Iklan

Jul 16, 2013

Ramadhan 8, 1434H

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Aku masih berperang dengan nafsu sendiri pada hari ke 8.
Buruk nafsu ini, buruklah aku.
Kerana syaitan-syaitan sudah di rantai dan tidak lagi berkeliaran.
Tapi aku cuba lawan.
Buat apa diturut nafsu yang buruk.
Maka semalam elok sahaja bernasi goreng lobak merah,
dengan gulai terung
Gagah sedikit hari ini, menjalani.
Jadi apa kata,
kalau bermee kari pula nanti..

Jul 15, 2013

Demam, Ramadhan dan Selera Yang Tiada

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Dah hampir dua minggu tak berapa sihat. Asalnya cuma rasa lenguh-lenguh tubuh. Kemudian selsema pula mengundang. Selepas itu badan sekejap sejuk sekejap panas. Meleret-leret. Berhari-hari. Dua hari sebelum Ramadhan menjenguk, ke klinik dan doktor bagi cuti sakit 2 hari. Dah tu kena makan ubat la plak. Dan bila Ramadhan tiba, selera makan mula tiada. Mulut rasa payau, pahit, dan mula tidak tahu nak makan apa.

Sampai minggu ini. Sampai sekarang. Puasa, tapi tak larat yang amat. Sebab tiada pembekal tenaga. Berbuka dengan sedikit keropok lekor yang dipotong pendek-pendek dan digoreng, atau seketul karipap. Kemudiannya nasi cuma sesenduk. Bersahur dengan air kosong dua gelas. Mana cukup nak membekal tenaga untuk berkerja 8.30 ke 5.00 petang?


Allahuakbar. Bertabahlah wahai hati. Ini dugaan di bulan Ramadhan.

Jul 10, 2013

Grand Lexis Port Dickson : Mewah Untuk Yang Ingin Relaks2 Sahaja

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Cerita pasal Vietnam tak habis lagi, tup tup timbul cerita pasal Grand Lexis Hotel pula. Alang-alang dipelawa ke hotel mewah itu, aku redah sahajalah. Lagipun aku tidak perlu keluarkan uang sedikitpun untuk bayar hotel. Hehe...  Ok, let's make the story fast and furious.. err, i mean fast and simple.

Let's make the pictures do the story yaw!

Kami ditempatkan di chalet atas air, maka kami pun berangan dapat mengail ketam atau sekurang-kurangnya dapat melihat air laut di bawah tapak kaki. Tapi ternyata angan-angan menjadi debu, memang chalet kami atas air, tapi chalet kami di tingkat atas! Maka selamatlah ketam-ketam itu. Oh, waktu ini baru sampai dari KL, sekitar jam 5 petang, dan Aisya dengan seronoknya menggalas beg kipling merah kesayangan aku yang dibeli di Vietnam.

Chalet di sebelah sana pula, hanya setingkat. Berderet bersusun-susun dan dihujung sana ada sambungan balkoni antara deretan chalet sana dengan chalet sini.


Biliknya sangat besar. Katilnya sangat besar. Aku agak-agak, kalau minta extra tilam, boleh muat lagi nak letak dua atau tiga tilam kat depan ni.

Terkial-kial nak masuk sebab ada seorang budak kecil ketiduran dalam usungan mamanya.


Swimming pool ini hanyalah diluar pintu gelongsor dapur kami sahaja. Hanya selangkah keluar dan anda akan dihidangkan dengan air biru ini yang suam-suam kuku yang seperti ada tangan, memanggil-manggil seolahnya kami tidak pernah bertemu air. Hahahaha...


Bilik mandi merangkap bilik tukar baju, jamban di sebelah tu, almari built-in itu siap dengan meja menggosok pakaian dan seterika lagi. Yer la.. bilik mahal-mahal kalau kena minta sekerika adalah sangat cap ayam.





Lobi hotel, saja ambik gambar sebab kononnya lampu ni cantik.




Dapur kami... yang aku sangat-sangat berkenan, maka disitulah aku selalu bertongkat dagu sambil membayangkan design dapur untuk rumah sendiri nanti.




Esok paginya, air surut dan nampaklah pasir hitam. Bukannya putih seperti pantai-pantai di terengganu yang tercinta.

Kami hanya semalam sahaja di sana. Kalau nak lama lagi, bayar guna wang sendiri la kan, dari poket sendiri. Esoknya kami terus balik KL. Sampai KL berehat sejam, kemudian bertolak balik pula ke Terengganu. Very fast trip we got. Next, Tasik Chini pulak!

Jul 3, 2013

Ho Chi Minh City : Tips Shopping, Buat Budget dan Anggaran Harga Barangan, Dan Tawar Menawar

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Bagi yang pertama kali berkunjung ke bandar Saigon ini, pastinya sangat teruja untuk shopping kan. Kononnya atau dengar cerita, barang-barang murah kat sana. Belayar la di internet, ada bermacam-macam cerita tentang shopping di Saigon. Ada yang cakap pakaian memang murah, ada juga bercerita bahawa sebenarnya barang-barang mahal. Ada cerita yang agak merisaukan perasaan dan ada cerita gembira riang ria perhabis duit.


1. Buat Budget

Bagi aku, yang penting adalah membuat budget. Pergi ke negara orang, untuk shopping terutamanya, mestilah kita terfikir-fikir kan, berapa agaknya duit yang kita nak bawak.Lagipun, kalau pergi ikut trip, harga yang dibayar sudah termasuk hotel, flight ticket, tambang ke sana ke mari sekiranya ada, dan juga mungkin makan minum. Maka, duit yang kita bawa memang semata-mata untuk shopping, dan tambah serba sedikit untuk minum kopi malam2. Oh... kopi Vietnam boleh masuk la pada tekak aku yang jarang minum kopi ni. Orang kata sedap, aku pun kata sedap juga pada tekak aku. Tapi tekak aku dan tekan kamu, tak sama kan. Hehe..

Buat budget, senang jer sebenarnya. Apa yang kita nak beli, anggaran banyak mana dan harganya. Anggaran tu, kalau boleh biar terlebih sedikit dan jangan terkurang. Banyak harga-harga pakaian, barangan yang biasa orang beli di sana ada diinternet. Memang akan rambang mata bila di sana, yang itu kena pandai-pandai la kontrol. Hahaha.... Yang penting, mesti ada senarai la kan, supaya senang.

Baju kurung sulam manik dan lace sangat2 cantik, harganya berbeza ikut jenis kain, kena pandai memilih juga. Yang di atas harga RM65 untuk kain silk cotton. Tudung ala Fareeda, sekitar RM25, begitu juga tudung syria yang banyak manik itu. Tudung half moon bermanik-manik, RM16 dah boleh dapat dah.





2. Berhadapan dengan penjual / peniaga

Banyak cerita aku baca tentang peniaga di sana yang kurang mesra dan kasar tingkah lakunya. Hinggakan ada juga yang agak menakutkan tentang peniaga yang sanggup kejar dan menyumpah seranah. Memang, membaca itu semua, ianya agak membuatkan aku lebih berhati-hati berhadapan dengan peniaga di sana. Aku teringat peristiwa di pasar di Haatyai akhir tahun lepas, kejadian sama juga berlaku. Tapi bila difikir-fikirkan semula, aku tahu apa puncanya. Jangan tawar menawar harga jika kita tidak berkenan dengan sesuatu barang itu, kecuali pada barang yang kita betul-betul berkenan. Lebih-lebih lagi bila ianya adalah diwaktu pagi, di mana ada kemungkinan kita merupakan first customer diaorg. Memang sah-sah diaorang akan marah bila selepas kita tawar-tawar harga kemudian kita tak nak pulak barang tu.

Jadi, kalau setakat ingin tahu pasal harga, cuma tanya setakat itu. Kalau berani, tanya la lebih-lebih. Tak semua peniaga mukanya mencuka dan tidak mesra alam. Nasib aku baik, mungkin disebabkan aku sudah belajar dari sedikit pengalaman, aku berdepan dengan ramai peniaga yang baik-baik dan mesra, siap bertepuk tampar, peluk bahu bagai. Malah roommate aku di sana, siap elok sahaja boleh menukar beg Kipling yang dia beli kepada warna lain, selepas satu malam, di pasar malam.  


Pasar malam di luar Ben Thanh Market.

3. Tips membeli pakaian / telekung di Vietnam

Mungkin akibat rambang mata, semua nampak cantik, atau masa pula suntuk, kita tidak terfikir untuk periksa betul-betul pakaian atau telekung yang kita beli. Buka dan periksa telekung atau pakaian daripada plastik bungkusan dengan teliti. Sungguh, ada antaranya yang tidak dijahit dengan betul. Telekung yang aku beli untuk mak, begitulah nasibnya. Mujurlah ianya cuma masalah jahitan yang tidak kena, jadi boleh dijahit semula.

Telekung, selain daripada di Kedai Hajah Basiroh yang sempit itu, boleh dapat dikebanyakan kedai yang menjual pakaian sekitar hotel kami. Di kedai lain itu, jika kita tidak menyerbu secara beramai-ramai, maka adalah sedikit ruang untuk kita memilih dengan lebih selesa. Di Ben Than Market juga ada banyak sangat kedai, cuma kita kena pandailah memilih. Ada kedai yang menjual kain cotton lycra yang cantik-cantik di situ, dengan harga RM30 (bidang 60) untuk 3 meter setengah, dan aku rasa sangat rugi kerana tidak membelinya. Harga kain jenis sama di Jakel ialah RM60 ke atas. Aku sudah ada 2 pasang yang adik aku beli di Jakel, sebab itu tidak beli walaupun aku tahu ianya memang murah.


Di Kedai Telekung Hajah Basiroh. Kedai ini agak jauh dari hotel kami, kena naik teksi. Dan kami ke sini pada malam pertama, sebelum sempat kami menjenguk kedai-kedai sekitar hotel, maka ramai antara kami melakukan kesilapan dengan membeli banyak di sini akibat rambang mata dan takut 'barang' tak ada kat tempat lain. Sedangkan di tempat lain, kedai-kedai sekitar hotel misalnya, ada baju yang lebih cantik dan telekung yang boleh dapat dengan harga lebih murah.

Lobi Than Thu Hotel, tempat kami tinggal. Hadapan hotel, kiri dan kanan, pun dah ada kedai yang jual macam-macam.


4. Tawar Menawar

Tawarlah banyak-banyak sehingga separuh atau 70% daripada harga yang mereka sebutkan. Tapi jangan buat tawaran sekiranya kurang berminat. Memang akan kena marah nanti. Kemudian naikkan harga tawaran sedikit demi sedikit, dan berhenti apabila kita rasa harga yang kita tawarkan adalah sesuai. Boleh sangat pura-pura tak nak sebab tak dapat harga yang kita nak, dan beransur perlahan-lahan ke kedai lain. Mereka akan memanggil semula dan memberi kepada kita harga yang kita nak. Begitulah lazimnya. Tapi kalau mereka tak panggil semula, jangan salahkan aku yer. Hahahaha... Trick itu menjadi pada aku.

Oh ya... kebanyakan peniaga di sana tahu serba sedikit bahasa melayu seperti 'murah' dan 'tak mahal', 'kak', 'abang' dan 'cantik'. English, pun sama, tak banyak yang mereka tahu. Hanya laungan 'cheap! cheap!' yang selalu kedengaran.




Bunga harum sundal malam barangkali.



Patung sekeluarga orang Vietnam, yang putih-putih itu adalah hiasan daripada kulit telur.

Hadapan hotel, kedai merah biru itu adalah seperti 7E di sini.

Ok, nampaknya itu sahajalah cerita pasal Vietnam yang masih aku ingat. Cerita ni dah lama terperap dalam kotak deraf blog ni, sampai aku sendiri dah lupa apa yang aku nak cerita. Masa sangat-sangat laju semenjak dua menjak ini, tidak bisa kukejar dengan kaki yang kejap-kejap sakit ini.

Pada siapa-siapa yang hendak ke Vietnam, enjoy shopping yer.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...