Iklan

Dec 17, 2008

Sakit perut.

Aku tahu ada orang yang perasan aku gembira semacam hari ini. Dari nada suara, dari wajah, dari cara chatting barangkali, aku tahu dan sedar sesetengah orang yang rapat dengan aku sangat cepat menangkap kegembiraan atau kedukaan aku.

Tapi, aku sakit perut hari ni! Dan aku rasa, mungkin nak kena gastrik lagi kali ini. Aku sangat tidak menjaga makan minum aku sejak kebelakangan ini. Selesa sangat kurang. Dah la aku mengalami 'anjakan paradigma' lagi.

Lepas makan petang tadi, aku sangat sakit perut. Sesekali jer sakit itu datang. Tapi yang sesekali itu membuatkan aku hampir tidak boleh bergerak. Hampir jam 5 petang, baru hilang kesakitan itu.

Malam ini, selepas makan malam, sakit itu kembali datang. Dan aku membuat keputusan analisa sendiri yang perut aku sangat kosong dan penuh angin. Jadi bila aku makan, angin di dalam perut itu bergerak-gerak. Itu yang sakit sangat tu. Hampir sejam aku relaks, melayan Hlovate sambil menahan sakit perut yang sesekali mencelah itu. Akhirnya ianya hilang begitu sahaja.

Aku sebenarnya tak pasti keputusan analisa sendiri itu betul atau tidak. Tetapi aku sangat pasti, aku kena pergi check-up minggu depan. Sepatutnya aku pergi check-up bulan lepas, tapi aku malas! Kan dah sakit..

4 comments:

  1. Telah lama ku intai
    Namun tidak pernah kau tahu akan kehadirannya
    Dari hari ke hari
    Ianya mulai berputik
    Kucuba usir rasa ini
    Namun
    Siapalah diriku ini untuk menolak
    Kehadirannya di dalam hati ini
    dan..
    Tanpa aku sedari
    Kau jua mengintai
    Mengharap akan kehadirannya
    Tiap waktu
    Ku luahkan..
    Rasa ku
    Yang telah terpendam lama
    Jauh nun di sudut hatiku
    Apakah kau jua merasakannya??
    Ya!
    Terima kasih teman!!
    Terima kasih
    Kerana sudi menyirami
    Kerana sudi membajai
    Kerana sudi mengisi
    Kerana sudi berk0ngsi
    Dan terima kasih
    Kerana sudi..........????

    ReplyDelete
  2. puan, sila cari penawar. moga cepat sembuh!

    ReplyDelete
  3. Inche Am.. tolong jgn panggil puan. Rasa cam tak sesuai sgt di sini. Hehe.. Call me Sis Yaya k.

    Thanks for ur comment. Penawar..hmm.. dr sarah kita kan ada. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...