Iklan

Jul 31, 2008

Senyum yang hampir hilang.

Senyuman yang tersebar bermula pada hari ahad lepas, hampir pudar pada hari ini. Sebagaimana pengalaman mengajar, senyuman itu tidak sepenuhnya pudar. Masih ada biarpun hati di dalam keresahan mula datang mengusik. Mungkin kerana, pengalaman itu mengajar supaya tidak lagi perlu bergantung kepada sesiapa untuk mengceriakan hari-hari kita. Kita sendiri boleh mencorakkan hari yang perlu kita lalui. Samada mahu mengceriakannya, ataupun merosakkannya. Kita sendiri tahu apa yang perlu kita lakukan bagi menyelesaikan masalah-masalah kita. Tapi, sedikit menyakitkan hati pabila ada tika-tika kita terpaksa bergantung kepada orang lain untuk sepenuhnya menyelesaikan masalah kerja yang kita hadapi.
Aduhhh....

Jul 29, 2008

Senyum..

Semenjak ahad yang lepas, aku rasa hidupku kembali ceria. Ceria sangat-sangat, hinggakan aku hampir senyum sepanjang masa. Senyum yang sampai ke telinga. Dan aku sedar, ada beberapa keadaan atau orang yang sangat mempengaruhi hidup aku. Biarpun selama ini aku sudah sedar akan pengaruh itu kepada situasi hari-hari yang aku lalui, aku tidak berapa menyukainya. Sebolehnya aku tidak mahu bergantung kepada sesiapa untuk mengceriakan hari-hari yang aku lalui, merancak perjalanan aktiviti harianku, atau menolak aku dari belakang sehari-hari! Bagaimanapun aku tidak dapat menafikan kali ini, betapa kehadiran insan-insan menambahkan 'senyum' aku untuk memulakan hari aku. Alhamdulillah.

So, just enjoy your day...!

Jul 26, 2008

Masa, masa, dan masa...

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak kerja tertangguh. Seperti masa yang ada tidak mengcukupi lagi untuk aku melaksanakan apa yang aku rancang. Mungkin juga kerana terlalu banyak yang dirancang untuk dibuat. Sedang masa masih juga begitu, 24 jam sehari tidak berubah biarpun sedetik.

Blog ini sudah begitu lama ditangguhkan untuk di'update'. Aku lebih asyik membaca blog-blog yang menarik perhatianku, bila saja ada masa terluang di hadapan pc. Biarpun kebelakangan ni aku jarang balik lewat (kalau selalu lewat pun biasanya kul 9 mlm aku pastikan aku sudah mengunci pintu opis), aku masih tidak melakukan apa-apa di rumah melainkan melayan Dania dan tidur awal. Mungkin juga kerana keletihan memandu jauh dan malam baru-baru ni, lambat pulih. Ditambah pula, hampir setiap hari aku sibuk menaip tender yang perlu dihantar bulan ogos nanti. Jadi, letih yang tidak terasa di siang hari, baru terasa sebaik sahaja aku menjejak kaki di muka pintu dapur (aku biasa masuk ke rumah melalui pintu dapur, yang mengadap ke depan juga).

Letih juga memikirkan kenapa sejak akhir-akhir ini, diri bagai di cabar-cabar untuk melontarkan ayat-ayat yang 'kurang ajar', yang tidak mempedulikan perasaan orang sekeliling dan barangkali yang boleh mengundang perbalahan! Tetapi, seperti biasa.. biarpun hati di dalam sakitnya kerana memendam rasa, aku masih bertahan supaya tidak berbuat demikian. Sabar jer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...