Iklan

Feb 11, 2011

Buku satu tamat dengan kedukaan

Ketiga-tiga buku yang saya beli tempohari bukanlah sebenarnya buku yang terkini di pasaran atau sedang popular juga. Antaranya memang telah lama popular dan menjadi sebut-sebutan. Dan dua lagi memang sebenarnya buku yang diterbitkan kembali oleh Pustaka Dini, mungkin kerana suatu ketika dahulu ianya pernah tersohor dan menjadi perbualan. Keduanya adalah karangan Allahyarham Prof. Dr. Hamka, yang merupakan tokoh pendakwah yang disegani dan terkenal seluruh Nusantara, sasterawan, pujangga serta ahli falsafah islam.

Satu yang saya suka bila membaca buku dulu-dulu seperti ini, ianya akan membuatkan kita khayal dan hanyut dalam perkisahannya. Malah ianya seperti si pengarang bercerita tentang kehidupan sebenar dirinya. Ayat-ayat yang disusun baris demi baris tidak ada satupun yang membuatkan kita mahu skip, tetapi mahu mengulangnya, mungkin.

Oh, saya sendiri sudah hanyut dengan cara penulisan lama yang saya sungguh kagumi.

Terbitan pertama Di Bawah Lindungan Kaabah adalah pada tahun sebelum ibu bapa saya lahir lagi iaitu tahun 1936. Bukunya nipis sahaja, tidak sampai seratus muka surat, dan jalan ceritanya ringkas juga. Akan tetapi ianya tetap mengambil masa selama dua hari untuk saya menghabiskan bacaan, selain daripada kekangan masa, juga kerana terlalu menghayati. Baris demi baris kalau boleh cuba saya sematkan dalam ingatan kerana keindahan bahasanya.

'hanya kepada bulan purnama pada malam hari adinda bisikkan dan pesankan kerinduan adinda hendak bertemu. Tetapi bulan itu tak tetap datang; pada malam yang berikutnya dan seterusnya ia kian surut..'

'nikmat hati hanya lalu sebagai khayalan belaka..setelah melayap laksana satu bayangan, iapun hilang dan tidak akan kembali lagi..'


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck terbitan pertama pada tahun 1937, iaitu setahun selepas itu. Pertama kali mendengar tentang buku ini adalah melalui kakak yang khabarnya, itu adalah antara buku yang paling menarik pernah dibacanya. Sejak itulah timbul keinginan untuk mencari dan membaca sendiri buku itu.

Buku ketiga memang selalu di lihat di mana-mana kedai buku atau ketika pesta buku. Juga sudah difilemkan dan filemnya sudah saya tonton beberapa kali. Kerana banyak komentar tentang buku itu yang menarik belaka, dan mengaguminya, maka saya rasa saya perlu membaca sendiri buku itu dan membuat ulasan sendiri. Ayat-Ayat Cinta, semoga mengembalikan rasa cinta saya.


Sekian untuk malam ini. Saya perlu keluar sekarang untuk membeli barangan dapur yang sudah kehabisan di Giant. Nanti selepas saya membaca buku seterusnya, saya buat ulasan lagi.

Permisi.

Feb 10, 2011

Burung merpati terbang seribu



Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Sedari kecil saya sudah didendangkan dengan lagu ini oleh emak yang ada waktunya suka berdendang, misalnya ketika menyapu sampah di laman secara beramai-ramai. Oleh kerana demikian juga, lagu ini sangat sebati dengan jiwa saya. Saya letakkan video nyanyian asal dari filem dulu-dulu, kerana ia lebih asli.

Oh ya, ketiga-tiga buah buku yang ditempah, sudah dipangkuan semalam. Sangat gembira rasa hati. Dan akan meluangkan masa untuk hanyut dibawa perkisahan itu walaupun ada kerja lain yang perlu disiapkan. Tunggu, nanti saya rumuskan penceritaannya disini. :)

Feb 9, 2011

Ingin gigih mencari dan meluangkan masa

Sangat gembira apabila secara sengaja bertemu sebuah website menjual buku secara online. Bukan bererti sebelum ini tidak pernah terjumpa, tetapi tiada kesungguhan 'menggeledah' mencari buku-buku yang menepati jiwa. Kebetulan berjumpa buku 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' disitu di mana suatu ketika kakak pernah berceloteh tentang buku zaman dulu-dulu yang paling best padanya. Sejak itulah teringin nak baca cerita itu.

Alang-alang dah jumpa, terus buat order. Dan alang-alang dah order, biarlah sampai ringgit malaysia lima puluh, barulah nampak bersungguh sikit. Hehe... Untuk kesungguhan itu telah tiga buah buku. Tak sabar nak tunggu poslaju sampai rumah. Ordered last week, tapi bila call diaorang cakap lepas Chinese New Year baru diaorang akan check stock and post. Okay, tak aper, alasan adalah sangat reasonable. Seperti order besi, simen, untuk buat bangunan, seminggu before and after raya, baru lori boleh jalan di jalanraya. Hahaha...

Tadi dah call lagi kedai tu, tanya order dah hantar ke belum. Diaorang cakap dah, hari ini atau esok sampai. Pelik jugak, katanya kedai buku online tapi tak ada pekerja yang online pun, email juga tidak berbalas. Tracking number yang kononnya akan diemailkan ke email kita, pun tidak diterima. Kalau hari ini atau esok aku tak terima lagi buku tu, memang aku mengamuk la! Hahaha....

Gelak, gelak pun serius ni. Jangan la main-main, ini jual beli sah walaupun cuma ringgit malaysia enam puluh something jer including postage. Ok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...