu. Ianya percuma, tak perlu letak duit 50 sen dan tak ada tukang tilik nasib. Hehe...

Ok, berat aku dah 50kg. Aku berjaya menaikkan berat badan. Tapi kalau ikut BMI, ianya dalam kategori OVERWEIGHT. Mak tak cakap aku gemuk, adik pun ok jer. Maka, aku masih rasa ok. Cuma aku nak maintain, biar 50kg jer. Tubuh aku, aku lebih tahu. Oh.. aku baru tengok filem hindi 'Jab Tak Hai Jan' jumaat lepas, body Katrina Kaif sangat 'wow!'... Hehe...

Nak Kurus? Ini Realitinya.

Assalamualaikum...

Awal tahun yang lepas, antara azam yang aku buat dalam diam ialah, ingin menjadi sedikit berisi dan sekurang-kurangnya mendengar seorang kawan menegur bahawa aku nampak sedikit berisi. Sedikit. Bukan banyak. Dan bukan gemuk.


Azam yang muncul setelah berjumpa beberapa orang kawan lama yang agak-agak sudah setengah tahun tidak berjumpa. Masa itu salah seorang dari mereka belanja makan nasi arab. Yum.. yum... Tapi tak kena dengan tekak aku. Aku lebih sukakan nasi beriani lagi. Ya.. si tukang belanja tegur aku nampak kurus. :'(


Bagaimanakah perasaannya bila ditegur begitu? Tak suka tau... aku bukannya nak kurus sangat, tapi aku jenis yang tak boleh makan banyak!


Bila KURUS, kebanyakan orang menganggap, mereka ini;
1. Tidak cukup makan.
2. Menderita, hidup tidak gembira.
3. Banyak memendam rasa
4. Terlalu jaga makan dan tubuh badan.
5. Nak makan banyak takut gemuk.
6. Tak berisi, nak dipeluk tak sedap.
7. Dan lain-lain (tambah sendiri bagi yang pernah mengalaminya situasi begini)




REALITINYA;
1. Kelihatan kurus mungkin sebab bentuk tubuh. (ketinggian misalnya)
2. Si kurus mungkin makan banyak, dan sentiasa mengunyah, tetapi metabolisma tinggi. Tubuh tetap tak berisi. Atau dalam erti kata lain, memang jenis susah nak gemuk.
3. Cepat kenyang! Ruang perut kecil atau usus tak panjang mana (alasan benar aku bila makan sikit tapi cepat full tank, dah tak boleh masuk!)
4. Si kurus tak mestinya nak kurus sangat!
5. Yang bertubuh kurus boleh pakai baju aper sahaja, tak perlu risaukan bonjolan lemak di sana sini. Hahaha..
6. Realitinya juga, mereka nampak jer kurus sedangkan kalau ikut BMI, berat mereka mungkin dah OK. Cuba cek BMI sekali. :D
7. Kurus tak semestinya tak sihat (mental dan fizikal)!


Tapi tiba-tiba aku tersedar, azam yang baik sebenarnya untuk gemuk sedikit ke, atau untuk jaga makan dan tidak membazir?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...