Iklan

Jul 23, 2011

3D Transformer at TGV, Mesra Mall.


Ianya adalah cuti di Terengganu sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu dan jatuhnya pula adalah hari rabu. Jadi khamis yang sehari sebelum jumaat, aku tambahkan lagi sehari cuti. Kononnya hendak berjalan sakan, tapi sakan-sakan pun hanya sejauh ke Kerteh dan Besut sahaja. Sejam setengah perjalanan dari Kuala Terengganu.


Kawan dah sering dan acapkali ke panggung payang tgv di Mesra Mall. Hujung minggu ajer, ke sanalah dia bersama kawannya menonton wayang. Aku pula, bukan kaki wayang pun. Masa bertahun duduk di KL dulu pun, panggung wayang memang jarang sangat aku jejak. Aku tidak suka kerana setiap kali keluar dari panggung wayang, aku akan terasa seolah-olah aku telah membazirkan masa yang begitu lama dalam tempat gelap tu. Padahal paling lama tiga jam je pun. Walaupun puas menonton di skrin besar tu, tetap perasaan rugi masa itu menjenguk hati. Itu yang aku jarang-jarang sangat nak menonton tu.


Ini pun, aku pergi sebab dah janji ngan Aisya ari tu, nak ajak dia tengok Transformer kat panggung. Kebetulan tv asyik iklan tayangan tu kt panggung, yang akhirnya memaksa aku berjanji. Kebetulan free ni, pergi jer la.


Aku ingatkan sempat la nak tengok tayangan biasa jam 2.10 petang. Aku dah check jadual tayangan kt website tgv sebelum pergi. Bertolak dari rumah jam 12 tengahari, jalan pun tak sibuk mana, sampai-sampai elok sahaja jam 1.30. Ya Allah, ramainya orang kat Mesra Mall sampaikan parking kereta kat tepi jalan pun jadi. Tapi aku parking kat tepi. Lorong tak sibuk sangat dan ada jer parking kosong.


Bergegas untuk beli tiket, tapi malangnya tiket yang tinggal sedikit, tak ada untuk seat dekat-dekat. Takkanlah aku nak duduk jauh-jauh ngan Aisya dalam panggung. Anak aku tu. Pakwe makwe pun tak sanggup, kan. Hahaha... Ada tayangan 3D Transformer jam 2.45 petang, seat dekat-dekat masih ada. Aku ambik jer la, alang-alang datang jauh-jauh ni kan. Nak tunggu next show yg biasa, kul 5.30 baru ada. Takkan aku nak balik malam, sebab esoknya Aisya nak sekolah.


Ini first time aku tengok tayangan 3D kat panggung. Dah diberi amaran akan terasa pening sedikit pada keratan kertas bersama tiket. Duduk pula row ke dua dari depan. Bila dah pakai spek khas utk filem 3D, memang rasa pening sedikit. Tapi best dan puas hati. Sebutir2 nampak jelas serpihan2 kaca bangunan yg pecah. Terasa macam nak tunduk, nak mengelak pun ada. Yer, bunyi macam sedikit jakun. Err.. memang jakun pun. Hahahaha..


Tapi mungkin lepas ni aku tak nak tengok dah filem 3D di panggung. Pening sikit tak per lagi, tapi sesekali nampak cam kelam kabut sebab gambar jadi besar. Tak sempat tangkap apa yang berlaku. Baik lagi tengok yg biasa2. Lebih puas hati.

Aisya menayangkan spek 3D. Senyum lebar seronok masuk panggung utk kali ke-2.

Jul 17, 2011

Durian, dan Roti Pizza Sedap!

Pagi-pagi di rumah tokwan, kemboja merah jambu lembut di pekarangan rumah tokwan yang luas basah di titik air hujan malam tadi bercampur embun pagi barangkali. Cantik dan sejuk sahaja menjadi santapan mata di pagi hening. Err.. bukan hening sangat, tapi masih sejuk sebab semalamam hujan renyai-renyai sahaja memberi nikmat pada tidur. Ya, sudah jam lapan lagi waktu tu. Ayah dan adik sudah bergerak ke tempat kerja, kemudiannya aku menyusul ngan Aiysa ke rumah tokwan untuk menjemput mak balik.



Nampak mokteh sedang terbongkok-bongkok mengutip durian yang jatuh bergelimpangan semalam, diletakkan dalam baldi biru. Ada 5 biji aku rasa. Kesemuanya aku bawah balik sambil memberikan wangian berperisa durian dalam kancil putih. Mujur dekat sahaja jarak rumah tokwan dengan rumah aku. Sedap. Aku bukan pemakan durian yang tegar, biasanya seulas dua sudah cukup untuk aku. Tapi tahun ini aku makan banyak, bererti sekali mengadap aku boleh habiskan 4 hingga 5 ulas. Bukan setiap hari pun.


Bau durian bercampur dengan bau bunga kenanga ini dalam kereta, mau pening aku. Tapi kenanga ni, letak dalam uncang kain yang biasanya dapat bila pergi kenduri tu, gantung kat dapur, seminggu lebih boleh tahan wanginya. Semerbak jer dapur. Sesekali terlupa, datang seram pun ada jugak. Hahaha...



Paginya, sebelum pergi rumah tokwan, sempat membuat roti pizza. Cepat, mudah dan sedap! Sungguh ni. Kebetulan pulak aku ada tambah baki daging burger special semalam!



Sapu roti dengan sos tomato (Aisya suka sos tomato secara sangat) dan mayonis, letak hirisan crabstick dengan sosej, dan baki daging burger semalam. Jalinkan hirisan halus keju cheesedale di atasnya, secukup rasa. Tak letak bawang sebab Aisya tak suka, tapi daging burger tu semalam dah dimasak dengan bawang yg banyak! Bakar 15 minit.


Hasilnya.... sedap! Hehe.. lainkali buleh buat lagi bila tak tahu nak makan apa. (Aku sokmo begitu, lapar tapi tak tahu nak makan apa!)

Jul 14, 2011

Diari Tiga Hari

Selasa

Aku suka putih. Maksud aku kaler putih. Tengok sahaja kasut, beg, baju warna putih, memang sah-sah berkenan. Lebih-lebih baju yang kain kapas lembut giler, yang kembang-kembang, ada renda tapi mahal tu. Fuhhh... memang luruh hati jantung buah pinggang sumer sebab pendam perasaan nak beli tapi tak beli. Yer, berkenan bukan bermakna aku nak. Ibarat bercinta tidak semestinya berakhir dengan nikah kawin. Kan, kan. Hehe...

Ok, aku pergi Bukit Besar sorang-sorang petang tu. Sebab orang lain berpuasa, ganti. Dan yang kumbang seorang tu pulak, terlambat dan tak sempat solat asar di pejabat. Maka, aku dipersilakan naik sendiri. Tapi aku tidak panjat sorang-sorang. Ada beberapa orang lain yang aku dah biasa terserempak di atas bukit tu. Cuma yang aku peliknya, kenapa orang tidak ramai macam biasa? Membuatkan aku sedikit rasa seram. ditambah pula dengan cuaca yang suram. Mujur aku tidak bermuram. Eh.. jadi pantun lak. Hahaha...


Orang tidak ramai kerana aku naik awal. Rupa2nya kebanyakan pemanjat bukit besar naik dalam sekitar jam 6 petang. Terserempak dengan aku masa aku sudah dalam perjalanan turun. Ok, lain kali aku tak pergi awal lagi.

6.10 minit aku sudah menuju ke kereta, terus membuat keputusan ke Mydin Mall membeli serba sedikit keperluan asas dapur yang terlupa aku beli baru2 ni. Aku jenguk dulu tengok sandal cantik-cantik kat pintu masuk pasaraya. Tengok jer. Masuk pasaraya, jalan-jalan, pusing-pusing, aku selesa berjalan sebab aku bersport shoe. Kemudian ambik2, bayar2 secara cepat. Sempat sekali lagi jenguk ke kedai kasut tadi. Eh, eh.. RM15/=? Betul ke ni? Adik, yang mana satu harga lima belas hinggit nih? Aku tanya adik penjual sambil pegang sebelah sandal yang aku dah berkenan. Takut kalau2 harganya betul limabelas dan org lain ambik kalau aku letak. Hahaha.. Ni nak perabis stok kak. Yg kawasan ni, sumer limabelas, yg kat sini sumer sepuloh. Waaa... aku rasa teruja giler ok! Cepat-cepat aku tanya pasal sandal yg aku pegang, saiz lima takder. Yg ada 6 dan 7. Ok, aku ambik saiz 6. Besar skit jer, tak kisah sgt. Aku balik dgn perasaan yg sgt2 gembira ok. Harga asal sandal tu, RM60/=. Aku dpt RM15/= jer. Memang rezeki aku. Hehe...

Ok dah.. dh pjg sgt utk entri hari selasa. Oh ya, sandal tu kaler putih. Yeayyy!



Rabu

Malam sebelum pagi rabu, aku mimpi dia. Aku perasaan dah beberapa malam aku mimpi dia, padahal aku dalam proses utk melupakan dia. Malah minggu lepas lagi aku sudah berniat, tidak mahu berjumpa lagi. Jawab call dia lagi. Paling lekeh pun, aku cuma akan jawab sms dia, tu pun seperti biasa, kalau dia sms malam, aku jawab pagi. Kalau dia sms pagi, aku reply malamnya.

Tapi tup-tup bila dia call malam tadi (rabu), dan masa tu aku tengah mengadap Chuzzle Deluxe kat laptop, telefon pula ada kat tepi laptop, sah-sah la aku nampak nama saper yg naik. Dia. Dan rasa serba salah yg mengakibatkan aku jawab juga akhirnya. Yg juga akhirnya membuatkan aku selepas itu sedih sendiri. Down terus. Tapi aku tetap pergi makan nasi kat dapur, sebab bila tensen aku rasa nak makan.

Sungguh, aku sangat sedih. Dan benci bila aku berperasaan begini.


Khamis

Bila sedih, apa yang anda buat? Perasaan aku sekarang adalah, aku teringin nak shopping. Aku sangat terasa nak makan kek yg sedap2.

Petang ni, kalau tak pergi panjat bukit, aku nak ke bandar la. Nak gi cari apa2 yg aku teringin itu.

Ya, nasib yg baik itu tidak selalunya bersama aku. :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...