Iklan

Mar 30, 2014

Layan Sunday Blues!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Aku tak ada la nak layan sangat
rasa tak sedap hati aku
tapi hari ini Ahad
kena la pulak kan

aku terjaga bunyi azan subuh
dengar mata sesegar cukup tidur
walaupun jam 3 pagi 
aku belum lena lagi

aku terjaga
dengan perut sebu
dada berdebar-debar
angin tolak sampai ulu hati
pedih
dan tak selesa

aku cuba ingat
tentang mimpi aku
dalam tidur yang sepicing
tapi aku tak ingat
apa-apa

oh
aku tiba-tiba
ingat sesuatu
sebelum lena awal pagi tadi
aku terfikir
tentang waktu yang ingin aku kembali
sekiranya boleh memutar waktu

aku nak kembali 
ke tahun
1993
selepas spm
ketika aku di taiping
aku ingat bermula kembali
dari situ
 



Aku baca Kelabu, dan dengan aku sekali jadi Kelabu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Pernah tak korang baca novel, dan kemudian perasaan jadi lain macam?
Sepertinya
Korang hanyut dalam cerita 
yang korang baca

suatu ketika
ada seseorang tegur aku
katanya baca novel ni
sesuatu yang tak elok
sebab 
adakalanya pembaca jadi hanyut
dalam cerita yang 
direka-reka.

tapi aku membantah,
walaupun jauh kat sudut hati
ada sedetik kata membenarkan
sebab aku perasan
kekadang aku begitu

Kelabu
menarik aku dari realiti
hinggakan aku tak boleh tidur
pejam mata, terbayang Amir @ Amira
padahal
sebelum tu aku minum kopi
secawan besar kat Secret Resepi
sementara tunggu Aisya habis tusyen
 dan kopi itu aku salahkan
ketidakbolehan aku untuk lelap

Aku tak suka
bila jadi begini
tapi aku respect penulisnya
sebab berjaya buat pembaca
hanyut
hanya dengan cerita rekaannya

 


Mar 27, 2014

KK dan Kundasang, Sabah - Episod Pengajaran Berguna

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Akibat daripada tiada perancangan ini, hasil pengembaraan kami dua beradik adalah sangat menakjubkan, dan menggembirakan, dan menyeronokkan. Well, maybe sebab faktor tempat lawatan la jugakkan. Hehe... Bagaimanapun, ada sedikit (err.. banyak juga sebenarnya) pengajaran yang perlu aku rasa dikongsikan dengan semua, terutama bagi yang baru pertama kali nak ke sana.




1. Sewa Kereta
 Haa... kereta hitam tu la aku sewa. Viva, manual. Kononnya kereta cc kecil, takut kalau auto tak larat nak panjat bukit. Aku pula tak tanya berapa cc kereta viva tu. Terus cakap nak manual punya. Dah biasa aku redah kancil 850cc manual aku ke mana-mana. Confident la konon. Sekali dapat kereta, masuk dan tutup pintu. Gedegang! Bunyi macam atap zink rumah ditimpa buah jambu busuk! Aku dan adik aku bantai gelak sakan. Apa punya kereta ni! Nak naik ke Kundasang, memang tak ada masalah. Tapi sangat terhegeh-hegeh ketika hendak ke Desa Dairy Farm dan ketika tersilap langkah ke Sabah Tea Plantation (nanti aku cerita pasal ini).

Jadi, nasihat aku, sewa kereta (jangan naik teksi sebab mahal, diaorang tak pakai meter) yang berbaloi dengan tempat yang anda hendak tuju. Dan tolong ambil kereta auto. Hahaha... Tak perlu nak tunjuk bijak cam aku kononnya nak pakai kereta manual.

Oh ya, aku dapat nombor telefon si pemberi sewa kereta itu melalui satu blog. Si pemilik blog rekemen budak tu kerana dia dapat kereta yang baru, bersih dan wangi! RM80 sehari untuk kereta viva. Memang budak tu baik, aku akui. Cuma sayangnya aku dapat kereta yang agak buruk.

Maka aku cadangkan, bagi yang hendak menyewa kereta, mungkin lebih baik cari dengan agensi sahaja. Lebih mudah dan banyak pilihan kot. Aku tak tahu sangat, sebab aku tak sempat nak survey sangat hari tu.





2. Jalan bengkang bengkok dan berbukit-bukit.
Dari Kota Kinabalu ke Kundasang, ambil masa tak lebih 2 jam. Bergantung kepada cara memandu dan kesesakan jalan raya. Juga berapa kali berhenti untuk bergambar misalnya. Bagi yang tak mendapat gambaran sebenar tentang lokasi Kundasang, macam aku, memang agak terkejut sebenarnya. Kita dengar 2 jam tu macam dekat, baca kat blog-blog plak, katanya jalan bengkang bengkok lebih kurang jalan ke Cameron Highland. Tapi fuhhh.... tinggi gila Kundasang ni. Dan ianya hanya disedari selepas melihat bukit bukau yang nun sayup di bawah!

Masa memandu naik ke Kundasang tu, memang tak terasa sangat kita mendaki bukit. Oh ya, kita akan mula naik bukit selepas jumpa kawasan Tamparuli. Alhamdulillah, aku rasa jalannya selamat, tidak sunyi sebab kenderaan pergi dan balik tidak pernah putus. Ada beberapa tempat jalan sedang dibaiki tapi tidaklah teruk sangat. Sepanjang jalan aku tidak nampak sebuah masjid pun, tapi sekejap-sekejap aku nampak gereja, juga gerai menjual daging salai yang tidak halal itu. Rumah-rumah juga ada sahaja di sepanjang jalan, walaupun tak nampak banyak. Pada aku yang biasa memandu untuk perjalanan jauh, jalan yang sunyi dengan kenderaan yang sesekali sahaja muncul dan kiri kanan jalan cuma ada hutan atau kelapa sawit, atau kebun getah sahaja, adalah menyeramkan walaupun disiang hari.



3. Jalan ke hotel atau chalet yang sangat curam
Ketahuilah hotel atau chalet mana-manapun di sekitar Kundasang, jalan untuk ke parkir hotel adalah tersangat curam. J-Residence yang aku baca di mana-mana blog selalu bercerita pasal jalan turun ke hotel yang curam menakutkan aku. Padahal Strawberry Garden Hotel yang aku duduk, juga di tepi jalan besar di sebelah atas bukit, makanya jalan pendek naik ke hotel adalah 45 darjah curamnya! Malah jalan ke hotel apatah yang aku awalnya teringin sangat nak duduk, sebab baca komen-komen yang menarik, rupa-rupanya aku jumpa ketika dalam perjalanan ke Desa Dairy Farm, memandu di jalan yang sangat curam!

Ingat kepada jalan-jalan curam itu, rasa tertekan sungguh, ditambah lagi dengan kereta manual kan. Tapi.. tekanan perasaan mujur cepat benar hilangnya dek pemandangan yang mengambil nyawa (breathtaking). Hahaha...

Contohnya....

Eh.. yg ni tak berapa nak breathtaking... hahaha

Haa... yang betul-betul breathtaking view. But this magnificent view, kalau tengok depan mata adalah lebih indah. Aku rasa tak ada camera yang boleh merakam gambar sebagai mata yang melihat.


4. Kalau geli dan takut, tak perlu ke fish spa
Fish spa kat Tagal Sg. Moroli, hanya beberapa langkah sahaja selepas simpang ke Sabah Tea Plantation. Tiket masuk, aku rasa RM5.00. Belum sempat audit lagi perbelanjaan keseluruhan trip ke Sabah tu, yang termasuk tiket-tiket masuk ke kawasan lawatan. Ada baca-baca kat blog, ikan-ikan tu adalah ikan kelah. Kalau dah biasa buat 'fish spa', tolong jangan bayangkan ikan-ikannya adalah kecil macam ikan laga tu, macam yang aku bayangkan (sebab aku tak google pun pasal fish spa kat sini). Kononnya nak hilangkan penat memandu, aku pergilah ke Tagal Sg. Moroli ni. Sekali mak aihhh... ikan-ikannya besar lengan aku!

Dan aku yang agak penakut dan geli ini, tak berani nak biarkan ikan-ikan besar itu 'menyedut' sel-sel mati kat kaki aku. Aku takut kena gigit!! Ya.. adik aku pun sama nampaknya. Mungkin sepatutnya kami boleh claim semula 2 atau 3 ringgit daripada bayaran kami kerana kami hanya tengok dan menjerit, dan lari sahaja! Hahahahaha..... 

Ikan terdampar dalam rumput tebal, kat jalan masuk ke fish spa tu.

5. Booking hotel dulu please!
Hotel kat Kundasang tu, aku siap-siap tempah seminggu sebelum bertolak. Walaupun adik aku kata, 'tak per kot tak tempah hotel. kita pergi weekdays, mesti ada bilik punya la. dah la hotel banyak'. Aku tak pakai cakap adik aku itu, untuk kes Kundasang sebab aku rasa Kundasang tu mungkin susah sikit nak cari kalau tak tempah siap-siap. Tapi untuk kes Kota Kinabalu untuk malam terakhir kitaorang di Sabah, aku guna pakai cakap dia. Akibatnya... kami kena ambil sahaja bilik yang ada (150 untuk satu malam), selepas penat ke sana ke mari mencari hotel dengan rate kurang daripada seratus.

Pengajarannya di sini, sila tempah bilik hotel siap-siap. Aku tak rasa bilik-bilik yang kurang dari seratus dengan 2 single bed  tak ada sebenarnya. Cuma mungkin hotel-hotel itu standby untuk orang yang buat online booking.

Ada banyak lagi cerita yang aku nak kongsi pasal trip ini sebenarnya. Banyak sangat, sebab walaupun ada beberapa perkara yang mengecewakan, trip ini adalah yang paling best dalam hidup aku! Ye... mungkin trip shopping ke Vietnam dan jalan-jalan ke Phuket dulu, bukan jiwa aku sebenarnya. Hahaha... Nanti aku sambung bercerita lagi. Salam for now.




Mar 23, 2014

KK dan Kundasang, Sabah - Episod Redah & Terjah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Tahun lepas, sekitar bulan 9, aku dan adik beriya-iya jenguk laman web AirAsia. Ya, kami akhirnya terpengaruh dengan promosi free seat, padahal tarikh yang hendak kami tempah adalah lambat lagi. Juga terpengaruh dan dengki dengan abang kami yang telah ke KK tahun sebelumnya dengan tiket yang murah! Hahaha...

Bagaimanapun, selepas membuat tempahan tiket, adalah sangat menyedihkan bila melihat promosi-promosi AirAsia dengan tiket yang lebih murah! Tapi.. nasi dah jadi bubur kan. Maka promosi-promosi selepas itu, aku cuba untuk tidak melihat (pejam sebelah mata), supaya tak rasa menyesal. Hehe..

Episod redah dan terjah ini berlaku kerana walaupun kami telah lama menempah tiket kapal terbang, samada aku ataupun adik aku, langsung tak rancang apa-apa dari awal. Padahal masing-masing tak pernah jejak pun Negeri Di Bawah Bayu itu. Last minute plak, masing-masing sangat sibuk hinggakan hotel dan kereta pun kami tempah seminggu jer sebelum terbang. Print map sehari sebelum gi KL, dan kami hanya sempat jenguk blog-blog yang bercerita tentang KK dan Kundasang sahaja sebagai panduan. Aku pula, memang selalunya jenis suka redah jer, tak suka sangat buat perancangan awal sebab selalunya aku jarang ikutpun apa aku rancang.

Sebenarnya ini merupakan pertama kali aku arrange sendiri hampir semua sekali satu percutian, dari cara nak booking flight ticket, cara dan bila nak buat online check-in, bila nak kena ada kat airport, dan ini juga merupakan kali pertama aku naik AirAsia sendiri! Memang banyak sungguh yang aku belajar daripada percutian kali ini. Sebelum ini, untuk sebarang urusan percutian atau kerja melibatkan flight, aku hanya serah segala urusan kepada orang yang handle atau pejabat sahaja. Tahu-tahu, aku dapat boarding pass, dan check-in kat airport sahaja. Itu yang aku kata ini episod redah ni. Hahaha..

Hasilnya, banyak pengalaman baru, pengajaran berguna and the outcome is so, so, soooo amazing!!! Kundasang adalah sangat menakjubkan, dan keterujaan kami hampir mencapai tahap maksimum. Hahaha... (Jakun woi!!..hahaha..). Kali ini aku share dulu beberapa keping gambar, aku dan Gunung Kinabalu. Hiks! Nanti lepas-lepas ini, aku kongsikan pengalaman dan pengajaran untuk semua.

Gambar ni terlebih 'blue'.. Ini kat Desa Dairy Farm seawal jam 7 pagi.

Desa Dairy Farm, boleh masuk jam 8 pagi. Kerana sangat teruja, hampir pukul 7 pagi kami dah tercegat kat luar pagar ladang, sambil makan roti dan menghirup udara segar sesegar segarnya.

Masa ni baru sampai Kundasang, sekitar jam 6 petang. Gunung diselimut kabus, tapi kami tetap teruja walaupun dapat intai gunung celah awan sahaja.

Desa Dairy Farm, tempat yang sangat sangat indah, walaupun perjalanan ke sini sedikit memeritkan.

Ingat nak ambil biji benih bunga ni, nak bawa balik kampung, tapi cari-cari tak jumpa pula yang dah kering. Sayang, jarang jumpa bunga ni berwarna pink/purple, selalunya yang kuning jer selalu nampak.

Aku zoom kamera aku sebab aku nak tengok kalau-kalau ternampak orang kat atas gunung tu!

Itu manusia yang jakun. Tak habis-habis memuja gunung yang tinggi tak tercapai dek tangan.

Haa.. tapinya, tupai ini jinak walaupun juga tak tercapai dek tangan. Dia asyik ke sana ke mari atas pokok dekat kami bergambar. Rasa nak tangkap jer.


Nanti-nanti aku sambung lagi cerita yang sangat best ini.

Aku rindu kamu. Tiba-tiba. K bye.



Mar 18, 2014

Talian telefon tetap, Surat dan Telegram yang semakin pupus

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Akhir-akhir ini telefon rumah kami kerap sangat rosak. Sejak dulu, kalau rosak dan dibuat laporan, kontraktor yang datang menggantikan telefon itu awal-awal lagi beritahu bahawa telefon yang digantikan itu juga adalah telefon yang rosak tapi dibaiki semula. Jadi kemungkinan besar untuk rosak lagi adalah tinggi.

Aku sebenarnya sayang untuk potong talian tetap telefon rumah kami itu. Sayangnya adalah kerana ianya merupakan telefon kami yang paling awal, tidak pernah dipotong, jarang sekali ada tunggakan bayaran, nombornya dah lama sangat terpahat dalam hati kami (hehe..) dan paling penting ianya banyak berjasa ketika zaman tiada telefon tangan lagi dulu!

Alkisahnya, kakak aku telah tinggal di asrama semenjak tingkatan 2 lagi rasanya. Aku tak ingat sangat bila, tapi aku masih ingat ketika dia di tingkatan 1, dia berulang alik dengan basikal dengan seorang kawannya bernama Azizah, yang tidak di kampung Atas Tol, ke Sek. Men. Agama Khairiah yang berjarak (bila di jenguk google maps, of course la kan.. hehe..) 10km dari rumah! Dulu aku tak tahu jalannya macamana atau ada shortcut road ke, tapi ianya tetap jauh wey! Bila dia duduk di asrama, apakah yang digunakan untuk berhubung dengan keluarga di kampung yer adik-adik? WhatsApp! Jawab adik-adik yang tak pernah tengok telegram. Surat yang diorang pernah tengok pun mungkin hanya bill-bill memohon bayaran. Hahahaha.. Salah, bukan WhatsApp, bukan Wechat, bukan handphone, bukan juga telefon rumah. Sebab masa tu rumah kami tak ada telefon rumah lagi. Jadi, sesekali kakak hantar surat bila lama tak balik rumah.

Kami juga terus berhubung melalui surat ketika kakak sambung tingkatan 4 di Kelang, Selangor. Kemudian, jiran selang sebuah rumah dari rumah kami yang merupakan antara orang kaya paling awal di kampung, mula pakai telefon rumah. Memandangkan hubungan kami yang baik, sesekali ada perkara penting, kakak akan telefon ke rumah itu meninggalkan pesan atau kekadang ayah atau mak akan dipanggil untuk bercakap dengan kakak yang menunggu di talian. Oh yer.. sesekali aku juga mengambil kesempatan berhubung ke situ sekiranya ada kelas tambahan dan aku terlepas bas biasa untuk pulang, meninggalkan pesan supaya ayah mengambil aku di mana-mana, sebab selalunya aku akan berjalan sehingga bertemu ayah dengan motornya.

Secara tepat, aku tak ingat bila ayah daftar dengan telekom untuk masukkan talian tetap ke rumah. Tapi ianya adalah sekitar awal 90-an. Masa aku tingkatan 3 barangkali. Sehingga sekarang nombor telefon rumah aku tidak berubah.

Jadi bila adik cadangkan aku potong sahaja talian tetap, sebab jarang guna dan streamyx pula sekarang sudah agak lama bermasalah. Aku terasa sayang sungguh. Mak dan saudara mara masih guna nombor itu untuk berhubung. Mungkin aku perlu potong sahaja streamyx, dan kekalkan talian tetap itu. Itu kemungkinan besar yang akan aku ambil selepas 6 kali membuat aduan kerosakan streamyx dan masih tiada penyelesaiannya.

Mar 10, 2014

Ingin berkongsi cerita tapi rasa sedikit bersalah untuk bergembira, kerana MH370 hilang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

..tapi, ingin juga berkongsi sedikit keterujaan selama 4 hari 3 malam yang lalu...


kami ke Kundasang!

dan melihat Gunung Kinabalu di hadapan mata!!

subhanallah... maha suci allah.

aku dan adik perempuan aku, dah beli tiket Air Asia dari tahun lepas lagi.

tapi semua perancangan hanyalah last minute belaka.

terbang ke KK pada 4hb. Mac pagi.

pulang pada 7hb. Mac ke KL.

8hb. Mac aku memandu pulang ke K.Trg.

5 jam  sampai, rekod baru aku. hehe... sebab agak berkejar hendak ke kenduri kahwin anak kawan baik mak ayah. 

dan petangnya baru aku dengar tentang MH370 hilang.

sedih, berdebar.

semoga tuhan mempermudahkan urusan-urusan mereka, urusan-urusan pencarian mereka dan urusan keluarga mereka. amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...