Iklan

Jan 15, 2013

Aku Yang Ketinggalan

Bismillahirrahmanirrahim...

..aku rindu pada langit biru...


Teruk betul.. Dah dua minggu di tahun dua ribu tiga belas, belum lagi menulis betul-betul di sini. Sekarang bila hendak bercerita, idea pula tidak berapa nak elok kelancarannya. Hai... macamanalah ya, azam yang satu ni nak lancar.

Oh.. Bagus betul kenyataan Shaheizy Sam apabila ditanya tentang jodoh, 'Perkahwinan adalah suatu tanggungjawab yang berat dan bukannya main-main.' Malah dia juga mendambarkan seorang perempuan yang selalu bisa membuatnya rasa tenang dan tidak suka memaksa.


Sangat berbeza dengan kebanyakan lelaki yang berkahwin hanya untuk melampiaskan nafsu tanpa memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul. Malah zaman sekarang, kebanyakan lelaki atau mak-mak para lelaki ini lebih suka mencari bakal isteri atau calon menantu yang berkerja. Alasannya mudah, boleh menumpang senang. Terbalik dan songsang sangat daripada fitrah asal kejadian manusia bernama lelaki ini. Haishh...


Dah, cukuplah topik pasal kahwin. Walaupun dalam 'senarai perkara yang ingin dilakukan tahun ini', itu antara sasarannya. Tapi ianya masih samar-samar, antara jelas dan tidak, antara berani dan takut. Tapi aku nak cari lelaki yang macam Shaheizy Sam itu, yang menganggap perkahwinan adalah suatu tanggungjawab yang besar dan bukannya sekadar suatu perjudian sahaja. Dan aku, sekiranya aku berjaya mencapai sasaran yang satu itu, aku yang juga tidak suka dipaksa ini akan selalu memastikan bisa membuat pasangan aku tenang. Rupa, bukan ukuran, walaupun lelaki berwajah 'comel' seperti Shaheizy Sam bukan citarasa.


Tapi, akan adakah lagi seseorang yang mampu membuatkan hati ini jarang tidak berdetik namanya, fikiran ini tidak pernah lupa akan dirinya, atau mata ini sentiasa tercari-cari, biarpun hanya keretanya?


Tahun baru dua ribu tiga belas bermula dengan mimpi yang menyesakkan dada. Dua malam berturut-turut, sedang diri sedang berazam menjadi positif dalam alam yang bukan mimpi. Entah kenapa sejak dulu aku percaya, kalau kita mimpikan seseorang bererti orang itu sedang mengingati kita. Benarkah?








Jan 10, 2013

My Instagram 3

Bismillahirrahmanirrahim...

Sehingga hari ini, ada 53 gambar dimuatnaik ke Instagram, mulai dari awal Oktober 2012 lebih kurang 100 hari yang lalu. Tetapi aktiviti berinstagram kurang kencang semenjak kesibukan mengambil tempat, iaitu sejak pertengahan Disember lalu. Entri di blog ini sepanjang 365 hari tahun lalu, hanya ada 73 entri sahaja. Nampak sangat betapa perasaan dan penceritaan adalah lebih mudah sekiranya disokong dengan gambar.

Kan. :D

..rindu itu sendu..

..di mana-mana,  awan putih itu bertompok-tompok, memayungi..

durian belanda! Dulu-dulu masa kecil, buah ini hanya dibiarkan buruk begitu sahaja di pokok, atau jatuh sendiri menyembah bumi. Konon tak sedap dan tiada tarikan. Sekarang, semenjak diketahui khasiatnya, buah ini juga yang dicari-cari. Sayangnya pokok yang buahnya berjuntaian dulu masa kecil-kecil, sudah lama ditebang ayah untuk memberi ruang kepada porch kereta. Pokok yang baru ditanam pula, asyik disondol lembu ayah. Mujur rezeki ada di pokok rumah abang yang tinggal diseberang jalan. :D

kemboja di rumah moyang.. subur ditanah yang kontang dan berpasir..

kami... kawan baik. aku tidak suka berbaju kurung dari kain ela yang sama, cukup sekadar corak dan warna yang boleh 'ngam' untuk baju raya kami. tapi aku suka ber't-shir' sama dan mujur baju kanak-kanak yang selalu aku suka kerana gambar-gambar yang menarik, saiznya yang paling besar (untuk 12 thn) masih muat untuk aku!

..hujan!... aku sukakan hujan, tapi aku juga rindu untuk memandikan limpahan cahaya matahari!

..meraikan 10 tahun bersama...

kami.. pink for her, and purple for me!.. err, tapi sekarang sudah bertukar.. :D

Ini sahaja yang sempat buat masa sekarang. Harap sangat dapat bercerita seperti dulu-dulu disini.
2013... banyak azam dalam diam.. :)

Peace!

Jan 1, 2013

Dulu dan Sekarang

Bismillahirrahmanirrahim...


01.01.2003
01.01.2013
How time flies.. mat saleh kabor. Cepatnya masa berlalu. 10 Tahun sudah. Maaf terlalu sibuk, hinggakan nak buat (D.I.Y) hadiah hari lahir budak ni pun tak sempat.

Ada meeting jap lagi kul 2.30.
Bye for now.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...