Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak kerja tertangguh. Seperti masa yang ada tidak mengcukupi lagi untuk aku melaksanakan apa yang aku rancang. Mungkin juga kerana terlalu banyak yang dirancang untuk dibuat. Sedang masa masih juga begitu, 24 jam sehari tidak berubah biarpun sedetik.
Blog ini sudah begitu lama ditangguhkan untuk di'update'. Aku lebih asyik membaca blog-blog yang menarik perhatianku, bila saja ada masa terluang di hadapan pc. Biarpun kebelakangan ni aku jarang balik lewat (kalau selalu lewat pun biasanya kul 9 mlm aku pastikan aku sudah mengunci pintu opis), aku masih tidak melakukan apa-apa di rumah melainkan melayan Dania dan tidur awal. Mungkin juga kerana keletihan memandu jauh dan malam baru-baru ni, lambat pulih. Ditambah pula, hampir setiap hari aku sibuk menaip tender yang perlu dihantar bulan ogos nanti. Jadi, letih yang tidak terasa di siang hari, baru terasa sebaik sahaja aku menjejak kaki di muka pintu dapur (aku biasa masuk ke rumah melalui pintu dapur, yang mengadap ke depan juga).
Letih juga memikirkan kenapa sejak akhir-akhir ini, diri bagai di cabar-cabar untuk melontarkan ayat-ayat yang 'kurang ajar', yang tidak mempedulikan perasaan orang sekeliling dan barangkali yang boleh mengundang perbalahan! Tetapi, seperti biasa.. biarpun hati di dalam sakitnya kerana memendam rasa, aku masih bertahan supaya tidak berbuat demikian. Sabar jer...
No comments:
Post a Comment