Iklan

Dec 31, 2009

Menjelang tahun 2010

Salam...

New year 2010? Apa sangatlah bezanya pada saya melainkan;
1. Perlu sentiasa mengingatkan diri supaya tidak tersilap menulis tarikh setiap kali membuat surat kepada klien atau konsultan ataupun membuat PO kepada pembekal (perkara biasa setiap awal tahun).

2. The 09 and 10 at the end of 20. Hehe..

3. Umur Aisya bertambah lagi satu setiap hari pertama tahun baru, which mean perlu membeli atau membuat kek, beli hadiah and celebrate the day.

4. And of course, kena cari new calendar and new organizer (kalau tak der supplier yg nak bagi la). Eh.. for this new year, saya dah dapat apa yg saya nak, new organizer dari adik ipar (saiz kecil boleh bawa ke sana ke mari) dan new management planner from supplier (saiz besar untuk di isi segala personal and financial planning).

Itu jer la makna tahun baru pada saya. Jadi, tak perlulah saya ber'happy new year' pada siapa-siapa kawan saya sangat. Sebabnya hari-hari minggu ini dan minggu depan tiada perbezaan besarpun (agakan jer la, kerana Tuhan yg menentukan segala) pada kehidupan saya. Apa sahaja rutin baru adalah sesuatu yg sudah didalam kepala. Harapan pada sesuatu atau ke atas sesuatu, tidak bermula hari ini tetapi bermula sejak saya memulakan sesuatu itu.

Well, i just try to enjoy everyday of my life. Cubaan.

Dec 29, 2009

Malam-malam terakhir 2009

Salam...

Tadi pergi beli kasut sekolah Aisya. Tambahan lagi sepasang kerana yg sediada dah berlubang walaupun tidak tembus..eh? camner tu? lubang tapi tak tembus? hehe.. Well, sebenarnya tertetas jahitan jer, tak tembus kerana sebelah dalamnya di gam plak sekali lagi. Ingat lagi, zaman saya dulu-dulu, kasut sekolah sungguh tahan lasak. Paling kurang pun, 2 tahun boleh tahan lagi walaupun mungkin ada lubang dan lusuh. Yer la, kami kurang mampu untuk bertukar kasut sekolah setiap tahun. Selagi boleh dipakai, selagi itulah disarungkan ke kaki. Nak kasi putih dan nampak baru, disapukan kapur cecair tu la setiap kali selepas dibasuh pada hujung minggu.

Persiapan persekolahan yg lain dah settle. Cuma tunggu jer la untuk masuk sekolah sesi petang mulai minggu depan. Tengok la plak bagaimana nanti keributan yg mungkin berlaku kali ini. Tapi, mungkin tidak seribut tahun 2009 barangkali. Kerana awal-awal lagi mak dah bagitahu kaklong sedia menumpangkan Aisya ke sekolah pada waktu tengahari apabila hendak mengambil Sarah yg mula masuk pra-sekolah. Petang waktu pulangnya, saya, ayah dan cik semuanya sudah free untuk mengambil Aisya. Insyaallah, keadaan menjadi tenang nanti.

Cerita di tv sangat membosankan pada minggu terakhir 2009 ini. Langsung tidak ada movie count down yg best-best. Sungguh sadis sekali. Seperti juga mood saya yg sangat-sangat membosankan. Tidak mengceriakan langsung kecuali seminggu minggu lepas. Setiap hari mahu pergi lambat ke pejabat dan pulang cepat ke rumah kerana ada 'baby bising' kat rumah. Saya rasa boss saya sungguh-sungguh memendam rasa marah pada saya minggu lepas. Nak marah, takut saya berhenti kerja plak. Pendam jer la. Hehe...

Kemudiannya bermula minggu ini, minggu terakhir 2009 ini, malam-malam terasa sunyi sepi. Tiada lagi bunyi bising baby, Adam dan Rayyan. Tinggal bunyi suara Aisya yg menjadi bertambah-tambah manja kerana sekarang dia sorang sajer cucu di rumah ini. Kembali ke rutin asal, mengajar emak mengaji Quran, mengadap tv yg menayang cerita ntah apa-apa sambil merungut marah kerana menghabiskan duit yg banyak utk membayar bill Astro tetapi tiada tayangan yg menarik langsung. Eceehhh.. saper suruh engko pasang Astro? Tak der orang paksa pun! Hehe.. :P

Sudahnya, apabila nak mengadap internet pun rasa bosan dan malas, akhirnya membelek-belek majalah-majalah yg menimbun (turut menghabiskan duit saya tu, tanpa paksaan.. :P) dan tidur seawal jam 10.30 malam.

Errr... malam ni, mengadap laptop yg hampir 2 minggu sudah tidak dilayan.

Hari-hari terakhir 2009

Agaknya.. di hari-hari terakhir 2009 ni, masih sempatkah untuk saya mengharap sesuatu yg menarik berlaku.. selain daripada gaji yg lambat bulan ni, hari2 sunyi tanpa anak2 saudara yg comel2, kerja2 yg sama dan berulang2 tidak berkesudahan, karier yg seperti dipenghujung nyawa, perasaan yg langsung tidak bersemangat, cerita2 yg membosankan di tv, dan macam2 lagi yg agak mengecewakan ini..

Duhhh.. bosannya! Rasa sungguh hendak shopping byk2 bagi menghilangkan tensen ini, tp duit lak kena save for last!

Dec 14, 2009

Bintang, bulan, langit cerah, angkasaraya.

Bismillahirrahmanirrahim...

Kepada yg mengikuti blog ini, saya rasa mereka sediamaklum tentang apa yang pelik tentang saya. Ya. Salah satunya saya suka melihat awan. Sebenarnya, bukan setakat awan yg memutih serta langit yg membiru itu. Saya jatuh cinta pada apa sahaja di angkasaraya itu sejak saya belajar tentang bulan, bintang, zuhal, musytari, dan segala bagai planet di sana itu. Seingat saya, masa itu di tingkatan tiga di Sekolah Menengah Agama Durian Guling dalam subjek Geografi. Mujur tiada silibus tentang alien dan segala macam makhluk asing di sana, kalau tidak mungkinkah saya jatuh cinta juga dengan 'diaorang' itu? Hahaha... Kerana kejatuhan cinta itulah saya sangat kecewa apabila subjek geografi tidak ada lagi ketika di tingkatan empat dan lima. Yang ada adalah subjek sejarah, yg pada ketika itu sangat saya benci kerana melibatkan banyak tarikh.

Berbalik kepada topik asal, meteor shower baru saja berlaku berturut-turut dua malam yg lalu. Seorang teman nun jauh di Penang beria-ria mencari peneman bagi menemaninya menunggu dan menyaksikan pemandangan yg jarang-jarang berlaku itu. Membaca statusnya di FB itu, mengingatkan saya tentang Penang dan suasana di USM, dulu. Serta merta saya jadi rindu pada langit malam yg indah, terang dengan awan jelas memutih, bulan bersinar, dan bintang-bintang berkelipan. Semuanya itu selalu sangat saya saksikan ketika di sana dulu.

Kebetulan ketika di matrikulasi, bilik saya yg berada di tingkat teratas di Desa Gemilang (4 tingkat) berada disebelah belakang bangunan. Dari bilik saya, boleh nampak dengan jelas jalan shortcut menghala ke gate untuk ke Gelugur. Dari kejauhan juga boleh nampak laut dan kapal yg lalu lalang. Dan masa itu juga saya hafal dengan penerbangan turun naik ke Bayan Lepas. Semuanya dapat disaksikan dengan sangat mudah kerana cermin tingkap 'naco' bilik saya itu adalah dari jenis yg licin tanpa corak dan ianya adalah clear glass. Kebetulan pula, katil saya adalah disebelah tingkat tersebut! Malam-malam yg terang bulannya, saya akan menyelak langsir seluas-luasnya dan berbaring dikatil menyaksikan ruang angkasaraya yg saya cintai sekian lama itu. Aduhh.. rindunya saya pada momen itu dulu.

Kemudian, ketika di tahun dua dan tiga, saya menyewa bersama kawan-kawan di tingkat 8 apartment apa ntah di sekitar sebelah hadapan pintu utama USM. Ianya betul-betul di luar pagar tapak Ekspo Pulau Pinang (pada ketika itu). Memandangkan rumah sewa kami itu mempunyai balkoni dan mengadap ke luar kawasan apartment yg mempunyai agak banyak blok itu, sekali lagi saya mempunyai peluang untuk melepaskan rindu dendam saya pada angkasaraya. Sering saya dan kawan-kawan berborak-borak di balkoni bertemankan bulan, bintang dan langit cerah dengan awan yg bertompok-tompok indah.

Itu belum lagi termasuk sesi melepaskan rindu dendam di padang kawat (berbaring di atas tar), di atas bukit dekat school HBP, atas bumbung bangunan HBP masa menyiapkan projek mega, di tepi pagar airport Bayan Lepas dengan Watie (dimana yer, dia sekarang), dan banyak lagi la kalau hendak di kenang.

Agaknya, bila lagi saya boleh melepaskan rindu dendam saya pada angkasaraya lagi?

Rancang yg kena terus buat, baru jadi

Bismillahirrahmanirrahim...

Selalu sangat saya merancang percutian ke mana-mana dengan adik kesayangan, Busu. Biasanya percutian yg dirancang itu jarang menjadi seperti yg dirancang. Alih-alih apabila tiba masanya, masing-masing sudah malas untuk ke mana-mana. Ataupun ada perancangan lain yg tidak terduga-duga. Atapun juga lebih selesa berehat sahaja di rumah sambil bercerita macam-macam.

Melihat keseronokan sahabat dan keluarganya menghabiskan masa semalaman di Suria Cherating Beach Resort, memberikan saya idea untuk membawa Aisya ke sana. Dan tanpa menunggu lama, saya terus membuat tempahan bilik untuk semalaman. Kebetulan pula seorang sahabat baik akan bertunang di rumahnya di Kemaman. Jadi idea itu datang tepat sungguh pada waktunya. Dari Kemaman terus ke Cherating dan keesokkan kembali ke Kuala Terengganu. Cukuplah untuk menghilangkan rasa bersalah kerana tidak membawa Aisya bercuti-cuti ke mana-mana musim cuti sekolah ini.

Tapi sekarang, kena fikir juga untuk menghadiahkan dia sesuatu yg menarik sabagai ganjaran menghabiskan Iqra' 1 sehingga Iqra' 4 dalam tempoh setahun. Supaya dia lebih bersemangat lagi. Tidak lupa juga untuk harijadi dia pada 1hb. Januari nanti. Hmm...

Dec 11, 2009

Siapa yg tidak mahu

Semua orang mahukan hidup yg bahagia.Semua orang ada impian dan angan-angan. Walaupun sedikit. Yang susah, mahu jadi senang. Yang senang, mahu lebih teratur kehidupan. Yang kaya mahukan bahagia dan lebih harta melimpah ruah. Yang miskin mengharapkan rezeki untuk hidup. Si peminta sedekah juga sama, mengharapkan kehidupan yg selesa tanpa perlu menagih simpati. Pun begitu dengan saya. Sama. Cuma impian dan anganan itu tidak semestinya sama.

Kekadang terfikir, kenapa hidup ini tidak kita biarkan berlalu apa adanya? Tanpa perlu mengharap dan bermimpi. Kerana dengan itu kita tidak terlalu sakit apabila kecewa, apabila harapan berkecai, apabila mimpi musnah. Memang saya berkata, saya tidak lagi mengharap, tidak lagi bermimpi. Tapi tipu sangatlah sekiranya sedikitpun tiada harapan dan impian dalam hidup saya yg kabur ini. Kena ada, sebab saya masih percaya. Tuhan itu tidak sesekali menzalimi hamba-Nya dan, dugaan dan godaan hidup ini adalah berkadaran dengan kemampuan kita.

Kebahagiaan adalah rasa kita dalam kehidupan kita sendiri.

Dec 8, 2009

Bila terus buat, terus jadi.

Bismillahirrahmanirrahim...

Selalu sangat saya merancang percutian ke mana-mana dengan adik kesayangan, Busu. Biasanya percutian yg dirancang itu jarang menjadi seperti yg dirancang. Alih-alih apabila tiba masanya, masing-masing sudah malas untuk ke mana-mana. Ataupun ada perancangan lain yg tidak terduga-duga. Atapun juga lebih selesa berehat sahaja di rumah sambil bercerita macam-macam.

Melihat keseronokan sahabat dan keluarganya menghabiskan masa semalaman di Suria Cherating Beach Resort, memberikan saya idea untuk membawa Aisya ke sana. Dan tanpa menunggu lama, saya terus membuat tempahan bilik untuk semalaman. Kebetulan pula seorang sahabat baik akan bertunang di rumahnya di Kemaman. Jadi idea itu datang tepat sungguh pada waktunya. Dari Kemaman terus ke Cherating dan keesokkan kembali ke Kuala Terengganu. Cukuplah untuk menghilangkan rasa bersalah kerana tidak membawa Aisya bercuti-cuti ke mana-mana musim cuti sekolah ini.

Tapi sekarang, kena fikir juga untuk menghadiahkan dia sesuatu yg menarik sabagai ganjaran menghabiskan Iqra' 1 sehingga Iqra' 4 dalam tempoh setahun. Supaya dia lebih bersemangat lagi. Tidak lupa juga untuk harijadi dia pada 1hb. Januari nanti. Hmm..

Tersedar

Bismillahirrahmanirrahim...

Tiba-tiba seperti ada seketul batu dilempar terus terkena kepala. Tak pun seperti sebaldi air disimbah ke muka. Betul kata Sarah, yang kosong mudah di bisiki syaitan dan nafsu. Yg kosong mudah dibelenggu sadis dan jemu. Saya terleka dalam masa lapang yg terlalu banyak dan melimpah ruah ini. Saya mudah terasa jemu. Saya kekadang beremosi terlebih-lebih. Saya adakalanya memikirkan yg tidak sepatutnya tentang dugaan hidup saya. Sungguhlah, jiwa saya sangat kosong barangkali. Kerana itu saya begitu.

Tapi, petang tadi, saya sempat melayan badminton dengan budak-budak berumur dalam lingkungan 6 hingga 8 tahun depan rumah saya semasa mengambil sedikit waktu di petang hari mengajar Aisya bermain badminton. Seronok juga bermain sehingga berpeluh-peluh begitu. Alhamdulillah, saya masih sedar tentang kelapangan masa saya dan cuba mengisinya dengan aktiviti yg berfaedah. Alhamdulillah, dalam kekosongan jiwa saya, Tuhan masih mengingatkan saya. Alhamdulillah, Tuhan tidak membiarkan saya terleka sangat. Alhamdulillah.

Dec 4, 2009

Lama tak jumpa dan tak buat.

Salam...

Saya jumpa kat notes facebook kawan saya. Biasanya malas nak baca notes ni, tapi hari ni ntah apa mimpi (boring kot), boleh plak aku membuka notes dia. Terjumpa
benda alah ni. Lama sungguh tak jumpa dan tak buat. Tapi, tk nak buat kat facebook tu, nk buat kat sini jer. Saja nak memenuhkan catatan untuk bulan terakhir 2009.

Rules: Don't take too long to think about it. Fifteen movies you've seen that will always stick with you. First fifteen you can recall in no more than fifteen minutes. Tag fifteen friends, including me because I'm interested in seeing what movies my friends choose. (To do this, go to your Notes tab on your profile page, paste rules in a new note, cast your fifteen picks, and tag people in the note -- upper right hand side.) I hope you participate, even if you didn't get tagged!

1. Windstruck
2. My Sassy Girl
3. My Little Bride
4. Daisies
5. Jab We Met
6. Sepi
7. Ayat-Ayat Cinta
8. Lion King
9. Stand By Me
10.Ice Age
11.My Best Friend Wedding
12.Taree Zameen Par
13.Dil Chahta Hai
14.The Chronicle of Narnia
15.Spiderwick

:D. Sebenarnya saya ambil masa yg lebih dari 15 minit untuk menamatkan tag ini. Sebabnya saya jarang tengok movie dan saya selalunya kalau movie yg saya suka, saya akan tengok acapkali. Semua movie di atas saya tonton lebih dari sekali. Oh ya, saya juga sebenarnya seorang yg selalu ketinggalan bab-bab movie ni. Cerita tahun lepas, saya baru nak tengok sebab saya dengar ceritanya best, adalah perkara biasa bagi saya. Panggung wayang, bukan kegilaan saya kerana saya rasa menghabiskan masa selama 3 jam di dalam panggung sambil, adalah seperti membuang masa. Sesekali, tak apa.

Kalau tengok senarai di atas, 4 cerita teratas adalah cerita korea. Dan semuanya cerita-cerita yg dah agak lama. Saya ulang tengok dalam 2,3 minggu ini apabila saya cuba mencari aktiviti baru. Dan sekarang saya masih lagi dalam pencarian cerita-cerita korea yg pernah saya tengok dulu ketika di Skudai. Movie terbaru yg keluar? 2010. The Spy. Saya tahulah sikit-sikit, tapi tak teringin pun nak tengok. :D

Itu sahaja untuk petang yg berangin dan sejuk ini walaupun tidak hujan. Jumpa lagi.

Dec 2, 2009

Alamak! Dah Disember 2009 la..

Salam...

Hari ni dah 2hb. Disember dah. Cepat sungguh masa berterbangan. Terbang? Cuba dongak ke langit, lihat awan yg memutih bertompok-tompok. Kita tidak nampak seperti ianya bergerak, tapi tanpa sedar ia sebenarnya sudah beralih tempat. Begitulah saya boleh ibaratkan masa berterbangan. Ok, sekarang di sini tak nampak awan, hujan sepanjang hari. Jadi tak perlulah mendongak. :D

Pandang belakang sekejap. Jangan peduli tentang 'jangan pandang belakang'. Saya pandang belakang, bukan bererti saya menolehkan kepala saya ke belakang. Tak. Pandang pada masa yg telah berlalu dalam tahun ini, dari Januari sehingga November lepas. Apa yg telah saya capai? Dan apa yg telah berlaku kepada saya sepanjang tahun ini? Apa yg saya perlu pelajari? Azam tahun ini? Haha.. maaf saya tidak ada azam. Kecuali seorang kawan (yg saya ingat buat masa sekarang) yg bernama Azam. :D

Ok. Saya rasa saya tidak mencapai apa-apa tahun ini. Tahun ini bukan sahaja Terengganu bernasib malang akibat kejadian bumbung Stadium Gong Badak runtuh, malah kejadian itu meregut segala kemudahan, ketenangan dan kesenangan saya (eceehh!!) sekaligus mengkelam-kabutkan hidup saya sepanjang tahun ini (sehingga pertengahan tahun depan!). Sungguh ni, walaupun saya tidak terlibat sedikitpun dengan kejadian itu (saya tidak bersalah! hahaha!), masalah itu telah turut mengheret saya ke dalam perutnya (perut??). :P

Dalam tempoh tidak sampai sebulan lagi ini, apa yg boleh saya capai? Hmmm... Azam tahun ini? Well, semenjak 2 tahun lepas, saya tidak membuat apa-apa azam setiap kali tibanya tahun baru. Banyak perkara yg mengecewakan jadi saya seperti sudah berhenti berharap pada apa-apa dan siapa-siapa. Sekiranya Tuhan kata jadi, jadilah. Kalau tidak, tidaklah. Dengan itu, saya tidak kecewa sangat.

Cuma sepanjang tahun ini, banyak sungguh dugaan yg menguji sungguh-sungguh segala rasa yg saya ada. Dan saya sangat-sangat berdoa semoga Tuhan menguatkan iman saya kepada-Nya.

Nov 29, 2009

Hari raya korban adalah hari biasa

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya tahu sesetengah tempat dan sesetengah orang, hari raya korban diraikan sama sebagaimana hari raya puasa. Meriah dan saling ziarah menziarahi. Siap dengan tempahan kuih raya dan baju baru lagi. Lebih-lebih lagi di negeri 'tanah serendah sekebun bunga'. Semua pekerja site saya juga, sejak hari rabu lagi semuanya sudah pulang ke kampung. Diorang semua dari negeri itulah. Sementara saya, petang khamis masih di pejabat menjawab panggilan telefon subkontraktor dan supplier yg meminta hutang. Hahaha.. Tak tipu ni. Kenyataan belaka.

Semenjak dahulu, hari raya haji saya tidak meriah selain sibuk memasak di pagi hari untuk breakfast dan membahagi-bahagikan daging lembu korban menjelang tengahari. Tidak ada baju baru dan juga tidak ada kuih muih. Kalau ada jiran tetangga atau saudara-mara datang (biasanya tidak masuk ke rumah, sekadar mengagihkan daging korban), sekadar dihidangkan keropok keping dengan air teh 'o' panas. Tidak juga ke mana-mana, sekadar duduk dirumah menghabiskan hari dengan tenang. Biasanya juga, mak atau ayah atau cik yg akan mengagih-agihkan daging korban.

Kerana hari raya haji adalah seperti hari-hari biasa, ketika merantau ke luar Terengganu selama hampir 10 tahun dahulu (sejak 1994 sehingga 2002), adalah menjadi perkara biasa saya tidak pulang ke kampung ketika hari raya haji. Pertama kali adalah ketika saya tahun pertama di USM, dan ketika itu saya agak terasa sayu. Sebabnya, sekitar USM sangat sunyi sepi dengan semua cafe ditutup dan restoran-restoran di luar USM juga di tutup. Sudahnya, saya dan kawan-kawan (saya lupa siapa, tapi saya rasa mereka adalah kawan-kawan sebilik atau yg rapat dengan saya masa tu) pergi menghidangkan diri sendiri dengan santapan 'sehingga menjilat jari', KFC! Rupa-rupanya happening juga KFC depan USM itu dengan chinese and indian student.

Selepas itu, semenjak saya bekerja di Kuala Lumpur adalah menjadi perkara biasa saya tidak pulang ke kampung pada hari raya haji. Biasanya adik saya (yg ketika itu belajar di UTM, Skudai) akan bercuti bersama saya di rumah sewa saya. Dan, memandangkan sudah ada dapur sendiri, senanglah untuk saya memasak sendiri pula dan tidak lagi perlu merangkak mencari kedai makan yg dibuka pada hari raya. Ya, saya ingat lagi menu biasa saya, nasi tomato dan kek batik (biskut marie yg dikacau dengan milo dan susu di dalam kuali). Lama sungguh saya tidak memasak kedua-dua resepi itu. Tak pun, nasi lemak sahaja, dengan sambal bilis. Hehe.. Paling cikai, nasi goreng jer la.

Hari raya haji tahun ini, masak nasi kuning sahaja. Rancangan nak buat nasi minyak terpaksa ditukar sebab ayam tak sempat di beli di pasar the day before. Dah habis dulu. Kemudian, seperti weekend biasa, saya buat kek coklat, mengemas rumah, membasuh baju-baju kotor, dan macam-macam lagi. Jadi, beginilah hari raya haji saya. :D

Anyway, selamat hari raya haji untuk semua. Semoga semuanya berbahagia di mana-mana sahaja berada.

Malam ini rumah menjadi sunyi

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya mempunyai 6 adik beradik. Eh... pesal tetiba keluar karangan budak sekolah! Hahaha.. Mungkin saya pernah bercerita tentang ini dahulu di dalam di sini. Dan saya tidak mahu mengulang cerita yg sama pun. Sekarang saya mahu bercerita tentang cucu-cucu mak saya. Saya ingat lagi, ketika abang saya yg sulung tidak kahwin-kahwin pada usianya yg agak lanjut. Mak dan ayah sudah bising dan salah satu alasan mak dahulu, 'Tengok semua orang dah dapat cucu. Nampaknya kita dah tak sempat tengok cucu dah'. Mungkin mak terasa malu pada kawan-kawan mak sebab anak mak kahwin lambat.

Abang yg sulung kahwin ketika umurnya 33 tahun. Serentak dengan anak mak yg ke-3 dan ke-4. Mak mendapat cucu yg pertama hampir 7 tahun lepas (cucu sulung mak sebulan lagi cukup 7 tahun) dari anak mak yg ke-4. Sehingga sekarang, dalam tempoh hampir 7 tahun ini, mak sudah mempunyai jumlah cucu yg boleh dibanggakan iaitu 9 orang. Cucu yg paling bongsu baru mencecah 4 bulan. Tapi mak tidak nampak berbangga dengan jumlah cucu yg agak ramai itu. Walaupun mak selalu bersungut bila beberapa hari cucu-cucunya tidak menampakkan muka di rumah mak yg bererti mak selalu merindukan mereka, tapi bila semuanya berkumpul dirumah ini, letih juga mak melayan kerenah budak-budak kecik itu.

Memang bila semuanya berkumpul disini, rumah ini riuh sungguh. Dengan budak-budak yg beza umur masing-masing cuma setahun, memang pandai sungguhlah mereka membisingkan keadaan. Mereka nampak rapat ketika kecil dan saya mengharapkan mereka rapat sehingga masing-masing sudah besar panjang nanti. Tidak seperti saya yg sangat tidak rapat dengan sepupu sepapat sebab perbezaan umur yg sangat jauh. Malah dengan mak saudara dan pak saudara pula kami menjadi rapat kerana jarak umur yg tidak jauh beza. Well, orang lama.. Anak bersalin, mak pun bersalin. Hehe..

Malam ini rumah ini dah sunyi sepi. Sejak akhir-akhir ini, kami biasa makam malam awal. Jadinya ketika maghrib, rumah sangat sunyi sepi. Masing-masing yg cuma tinggal saya dan Aisya, mak dan ayah, dan cik (adik saya), semua dalam bilik masing-masing. Sehingga jam 9 malam juga, rumah masih sunyi sepi. Paling tidak pun, hanya kedengaran suara Aisya bercakap seorang, bermain seorang diri. Mengajak mama bercakap, mama malas melayan sebab sedang tekun membaca novel. Hehe..

Kalau malam-malam sebelum ini sejak khamis lepas, riuh la kedengaran suara Adam memanggil kakak (Aisya) untuk bermain. Riuh dengan suara papa Adam melayan Adam dan Aisya bermain. Riuh suara mak, busu dan baby Afiq di dapur.

Jadi, bila dah 3 malam berturut-turut rumah ini riuh, malam ini kesunyian sedikit terasa luar biasa. Hinggakan mak pun dah macam orang mati kutu, tak tahu nak buat apa. Hehe..

Nov 25, 2009

Makanan kegemaran saya ialah...

Salam...

Saya suka aiskrim yg kurang manis dan sedap. Huh.. tetiba! Dan sungguhlah, menikmati aiskrim boleh meleraikan sedikit perasaan tertekan atau stress! Tetiba teringat sebekas aiskrim yg saya beli beberapa hari lepas (ketika hujan lebat) di Sabasun. Mak saya pun hairan, macamana dalam cuaca sejuk-sejuk tu boleh saya teringinkan aiskrim. Of course la kan, Aisya ada sebagai pendorong. Hahaha... Balik dari office ni, saya nak makan aiskrim tu. Tu pun sekiranya Aisya belum menghabiskannya. Tapi, Aisya anak yg baik. Nak makan aiskrim mama, call mama kat office bagitau dulu, sebab takut mama balik dari kerja, mama marah. Hehe..

Oh ya, sekiranya kita makan aiskrim murah (daripada produk tidak terkenal) dan aiskrim mahal (seperti yg pernah saya makan di KLCC, sebekas kecil hampir RM10), kita dapat merasakan perbezaan rasa manisnya. Jadinya, bila saya katakan aiskrim kurang manis, bukan bererti tidak manis langsung. Tapi manisnya bukan rasa manis gula semata, manis yg sedap. :D

Sebenarnya, saya bukanlah seorang yg sukakan makanan yang manis-manis. Tak percaya, tanya mak saya. Mak ada kat rumah, rasanya dia tidak ke mana sebab tiada sesiapa dirumah yg hendak bawa dia ke mana-mana. Hehe.. Segala jenis bubur, pengat, kuih-muih tradisional yg kebanyakannya manis seperti akok, baulu, kuih bakar, kuih lapis dan macam-macam lagi la, saya memang tak terliur langsung. Ya, itu semua makanan tradisional di Terengganu. Kalau akok tu, rasanya susah nak cari kalau bukan disini. Kalau saya teringin sangat, cukuplah sekadar merasa secubit atau sesudu.

Masa kecik dulu-dulu, kalau membuat air teh untuk tetamu, mak mesti rasa dulu air yg saya buat sebab biasanya saya buat kurang manis. Tapi, dulu tu saya tak pandai bagi alasan lagi. Sekarang, setiap kali saya buat air untuk tetamu, saya cakap dengan mak, 'Tak boleh manis-manis mak, nanti kencing manis diaorang karang!', lebih-lebih lagi kalau tetamu tu orang tua. :D

Yang peliknya saya ni, bukan setakat air yg manis atau kuih-muih sahaja saya kurang suka yg manis-manis, hinggakan buah-buahan pun saya lebih suka yg belum masak, atau separuh masak. Teringat lagi masa saya bekerja di Kuala Lumpur, setiap kali musim buah dikampung, saya akan memenuhkan boot kereta saya dengan bermacam-macam buah selepas pulang dari kampung. Rambutan, manggis, langsat, duku adalah yg biasa. Durian, itu luar biasa sebab saya tak suka hendak menambah pewangi berperasa durian pada udara dalam kereta dari Terengganu ke Kuala Lumpur. Pening wehh!! Semua buah-buahan itu akan saya berikan pada kawan-kawan dipejabat dan tidak tinggalkan walau sebiji pun untuk diri sendiri.

Kalau mangga, fuhhh! Mangga putik memang sedap, dicicah plak dengan sos kicap pedas keluaran tempatan. Saya lupa keluaran mana, tapi selalunya saya beli kat pasar tani. Betik, yg separuh masak sedikit kekuningan tu sedap pula dimakan dengan kuah rojak yg mak buat. Fuhh.. kecur liur!
Tapi, kalau rambutan yg tengah kekuningan, atau manggis yg kulitnya baru kemerah-merahan, pernah makan? Biasanya saya makan buah-buah itu dengan memetik sendiri dari pokok, atau dikait dengan galah. Terus makan. Kalau yg dibeli-beli ni, memang kurang la. Kekadang saya suka mengira, berapa biji rambutan saya makan dalam setahun. Sangat sedikit. Tidak sampai sepuluh jari saya ni. Lebih rasa masam manis buah-buahan itu, atau manis kelat seperti buah salak, lebih saya terliur. Tapi jangan la buah tembikai atau durian putik diberikan kepada saya. Itu langsung tidak ada rasa, tawar sahaja.

P/s I : Setiap kali masuk ke EONCAP Bank di Bangunan Yayasan Islam, Terengganu, setiap kali itulah saya terliurkan buah belimbing, oren dan epal hijau kerana poster buah-buah itu yg sangat cantik di dinding bank.

P/s II : Dalam saya tidak suka makanan manis, saya suka makan kek. Tapi, biasa la, semestinya kek-kek yg sangat sedap sahaja. Hahaha.. malam karang nak buat kek coklat lagi.

P/s III : Untuk tajuk entri di atas, pembaca semua boleh la isi jawapan sendiri yer. Mana tahu, cerita anda semua lebih menarik dari cerita saya ini yg hanya dikarang sebab bosan keseorang di pejabat. Hehe..

Nov 23, 2009

Gambar lama

Bismillahirrahmanirrahim...

Ketika menggodek-godek komputer di pejabat, menghapuskan mana-mana fail yg dirasakan tidak bergunapun (termasuk gambar) dan menyusun aturkan semua folders supaya senang dicari, saya ada jumpa banyak gambar-gambar yg pernah saya capture dulu-dulu dengan telepon saya yg sudah rosak. Sayang sungguh telepon itu, jenis flip yg pertama saya guna. Sudah 2 kali saya membaiki skrinnya yg rosak. Sekarang, terbiar begitu sahaja dengan niat hendak dibaiki lagi tapi selalu terlupa untuk dibawa ke kedai membaiki telefon. Untuk menghapuskan gambar-gambar itu terasa sayang pula. Banyak kenangan disebalik setiap gambar yg diambil. Banyak cerita yg boleh dikongsikan sebenarnya.

Kemudiannya saya mendapat satu idea. Ya, saya letak gambar-gambar itu di muka buku saya. Facebook la. Hehe.. Sekurang-kurangnya saya boleh berkongsi cerita sekiranya ada orang bertanya. Kalau tak ada orang pedulipun, tiada kerugianpun pada saya. Kan.

Itu gambar dalam komputer. Yg dimuatnaik daripada telefon ataupun kamera digital. Yang dalam bentuk salinan keras? Hard copy la! Banyak lagi kat rumah ada di mana-mana sahaja dalam album lama yg cukup banyak. Dan gambar orang perseorangan juga banyak, yg saya rasa (sekarang) tidak patut saya minta untuk kenangan dulu. Sebabnya, gambar berdua atau lebih orang, adalah lebih meriah dan nostalgik. Disebalik sekeping gambar, tersembunyi seribu cerita, samada cerita suka ataupun duka.

Opsss.. baru petang tadi saya melihat gambar seorang kawan di muka buku dan di dalam gambar itu ada seseorang yg saya tidak mahu lagi melihat orangnya! Oh, itu cerita duka! Dan saya tidak suka. :(

Nov 21, 2009

Cengkerik dan katak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

Tuhan yang menciptakan alam ini. Menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan maksud dan tujuannya yang tersendiri. Contohnya bunyi-bunyian katak yg menyanyi memanggil hujan. Sahut menyahut di tengah heningnya malam yang dingin dengan pelbagai bunyi. Disulami pula dengan nyanyian cengkerik yg kecil bersuara nyaring. Entah apa yg mereka ceritakan. Sunyi dan sepinya malam, sekiranya kita bersatu dengan bunyian alam itu, tidak lagi terasa keseorangan. Mereka ada menemani malammu...

Entri yg entah apa-apa, tapi bunyi-bunyian itu seperti melagukan ulitan untuk tidur.. Selamat malam semua. Sedap tidur sejuk-sejuk ni.

Sejuk hingga tidak boleh tidur

Salam...

Di YM saya sedang bercerita tentang jodoh. Disini saya hendak bercerita tentang sejuk. Sejuk yg sangat-sangat sejuk. Sejuknya mencengkam sehingga ke tulang hitam. Sejuknya merayap ke seluruh tubuh. Stoking dah disarungkan ke kaki. Baju pun, sudah 2 helai ditubuh. Selimut pun punyalah tebal. Tetapi sejuknya tetap menggigit-gigit. Ni, kalau ada pemanas baru betul hangat ni. ;)

Itu sebenarnya semalam, dirumah tokwan. Tokwan tinggal sendirian di rumahnya yang besar. Biasanya cucu tokwan yang rumahnya dekat dengan rumah tokwan datang menemani tokwan. Ataupun kekadang Chik (adik saya) yg pergi tidur di rumah tokwan. Saya? Sudah berpuluh tahun saya tidak pergi tidur di rumah tokwan rasanya. Dulu masa saya kecik (ketika masih di bangku sekolah rendah), saya memang selalu la tidur dirumah tokwan. Masa tu, maksu, pok ji (arwah) dan pok abu semuanya baya-baya abang dan kakak saya. So, sememangnya ada jer la aktiviti kami di malam-malam hari samada merayap ke rumah toksu, bercerita, dan pagi-paginya pula memanjat bukit yg ketika itu jalan sedang dibuat ke puncak bukit.

Rumah tokwan dekat jer dengan bukit. Tepi bukit, ada alur sungai yg saya memang takut nak bermain sebab takutkan lintah. Paling tidak, saya cuma melihat abang dan pak-pak saudara bermain air disitu. Sementara saya dengan kakak dan mak saudara ada saja la aktiviti kami seperti mengutip bunga-bunga liar, batu-batuan dan apa-apa sahaja yg boleh dikutip. Keliling rumah tokwan pula, banyak sungguh pokok-pokok buah-buahan. Manggis, durian, rambai, dan macam-macam lagi la. Kalau siang, panasnya menyengat sungguh sebab angin tidak dapat bertiup ke rumah. Malamnya pula, sejuknya memang sangat menggigit. Apatah lagi musim-musim hujan ini. Sejuk itu lagilah bertambah-tambah.

Aisya tidur merengkok dengan lutut rapat ke dada diantara saya dan tokwan. Langsung tidak berkutik. Lena sungguh tidurnya. Sayangnya, dia tidak dapat selalu ke rumah tokwan kalau tidak ditemani saya. Dan saya pula tidak boleh selalu tidur di sana memandangkan pagi-pagi lagi saya perlu bersiap ke tempat kerja. Malang sedikit nasib Aisya sebab dia sudah sedia tinggal di rumah neneknya (mak saya). Semoga suatu hari nanti, Tuhan mengabulkan niat saya untuk tinggal sendiri with my own family. Amin!

Nov 20, 2009

Mencari kesilapan diri

Bismillahirrahmanirrahim...

Kata seorang kawan ketika kami sama-sama menghirup milo panas dan kelaparan mengadap roti nan garlic (kerana tak lunch) di sebuah restoran mamak diiringi hujan selebat-lebatnya, 'Kita kena cari dimana kesilapan kita, jangan hanya mengenang apa yg orang dah buat pada kita'. Sedangkan saya membangkang dengan berkata 'Bila kita mencari silap diri kita, kita akan jadi down!'. Saya tidak tahu betul atau silap penyataan saya itu, tetapi itulah yg terkadang saya rasa.

Sebenarnya, memang betul la apa yg kawan saya sarankan itu. Bila sesuatu berlaku, kita kena renung balik ke dalam diri kita, mencari dimana kelemahan dan kesilapan yg telah kita lakukan. Cuba perbaiki untuk menjadi lebih baik lagi sekiranya masih diberi peluang. Tapi begitulah, things easier said than done. Bercakap, modalnya air liur jer pun. Satu sen pun tak perlu dihabiskan. Yang mematah, memang la hebat berbahagia dan bersukaria. Sedang yg dipatahkan terkulai tidak bersemangat nak bernafas dah. Semakin difikir tentang hati yg patah, semakin tidak bermaya la hidup jadinya. Jadinya, menjadi 'jahat' mungkin lebih bersemangat untuk teruskan hidup, daripada menjadi 'baik' tetapi semudah-mudahnya dipermainkan orang.

Maksud saya bukanlah nak bunuh orang yer.

Cuma bila menganggap diri lemah, maka lemah longlai la kita jadinya. Bila kita terlalu memperbaiki kesilapan pula, kita sudah menjadi hipokrit pada diri sendiri. Kita bukan diri kita sendiri lagi. Kita mungkin sudah menjadi seperti orang lain. Jadi apa kata kalau kita cuba menunjukkan yg kita juga kuat, boleh bahagia, malah lebih hebat daripada orang itu, orang itu dan orang itu. Ianya bagus untuk menaikkan semangat diri sendiri. Ataupun sesekali cuba luahkan kemarahan dalam bentuk menyumpah seranah dalam senyum. Hehe.. Pastinya terasa lega selepas itu. Teringat saya tentang seseorang yg saya kenal sangat lemah lembut, tetapi macam-macam terkeluar dari mulutnya ketika ada sebuah kereta parking dibelakang keretanya. Memang saya terkejut sungguh masa tu. Hehe.. well, itulah luahan perasaan yg melegakan.

Tuhan lebih tahu! ;)

Nov 18, 2009

Bosan!


Bosan!

Bosan!

Bosan!

Pesal saya terasa sungguh bosan nih??

Nov 16, 2009

Cukup sampai disini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

Dalam keadaan yg sungguh tertekan kali ini, saya rasa fikiran saya masih waras dan cukup digunakan lagi. Samada betul atau tidak tindakan saya melarikan diri seketika, ianya tetap menyumbangkan beberapa perkara yg bagus untuk saya. Contohnya dengan melihat kehidupan di sana yg sesak, susah dan meletihkan, saya menjadi bersyukur dengan kehidupan saya. Biarpun sejak akhir-akhir ini, masalah bertimpa-timpa ke atas saya, kehidupan orang juga punya masalah mereka tersendiri. Ianya adalah bergantung kepada kita bagaimana untuk mengawal keadaan itu. Itu akal saya berkata-kata.

Tapi dalam keadaan begitu, sesekali perasaan kecewa itu datang lagi. Dan saya tertanya-tanya dimana dan apakah salah saya sehingga betapa mudahnya mereka-mereka ini mencampak dan memijak-mijak hati saya. Tika itu, saya akan memahat teguh di dalam ingatan saya bahawa saya tidak akan memberikan hati saya kepada siapa-siapa lagi. Kerana hati saya, tiada siapa peduli apatah lagi hendak menghargai. Selepas dibelai, dipuja, dicari ketika diperlukan, sewenang-wenangnya dicampakkan apabila sudah tidak memerlukan. Mudah bukan?

Sekarang, saya memujuk diri sendiri. Saya tidak ketemu sesiapa yg boleh menunjukkan jalan kepada saya, apa dan bagaimana harus saya lakukan bagi mengubatkan hati yg parah ini. Saya tidak ketemu sesiapa yg boleh memberikan semangat untuk saya meneruskan kehidupan yg terasa kabur ketika ini. Saya sedang mencari jalan untuk pulang, dan walaupun sudah disini, saya masih terasa pedih itu.

Kalaulah saya dapat pergi sejauh-jauhnya, saya rasa ianya lebih melegakan. Pergi dan bukan untuk kembali.

Saya berharap saya akan cepat kembali ke keadaan biasa saya.

Nov 12, 2009

Hari ini saya menangis

Dan...

Ianya adalah setelah saya berjaya menahan lama segala macam perasaan...

Tapi, bila dah ianya jatuh dan pecah..

Susah pula untuk ianya berhenti...

Isk.. isk.. isk..

P/s : Tak ape, tak perlu simpati atau pujuk. Ianya sekadar luahan perasaan dalam bentuk air mata..

Nov 10, 2009

Tiba-tiba saya rasa risau

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak balik daripada pejabat petang tadi, saya tiba-tiba risaukan banyak sangat perkara. Saya tidak tahu kenapa, tetapi seperti tiba-tiba macam-macam perkara berebut-berebut berkumpul ditempat yang sama, iaitu dalam fikiran saya. Alhamdulillah, saya tidak berpenyakit darah tinggi. Kalau tidak entah apa yang telah berlaku kepada saya. Nauzubillahiminzalik. Semoga saya diletakkan Tuhan di dalam keadaan yang sentiasa sihat sejahtera. Amin.

Dalam keserabutan itu, akhirnya tertidur pada seketika sekitar hampir 10 minit kemudian terjaga dan terus pergi mandi. Alhamdulillah. Terasa sedikit lega selepas dikejutkan dengan kesegaran air membasahkan tubuh lama-lama. Saya cuba bertenang, dan saya rasa saya perlu melakukan sesuatu. Apa yg saya risaukan sebenarnya itu?

Ini senarainya;
1. Hari khamis ini klien memanggil kami (saya ataupun boss saya) bersekali dengan konsultan untuk membincangkan tentang masalah kolam renang yg tidak berkesudahan. Sebab sejak akhir-akhir ini saya sangat menyampahkan dengan konsultan itu dan tidak terasa langsung utk bersemuka dengan diaorg.

2. Saya mencari alasan untuk tidak hadir ke dalam perbincangan itu.

3. Saya terlupa untuk pergi ke bandar untuk membeli tiket bas untuk ke kuala lumpur. Dan saya terfikir semula, perlu ke saya pergi atau tidak?

4. Saya perlu menyiapkan harga tender yang tiba-tiba sahaja ada tambahan kerjanya.

5. Saya memikirkan alasan-alasan yg tentang kerja-kerja pemulihan yg masih agak banyak di kolam renang.

6. Aisya baru menunjukkan surat tentang penyerahan buku teks pada 10hb November (kelmarin) dimana sepatutnya pada hari yg sama buku-buku teks utk tahun hadapan akan diagihkan. Tetapi kenapa Aisya belum dapat?

7. Saya terfikir untuk berhenti kerja. Tetapi saya masih belum ada kerja baru. Dan Aisya pula perlukan perbelanjaan untuk persekolahannya.

8. Saya terfikir untuk potong sahaja Astro di rumah ini.

9. Saya juga terfikir-fikir untuk potong sahaja line streamyx.

10. Saya rasa seperti saya membuat kesilapan apabila membeli tanah hari tu. (Duit simpanan saya sudah susut).

11. Saya berkira-kira tentang perbelanjaan saya dan Aisya.

12. Banyak lagi la...

Akhirnya, selepas mandi saya membuka Astro Ria, menonton Cinta Lelong, kemudiannya bersambung dengan cerita Mario Mariono Bros. Saya gelak sakan, dan melupakan semuanya sekejap. Sekarang saya baru menyiapkan harga tender. Saya nak tidur sekarang. Selamat malam. Semoga esok saya lebih bersemangat.

Nov 9, 2009

Half day leave

Salam...

Sebenarnya saya bukannya betul-betul half day leave seperti dulu-dulu masa kerja di kuala lumpur kota metropolitan menyesakkan minda, nafas dan semua tu, tetapi saya tetap nak pergi semata-mata nak shopping. Heh.. Half day leave ini kerana hendak menyiapkan kerja sendiri, tanpa mengisi borang cuti dan tidak memberitahu boss pun. Hanya meninggalkan pesan pada Nur dengan pesanan berbunyi, 'Nur, kalau boss tanya, bagitau ajer su ada hal. Su akan masuk opis jugak tapi mungkin lambat la'. Lebih kurang begitulah dialognya.

Yang menyeronokkan hari ini, hujan sejak semalam hanya sekejap-sekejap sahaja berhenti. Bersiap awal pagi seperti hendak pergi kerja, tapi cuma menghantar Aisya ke sekolah kemudian pulang semula mengadap labtop di dalam bilik. Ditemani hujan yang menyegarkan, lagu-lagu favourite, suasana sangat tenang dan menyenangkan. Kalaulah dapat berkerja dalam suasana macam tu selalu, saya rasa masa saya akan digunakan seoptimum mungkin. Sungguh, sangat selesa dan menyenangkan.

Jam 2 tadi, baru tayar kereta saya menjejak tempat parking di kawasan pejabat. Sebelum turun, ada lagu best sedang dimainkan diradio. Saya tidak tahu tajuknya, tapi saya tahu lagu itu. Naik ke pejabat, terus google lagu itu, dan jumpa. :D
Ini lagunya, Ranjang Mawar. Best, kan?

Kerana dia aku menangis
Tanggalkan sisa kewarasan
Rela melepaskan kemudi di tangan
Di kala ribut gelora
Datang mendera samudera

Kerana dia aku menangis
Padamkan gaya dan perasaan
Sanggup memutuskan pertalian diri
Kepada selain dia yang kudamba

Ku tenggelam dalam rindu
Tidak berdasar dan bertepi
Ku terdampar dalam sendu
Tidak bernoktah dan berhuruf

Ku terkorban dalam cinta
Tak beralasan dari lembar
Satu lagi tak menjanjikan
Ranjang mawar yang ku mimpi

Ku mimpikan yang ku mimpi

Dengarkan sendiri di YouTube yer. Saya tidak suka meletakkan lagu di sini sebab citarasa kita semua mungkin tidak sama. ;)

Nov 5, 2009

Kata-kata semangat untuk 'the loser'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

Mulanya saya buat tajuk entri ini, 'Pujukan untuk 'the loser'', tapi kemudiannya saya terfikir, saya tidak merajuk dan tidak memerlukan pujukan dari diri sendiri atau sesiapa sahaja. Saya cuma memerlukan kata-kata semangat, seperti petikan hadith-hadith, pepatah orang dahulu kala, kata-kata pujangga dan sebagainya. Maka, begitulah tajuk entri untuk kali ini.

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, pasti akan damailah hatimu. Kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tetapi mungkin itulah yang DIA mahu, kerana dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak untuk dekat dan akrab denganNYA...". (Saya petik dari status seorang kawan di facebook yg saya sangat suka dan saya sangat terasa kebenarannya).

Orang yg banyak duit, kerja hebat, tidak semestinya punya hidup yg tenang aman damai dan bahagia. Sedang orang yg miskin, kais pagi makan petang, kais petang untuk makan malam, tidak semestinya sentiasa bergundah gulana tentang hidup mereka. Saya perlu sangat-sangat melatih diri sendiri untuk sentiasa dan lebih bersyukur.

Tetiba, saya rasa saya perlu kembali ke alam realiti...

P/s : Maaf kerana entri ini mengarut sesangat. Tak perlu publish pun sebenrnya but seem in this few days tak ader entri baru, publish ler jugak.

P/s II: Tak faham tak aper. I'm complicated person. :)

Tiba-tiba saya rasa macam 'loser' sangat.

Sebenarnya...

Saya sangat terasa. Jauh disudut hati saya. Saya sangat berjauh hati. Siapalah sangat saya ini kan. Saya tahu saya bukanlah cantik sangat. Cantik pun tidak, apatah lagi cantik sangat. Gelap, dan bukannya cerah macam anak jepun yang comel, mata sepet, hidung penyet, dan rambut pendek hitam pekat (masih dikategorikan comel sebab kulit putih melepak). Saya rendah, bukannya tinggi lampai macam tiang lampu yang berjalan secara kucing (catwalk) di atas pentas peragaan. Saya pun bukannya muda lagi macam gadis-gadis remaja 20-an yg tidak tahu masih gadis ataupun tidak itu.

Saya sedar, saya tidak punya apa-apa. Bukannya orang kaya yg ada harta berjuta. Yang ada cuma Si Kancil saya yg masih sudi membawa saya ke sana ke mari. Buatan Malaysia sahaja, bukan buatan hebat dari Jepun. Saya cuma seorang pekerja biasa. Bekerja pula cuma dengan syarikat yang hidup segan, mati pun segan ini. Ya, saya bukannya bekerja dengan kerajaan yang menjamin masa depan, yg tidak pasti bagaimana lagi walau untuk sesiapa sekalipun. Bukan juga kerja glamour seperti artis atau berkerjaya hebat seperti doktor yg selalu sibuk itu tapi bergaji lebat itu. Gaji saya ciput sahaja, cukup-cukup untuk makan pakai saya dua beranak dan untuk sesekali pergi bercuti. Tidak mungkin mengcukupi untuk bermewah dengan orang ketiga.

Saya tidak akan bertanya jika mereka tidak mahu bercerita. Saya tidak mahu mengandaikan yg bukan-bukan sebab saya rasa ianya tidak elok dan mungkin Tuhan tidak suka. Saya berteka-teki dengan persoalan yang tiada jawapannya disebalik semua kiasan dan isyarat yg diberikan, dan saya tidak kisah kerana saya tidak mahu mengambil kisah.

Saya cuma manusia biasa. Punya sekeping hati walaupun mungkin hati itu sudah sering dicampak-campak, dipijak-pijak. Saya tidak tahu hati saya bersih atau kotor akibat sering tidak dihargai sebab pada saya hanya Tuhan yg tahu hati saya bagaimana.

Tetapi sungguh. Saya sangat terasa. Saya tertanya-tanya kenapa Tuhan tidak memberi peluang untuk saya bahagia seperti mereka, walaupun saya tidak tahu mereka bahagia ataupun tidak. Saya tertanya-tanya kenapa Tuhan memudahkan jalan untuk mereka, sedangkan untuk saya semuanya susah dan berliku. Dan sungguh, saya tertanya-tanya dimana dan apakah salah saya hingga hati dan perasaan saya seolah-olah tidak wujud lagi pada mereka.

Saya jadi malu. Malu pada orang sekeliling yg tidak tahu apa-apa. Saya rasa tersindir. Pada ungkapan biasa tapi entah kenapa saya rasa berbisa. Saya berasa sedih. Pada sesuatu yg saya tidak tahu apa dan tidak faham kenapa. Saya rasa hendak meluahkan segala yg terbuku didada, kemarahan yg membekam dirasa, tetapi tidak tahu dimana dan bagaimana.

Jadi, inilah. Dan beginilah.

Intuisi

Bismillahirrahmanirrahim...

Tiba-tiba saya perasan bahawa kebanyakan perkara yg berlaku dalam hidup saya, sebenarnya telah pun saya ramal dalam diam dan merasakan kehadirannya sebelum ianya berlaku. Ini bererti gerak hati atau intuisi saya sangat kuat. Semestinya ianya berkaitan dengan kehidupan saya dan orang-orang yg ada perkaitan dengan saya. Apa yg saya rasakan adalah betul-betul berlaku dan saya mengetahuinya biasanya setelah agak lama kebenaran itu terserlah. Disinilah akan wujud suatu keadaan lagi dalam diri saya yg bermula dengan 'Kalaulah......', sambungkan ayat tersebut untuk memulakan ramalan sendiri. :D

Tetapi, kerana ramai sangat manusia yg jenis suka memutar belitkan cerita sebelum kebenaran itu sampai kepada saya, maka banyak perkara yg diabaikan begitu sahaja oleh saya yg sememangnya seorang yg tidak suka untuk bertikam lidah cuma kerana intuisi saya.

Oleh itu, mulai hari ini, saya kena lebih prihatin akan intuisi saya ini. Memberi lebih penekanan untuk mencari kebenaran apabila ada sesuatu yg mula melintas diminda. Jangan biarkan ianya 'zupp!', melintas dan hilang begitu sahaja.

Pssst : Malam tadi mimpi tak best. Saya terjaga dan kepala terus rasa berdenyut-denyut. :(

Psssst : Saya teringin berlama-lama di dalam hujan, merasa dinginnya air hujan. Sebab saya rasa dalaman saya sangat panas, ada sesuatu terperangkap disitu. Perasaan yg tidak terluah barangkali.

Nov 2, 2009

Separuh Jiwaku Pergi

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum apa-apa, diberi amaran terlebih dahulu bahawa tajuk di atas mungkin tidak ada kena mengena dengan cerita selanjutnya. Ianya sekadar gimik, ataupun boleh digambarkan sebagai mainan jiwa penulis (penaip) ini yg seperti berjiwa kosong. Ingin bercerita tetapi tidak punya idea tentang apa yg hendak diceritakan. Atau sekadar ingin mengisi ruang kosong ini. Atau juga barangkali sekadar mengikut rentak gaya jari jemari yg menekan papan kekunci ini tanpa arah tuju.

Opss. Tetiba lampu mentol menyala di atas kepala. Ya. Idea telah datang. Abaikan perenggan pertama tadi yg menyatakan tajuk di atas tidak ada kena mengena. Ceritanya tentang semalam ketika saya mengadap (sambil membaca la of course)paper. Anang membuat maklumbalas daripada kenyataan KD dalam paper last week. Walaupun kenyataan balas Anang banyak simbolik daripada terus terang, kita akan faham kenyataan yg dipaparkan itu. Disitulah disebutkan tentang lagu 'Separuh Jiwaku Pergi' yg ditujukan khas buat bekas isteri tersayangnya. Dan saya pula terus meng'You Tube'kan lagu itu. Seharian juga la saya dengar berulang-ulang lagu itu, yg secara kebetulan dirasakan sangat sesuai dengan keadaan jiwa saya. Eceehhh.. Hehe. Dan juga, ketika itu juga saya terjumpa lagu 'Aku Wanita Biasa' nyanyian KD. Sedap pula lagu itu bila diselang-selikan dengan lagu Anang. Macam saling meluahkan perasaan la pulak. Tapi, mungkin betul la kot.

Emak pula, ketika saya balik tengahari (untuk mengambil Aisya dari sekolah) sempat bercerita tentang perceraian juga. Bagaimana seorang isteri dengan 2 anak yg masih kecil diceraikan kerana si suami mahu berkahwin lagi. Apa yg saya faham daripada sudut pandangan emak, lelaki itu disalahkan dan perempuan itu diberi simpati melimpah ruah. Sedang kenyataannya saya tidak rasa emak dan orang yg bercerita kepada emak tahu tentangnya. Malah bila saya berkata, mungkin si isteri juga ada berbuat salah, emak seolah-olah menganggap ianya adalah mustahil.

Bukan saya hendak menyokong mana-mana pihak, tetapi apa yg saya nampak setiap kali perceraian (yg semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini) berlaku, lelaki akan dipandang serong dan disalahkan. Kesalahan perempuan jarang diperdengarkan dan akan lenyap begitu sahaja. Sedangkan pada pendapat saya (yg pernah melalui detik-detik itu), tidak semua kesalahan berada di atas bahu lelaki. Mungkin kesalahan lelaki lebih berat (sebab lelaki pemimpin keluarga), tetapi ada juga keadaan di mana kesalahan perempuan yg menjadi punca. Bagaimanapun, jika sudah berusaha sehabis mungkin untuk menyelamatkan masjid yg dibina, kita kena redha dengan kenyataan, belajar menerima hakikat dan terus melangkah meneruskan hidup. Kan.

P/s I: Kalau dulu, biasanya suami yg curang. Zaman sekarang sudah ramai isteri juga curang.

P/s II: Saya juga kena redha, tapi apakah ini yg sedang bermain-main difikiran saya agaknya.

I wonder why : Kalau sudah terhantuk baru hendak terngadah.

Nov 1, 2009

Fobia sedikit

Bismillahirrahmanirrahim...

Kata Aisya, 'Mama tak baca Bismillah kot ketika bawak kereta tu'.

Mama balas, 'Laa.. kan Aisya selalu dengar mama baca Bismillah setiap kali mama nk bawak kereta kan'.

Saya sedikit fobia rupa-rupanya. Takut untuk melihat kereta di belakang melalui cermin pandang belakang. Lebih-lebih bila ada kereta sedang laju di belakang. Jantung saya berdegup kencang, dan saya terbayang-bayang hentaman yg kuat akan berlaku. Agak menakutkan. Sudahnya saya memandu perlahan di lorong kanan dan kurangkan memandang cermin pandang belakang. Saya kena kuat. Kuat. Kuat. Macam hmm.. macam siapa yer.. macam saya lah.

I wonder why : Manusia ni ada macam-macam ragam, hinggakan kita tidak menyangka yg lemah lembut sopan santun tiba-tiba mengeluarkan macam-macam perkataan kurang elok didengar ketika marah. Fuhh..

Oct 28, 2009

X-cident.

Salam...

Ini pertama kali, dan saya juga berharap ini yg terakhir. Sebelum ini, paling-paling teruk pun, saya cuma terlanggar 'baloh' (rumah padi) tokwan saya sahaja ketika saya meng'reverse'kan kereta. Rosak jugak la bumper kereta saya masa tu. Tapi saya biar sahaja bumper itu tidak berganti. Paling sikit pun, saya cuma mengkemitkan sedikit pintu kereta di sebelah driver ketika kereta tidak hidup akibat bateri rosak ketika belajar di Skudai. Kereta terundur ke belakang ketika di porch dengan pintu kereta tidak sempat ditutup. Jadi pintu itu terkena tiang dekat porch itu sebelum sempat handbreak ditarik. Terpaksalah menyusahkan kawan perempuan menolak sedikit kereta (sedikit sangat pun) supaya pintu kereta boleh ditutup.

Kali ini memang teruk sehingga sakit-sakit seluruh tubuh. Bukan saya seorang. Dengan Nur sekali pening-pening lalat. Memang kami rasa hentakan itu cukup kuat, walaupun tidaklah teruk mana Si Kancil saya berbanding Wira Kelabu yg menghentam. Tapi, mungkin memakan belanja RM200 hingga RM300 juga untuk membaiki. Yang sayangnya, Si Kancil saya itu baru lagi dipakaikan kulit baru.

Alhamdulillah, tuan punya Wira Kelabu tidak banyak kerenah untuk menyelesaikan masalah. Saya akui, saya tidak pandai bab-bab ini. Jadi, saya terpaksa meminta pertolongan orang yg lebih arif dan mujur juga orang itu kebetulan berada dekat sahaja dengan tempat kejadian. Segala perbelanjaan membaiki kerosakan, dia bayar. Harap-harap kami berdua (nur dan saya) tidak apa-apa dari segi kesihatan. Tapi memang sakit la seluruh tubuh kerana hentaman yg agak kuat itu.

P/s : Saya kena pergi mengurut nampaknya ni, belakang saya (bawah bahu kanan) bengkak dan leher saya terasa sungguh lenguh-lenguh.

I wonder why : Ini agaknya balasan Tuhan untuk yg mana, atau hikmah apakah yg sedang menanti sebenarnya...

Oct 26, 2009

Mari berpantun

Bismillahirrahmanirrahim...

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Eh? Tetiba pulak.. :D. Tapi, sungguh la saya sangat suka pantun ini. Siap dengan melodi dia lagi saya hafal, dan saya rasa semua orang pun tahu kan. Intailah, renunglah, ketika masih didepan mata. Jangan esok terkenang-kenang pula.

Banyaklah orang menanam pulut,
Saya seorang menanam padi,
Banyaklah orang karam di laut,
Saya pula karam dihati.

Hati saya sudah karam nampaknya. Lemas. Tenggelam. Mati.

Pisau raut hilang dirimba,
Rimba raya jauh ke tengah,
Karam dilaut boleh ditimba,
Karam dihati bilakah sudah.

Tiada kesudahannya sekiranya tiada langkah seterusnya diambil.

Buah berangan masaknya merah,
Melekat warnanya di dalam perahu,
Luka ditangan nampak berdarah,
Luka dihati, siapa yg tahu.

Aikk.. tadi karam, tetiba luka plak?!!

Dari dulu tertanya-tanya,
Tidakkah teringin pergi mengembara,
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata.

Sakit menebang kayu berlubang,
Kayu hidup dimakan api,
Sakit menumpang kasihnya orang,
Daripada hidup baiklah mati...

Hmm.. parah nampaknya ni.

I wonder why : God, why me...

Pucat lesi

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Sungguh. Saya amat terkejut sehingga pucat lesi muka saya. Selepas saya sedikit boleh mengawal perasaan, datang lagi satu cerita yg membuat kali ini, hati saya terguris pula. Tapi, sedikit sahaja. Saya sudah biasa dengan keadaan ini. Patah hati, terguris, pedih, kecewa, semuanya permainan hati saya. Ianya sudah pun imun. :D

Oct 25, 2009

Terkilan

Bismillahirrahmanirrahim...

Dia pernah agak rapat dengan saya. Dia orangnya mudah memahami, dan sangat baik. Dengan dia, saya boleh bercerita apa sahaja. Minta nasihat tentang apa saja. Saya juga masih ingat bagaimana dia melayan kerenah saya yg malu-malu pada hari orang luar disambut menjadi ahli keluarga, sangat memahami, tambahan pula waktu itu saya alahan kerana mengandungkan Aisya. Orangnya lemah lembut, dengan mukanya sentiasa manis dengan senyuman.

Walaupun masa tidak mengizinkan untuk saya selamanya bersama keluarga itu, dia tetap satu-satunya yg masih melayan saya dengan baik setiap kali (jarang sangat sebenarnya) berjumpa. Dia masih mesra. Tiada kepura-puraan pada wajahnya. Kerana itu, saya tidak segan untuk sesekali ke rumahnya walaupun ikatan antara kami hanya kerana Aisya.

Kerana itu, saya sungguh terkilan. Terkilan kerana tidak menggunakan segala kesempatan yg Tuhan berikan untuk mengucapkan terima kasih, sekurang-kurangnya. Terkilan juga kerana tidak mengambil kesempatan untuk merapatkan hubungan sedangkan jalan sudah ada. Terkilan kerana saya teringat ianya antara yg merugikan kita manusia adalah kerana tidak mengambil kesempatan untuk menghubungkan silaturrahim malah, memutuskan silaturrahim.

Betapa saya selama ini berada di dalam kerugian. Sungguh. Saya berdoa semoga ianya menjadi pengajaran yg cukup-cukup berguna untuk saya. Kehilangan ini, lebih mengajar saya untuk menghargai sesiapa sahaja yg saya kenal, keluarga, kawan, saudara, dan musuh juga.

Al-Fatihah.

Oct 24, 2009

Gangguan

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam saya menerima satu panggilan telefon daripada nombor yg tidak dikenali. Mulanya, seperti biasa aku malas hendak menjawab panggilan daripada orang yg saya tidak kenal, tambahan pula pada hari hujung minggu saya. Tapi, bila dilihat nombor itu adalah dari pantai timur (terengganu juga barangkali) dan beberapa kali pula orang itu menelefon, maka saya pun menjawab.

Saya : Hello
Pemanggil misteri : Hello. Maaf mengganggu. Ini Suraya Yusof ker? (suara formal itu membuat saya menyesal menjawab panggilan, saya agak mungkin dari bank, nak promote something new through credit card).
Saya : Ya. Siapa ni yer?
Pemanggil misteri : Saya dari Amir Saudagar Enterprise.

Dipendekkan cerita, dia hendak menjemput saya untuk menghadiri satu seminar berkaitan kursus membela ikan keli. Huh??!! Memang terkejut beruk jugaklah saya, dari mana dia mendapat nombor saya sedangkan saya tidak ada kaitan langsung dengan bela-membela ikan keli ni, apatah lagi ikan sekila (ikan laga) atau ikan jerung sekalipun! Yang saya tahu, saya cuma suka makan ikan keli goreng berlada dan tuan kedai makan tak pernah lagi minta nombor telefon saya semata-mata kerana saya makan ikan keli tu. Hehe.. Jadi, saya pun tanya dari mana dia dapat saya. Dari kawan kepada kawan kepada kawan entah berapa ramai kawan lagi la. Ok, never mind.

Memandangkan saya ada seorang kawan yg suka bab-bab membela dan menjual ikan ini, maka saya pun bersetujulah untuk hadir ke seminar tersebut. Kononnya dengan niat, kalau kawan saya itu nak pergi, saya boleh temankan. Tapi, saya sedikit pelik bila dia bertanya saya dan kawan saya itu dah kahwinkah belum. Saya bertanya dia semula;
"Kenapa tanya dah kahwin belum? Penting ker?"
"Tak, saja jer tanya", dia memberi jawapan ringkas. Well okay, saya pun malas nak panjang-panjang cerita, saya pilih waktu (6-7 petang di TER, Kuala Ibai) dan bagitau akan hadir dengan kawan saya.

Tamat perbualan itu, saya masih terfikir-fikir kelogikan panggilan itu. Saya layan dengan baik sebab saya tak nak gaduh-gaduh dengan orang yg saya tidak kenal (pernah terjadi) dan malas pula nk panjang-panjangkan cerita. Tetapi bila difikirkan balik, cam tak logik pun ada. Sebab dia tidak bercerita pasal seminar itu, tapi sibuk bertanya tentang saya dan kawan saya (umur, status, kerja dan macam-macam lagi kalau diberi peluang). Terdetik dihati saya, orang itu sengaja mereka cerita untuk sesuatu tujuan. Tidak lama selepas itu, dia menelefon lagi. Saya tidak menjawab. Tadikan sudah bercakap, apa lagi yg perlu dimaklumkan. Saya kedapur dan masak untuk makan tengahari.

Selepas masak, saya tengok ada 5 missed call daripada Amir Saudagar itu lagi! Hairan juga saya, kenapa perlu telefon acapkali begitu untuk suatu tujuan yg rasmi. Petang, ketika saya dalam perjalanan untuk menziarahi saudara yg meninggal, telefon berbunyi lagi. Kali ini, dia memperkenalkan diri. Saya rasa dia menyebut nama Rizal dari Amir Saudagar Enterprise. Dia hendak bercakap lagi tentang seminar, tapi saya memotong percakapannya dengan memberitahu saya sedang memandu.
"Jam berapa yer, Cik Suraya free?".
"Maaf, saya hendak menziarahi saudara meninggal, tidak tahu jam berapa akan selesai", saya sudah bosan sebenarnya, dan tidak percaya lagi. Lewat petang dia menelefon lagi, dan hari ini juga.

Saya tahu zaman sekarang manusia yg penipu sudah punya pelbagai taktik yg terkadang tidak kita duga dan jangka. Kerana itu, manusia sudah susah untuk percaya semasa manusia lagi. Mungkin lebih baik melayan ayam, itik dan lembu yg mengikut sahaja apabila hidungnya ditarik. Kita jadi cepat berprasangka buruk kerana kes-kes penipuan ini. Sedangkan kita sebagai orang islam tidak baik berprasangka buruk begitu. Saya tidak tahu apa sebenarnya tujuan dia yg menelefon, tapi saya cuba untuk berprasangka baik sahaja pada mulanya. Lagipun, mungkin dia cuma menjalankan kerjanya seperti mana panggilan-panggilan yg saya tidak suka dari bank. Tetapi, dia sudah silap apabila bertanya soalan-soalan peribadi begitu, dan bila menelefon acap kali. Dia sudah mengganggu ketenteraman saya dan membuat saya marah. Perangai saya pula, saya tidak suka ditanya acapkali soalan yg sama yg mana telahpun saya berikan jawapan. Tanya berulang kali hanya akan membuatkan saya mengubah fikiran dan jawapan.

Kerana itu juga, saya telah membuat keputusan utk tidak hadir ke seminar tersebut (yg tidak diketahui kesahihannya samada wujud ataupun tidak).

P/s : Petang semlm (hari ni 25/10/2009), saudara daripada Amir Saudagar itu menelefon lagi dan saya menjawab panggilannya. Waktu itu, saya bercakap dengan tegas bahawa saya tidak suka diganggu begitu hanya utk mengesahkan kehadiran saya sebab saya telah memberikan jawapan.
"Maaf cik, tapi cik tahu ke tempatnya?" dia bertanya.
"Kan semlm saya dh bagitau yg saya tahu tempat itu, dan kalau nk bg alamat pun, just sms my number. Tapi, minta maaf yer, saya sudah tidak berminat utk hadir lagi. Saudara telah mengganggu ketenteraman saya dgn menelefon acap sgt!". Fuhh.. puas hati saya.

I wonder why : Orang yg nk mempermainkan orang lain ni, tidak terfikir ker, kalau-kalau orang yg hendak dipermainkan itu, sakit jantung ker, darah tinggi ker, dan tak pasal-pasal boleh menyebabkan kematian orang ker, kan.

Oct 22, 2009

Hampa hatiku

Salam...

Isshh.. maaf, saya tak idea langsung utk menulis hari ini (I mean typing). Apa yg melintas dan bermain-main difikiran hanya lagu ini. Maaf juga, saya dah lupa camner nk letak video klip lagu Ungu ini kt sini. Dah cuba-cuba juga, tapi tak jadi. Saya sungguh-sungguh tujukan lagu ini semua. :)

Hampa Hatiku

Pernahkah kau merasa
Cukup sudah kuberikan cintaku
Cukup sudah rasa ini untukkmu
Mati sudah hati ini padamu
Mati sudah hasrat ingin bersamamu
Pernahkah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernahkah kau merasa
Hatimu Kosong
Buang saja semua kata cintamu
Buang saja semua kata maafmu
Hancur sudah hati ini padamu
Hancur sudah hasrat ingin bersamamu
pernahkah, pernahkah kau merasa
dikala siang datang terasa gelap gulita
tiada cahaya hanya gelap hitam dan kelam
tak ada lagi suka tak ada rasa
pernahkah, pernah pernah pernah pernahkah, pernahkah kau merasa
disaat diri terlelap
meski gemuruh kian beradu slalu mengaduh
kau tetap terlelap dalam tidurmu

Oct 20, 2009

Baru sedar

Salam...

Saya baru tersedar (tipulah, sebenarnya baru nk mengaku kesedaran) bahawasanya blog ini telah menyimpang jauh daripada tujuan asalnya, dan juga tajuk blog. WorldsAroundMe ini sebenarnya diwujudkan dengan niat hendak menceritakan perihal kisah-kisah yg berlaku disekeliling saya dan bukannya mengenai perasaan dan emosi saya yg terkadang tidak stabil. Kisah-kisah disekeliling saya itu pula merangkumi apa sahaja termasuk orang-orang, binatang-binatang, benda-benda dan seluruh alam yg setiap hari punya cerita tersendiri.

Contohnya disini, hmm.. lembu betina ayah yg bunting sudah beranak lebih kurang seminggu yg lepas. Anaknya juga betina dan ianya sedikit mengecewakan ayah. Kenapa? Lembu jantan lebih mahal harganya sebab boleh dikorbankan sempena musim haji. Kata ayah, kalau anak lembu itu jantan, hari raya haji tahun depan sudah boleh dijual. Ini anak lembu itu yg ketiga. Seekor anaknya yg jantan telah mati dilanggar pada tahun lepas dan ianya merupakan suatu kerugian kepada seorang penternak seperti ayah. Bagaimanapun, menurut kata mak, daripada kesemua lembu-lembu yg ada sekarang (3 ekor termasuk yg baru dilahirkan), ianya sudahpun balik modal sejak lembu yg pertama dulu lagi. Oh ya, saya lihat seperti masih ada lagi seekor anak lembu didalam perut ibu lembu yg baru beranak itu. Sebabnya perutnya besar sgt! Tetapi, mustahil la bukan, sebab kalau kembarpun, semestinya dia keluar sebaik sahaja yg pertama itu keluar. Comel sungguh anak lembu itu. Melompat-lompat kesana kemari di sekeliling rumah, tetapi kalau kita mendekat, cepat-cepat ia lari.

Ha. Itu contoh cerita yg sesuai dengan tajuk blog ini. Kan. :D.

I wonder why : Sejak akhir-akhir ni saya cam susah nk tidur..

Bosan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sungguhlah, saya rasa amat bosan sejak akhir-akhir, dengan perkara-perkara berikut;

1. Client (hahaha..),
2. Consultants yg seperti hendak bergaduh jer dengan saya,
3. Kerja-kerja saya yg seperti berulang disekitar perkara yg sama
4. Masa saya yg rasanya byk terbuang di dalam kereta ke sana ke mari
5. Facebook (termasuk farmville dan farmtown)
6. Makanan! Saya tak tahu nk makan apa!!
7. The ultimate and at the highest point level is, MY LIFE!

Well, usually in this kind of situation, saya boleh mengambil ataupun membuat keputusan yg saya takut hendak buat selama ini (for example, berkahwin lagi :D)spontaneously without even think twice or thousand time.

Oct 19, 2009

Lemak berkrim

Cinta Ada

Andai aku buta kan mata
Dapatkah kau mendengarkan jujurnya
Andai engkau tutup telinga
Dapatkah kau melihat keikhlasannya

Aku cinta bukan dibayang mata
Jauh dari bahasa
Dekatkan ertinya
Aku cinta bukannya disengaja
Jauh dari wasangka
Dekatkan hatinya
Memang cinta ada dalam jiwa kita

Andainya cinta itu buta
Dapatkah kau mengubah pesonanya
Andai mengalir air mata
Dapatkah kau membezakan jernihnya

Oh mengapa ada saksi yang tak memahami
Oh mengapa ada saksi yang disalah erti
Oh aku cinta
Oh jauh dari bahasa

Memang cinta ada dalam jiwa kita...

Oct 18, 2009

3 Hari Yang Santai

Bismillahirrahim...

Tiga hari yg santai ini juga tiga hari yg panas dan malas. Tapi, dalam kemalasan itu saya sempat juga membuat kek coklat (yg menjadi!) dan menghabiskan 2 buah novel (sebuah telah dimulakan sejak seminggu!). Ya, saya suka dan berpuashati dengan kedua-dua novel Noor Suraya itu, sebagaimana saya juga berpuashati dengan kek coklat saya yg dah luak lebih daripada separuh dalam sehari. Ini resepi yg saya paling suka hasilnya dan saya akan berpegang pd resepi ini utk kek coklat selepas ini.

Dalam 3 hari yg santai ini juga (termasuk hari ini sebenarnya) saya rasa saya banyak sungguh makan. Mungkin kerana bosan, dan malas utk keluar kerana cuaca yg panas, sekejap-sekejap saya ke dapur mengadap makanan. Oh ya, saya hendak meletak gambar utk entri kali ini. Nampaknya sudah lama sungguh saya membiarkan blog ini tidak ceria dengan gambar-gambar.

Emosi? Agak terkawal. Kerana bosan, saya mengisi masa dengan membaca novel, mewarna dan memasak sahaja, juga menghadiri kenduri. Oh, saya suka makan nasi kenduri.

Bersiap dengan cukup simple utk pergi kenduri, dan ditegur emak sebab pakai baju kurung lama (hmm.. baju kurung 3 thn lepas rasanya)

Buku-buku cerita Busu punya.. :D


Kek coklat, dan anak tukang buat kek yg selalu suruh mamanya buat kek.

Lama sungguh tk bermain ngan water colour.. memang rasa best sungguh la. Nampaknya lepas-lepas ni, nk kena beli drawing board dan water colour plak. Oh ya, seperti biasa itu jejari anak tukang menyiapkan kerja-kerja colouring.

Oct 14, 2009

Kawan lama

Salam...

Petang semlm, ketika saya sedang berkira-kira mahu pulang sahaja, ada panggilan daripada sub-kontraktor meminta hadir ke kolam renang utk melihat hasil kerjanya pd hari itu. Sebenarnya saya sudah lupa langsung tentang betapa perlunya saya hadir melihat sendiri atau sekurang-kurangnya mengambil gambar orang yg sedang berkerja. Tetapi, sungguhlah, bila saya sudah set my mind utk tidak terlalu mempedulikan cakap-cakap org (klien terutamanya) yg saya rasakan sungguh hipokrit dan terlalu byk prosedur yg menyusahkan serta melambatkan kerja saya berkenaan projek kolam renang tersebut, saya jadi sudah tidak kisah tentang apa-apapun. Malah utk melawat kolam renang itu juga, saya sudah tidak ada hati. Tetapi, ajakan sub-kontraktor itu akhirnya saya turutkan jua bila mendengar kesusahan anak buahnya menyiapkan kerja yg itu. Sempat juga saya mengajak seorang teman menemani.

Kekadang, apa yg terdetik dihati kita utk melakukan, ada kebaikannya yg tersembunyi dan tidak terduga. Saya tidak teringinpun utk masuk ke KFC selepas siap perbincangan kami tentang kerja di kolam renang. Sudah lama rasanya saya hilang selera pada makanan di KFC. Terlebih-lebih lagi pada ayamnya. Tapi, utk menjaga hati kawan yg mengajak (sub-kontraktor itu), maka saya langkahkan juga kaki ini ke dalam restauran itu. Dan disitulah hikmah tersembunyinya berada. Saya berjumpa seorang kawan lama yg langsung sudah putus hubungan sejak 1993 (sehabisnya SPM) dan pernah amat rapat ketika bersekolah dulu. Dulu, dialah tempat saya mengadu, tempat saya bercerita, bahunya tempat saya menangis dan katilnya diasrama tempat saya menyelit utk tidur pd malam-malam yg saya rasa seram (tahu saja tinggal di asrama, ada sahaja cerita-cerita seram yg boleh kita dengar).

Sekarang (selepas berjumpa dia semalam), saya rasa seperti mendapat kembali bahu utk menangis. Mungkin keadaannya sedikit berbeza sebab masing-masing sudah punya komitmen sendiri, tapi saya tetap merasakan berjumpa kembali dengan K.Zah adalah suatu kelegaan. Saya pernah terfikir utk mencari dia dikampungnya, tapi saya lupa jalan kerumahnya (saya pernah beberapa kali kerumahnya sekitar awal 90-an).

Sejak akhir-akhir ini , saya seperti baru tersedar bahawa saya sudah kehilangan ramai kawan-kawan yg pernah sangat rapat suatu ketika dahulu, sedangkan dahulu saya punya ramai kawan yg sangat rapat. Semuanya adalah kerana sikap saya sendiri yg tidak mengambil berat utk keep in touch dengan mereka apabila berpisah. Malas utk membalas surat, tidak peduli utk bertanya khabar, lalu semua persahabatan itu hilang begitu saja. Tidak, saya tidak akan berbuat begitu lagi. Saya akan sentiasa mengingatkan diri sendiri. InsyaAllah..

Oct 13, 2009

Entri yg ke 101 pd hari jadi saya

Salam...

Selamat hari jadi pada diri sendiri dan entri yg ke 101 utk tahun 2009. I wish nothing for my birthday, cuma nk sambut sikit utk mengambil hati anak tersayang. Dia sejak semalam lagi, sebaik sahaja balik dari kelas mengaji, terus mengambil gunting dan kertas, pensil kaler tu semua utk mereka kad hari jadi mama berpandukan pada kad hari raya. Jadi, hari ini a slice of cake from secret recipe sudah mengcukupi utk celebrate kot. Kan.

Oh ya. Saya jadi seronok sebab dapat membuat panggilan percuma ke semua no. maxis (Thanks to Maxis!) pada hari ini tetapi menjadi kurang seronok sebab tidak tahu hendak telefon siapa. Dan seminggu dapat membuat panggilan percuma ke semua no. 8pax (Thanks to celcom) akan tetapi juga, hanya 4 no. yg terisi disitu. Hahaha.. Nampak sangat saya tidak punya siapa-siapa yg penting dan istimewa.

Oh yer, ini entry yg ke 200 di dalam list of entry sebab ada entry yang tidak dipublishkan. Kenapa? Hmmm..

Oct 11, 2009

I wish for nothing.

Salam...

Sejak dulu, saya tidak suka mengharap. Mengharap biasanya mengundang kekecewaan kepada saya. Lebih-lebih lagi setelah saya bertungkus lumus utk mendapatkan sesuatu. Alam persekolahan, tiada yg lain yg kita harapkan sebagai seorang pelajar, selain mengharapkan kejayaan cemerlang. Lebih spesifik atau terperinci, mungkin mengharapkan A+ dalam subjek kesukaan contohnya matematik (itu saya kerana saya suka matematik). Dan tidak mengharapkan apa-apa utk subjek sejarah yg tidak disukai dan membosankan itu (itu saya juga) selain sekadar C atau B sahaja. Pengharapan itu menjadi lebih tinggi apabila semua soalan peperiksaan dirasakan dapat dijawab dengan mudah dan cukup yakin. Keluar dari dewan peperiksaan juga, mungkin lebih awal dari waktu habis peperiksaan dan dengan muka penuh senyum lebar menampakkan semua barisan gigi. Ye la, mungkin soalan 'spot' mengena dan mlm sebelumnya juga sudah berjaga sehingga pagi menghafal bermacam-macam formula yg memeningkan kepala.

Tetapi, bila keluar keputusan peperiksaan, muka yg penuh keyakinan ketika keluar dewan itu dulu, menjadi keruh tiba-tiba. Apa yg diharapkan dan sangat diyakini, rupanya mengundang kekecewaan semata. Saya rasa semua orang perlu melalui ini. Mengharap dan kecewa. Mengharap dan merana. Cuma, barangkali masing-masing ada cara sendiri utk mengubat hati nan lara.

Utk saya, saya lebih suka bereksperimen dengan diri sendiri. Mengharap dan tidak mengharap. Apakah kesudahan utk saya? Biasanya, apa yg saya harapkan, memang tidak saya perolehi dan yg tidak saya harapkan, itulah yg tidak disangka-sangka memberi nafas. Jadi, saya sudah tahu apakah yg saya perlu lakukan. Ya. Saya tidak mengharap. Saya berusaha dan bertawakkal. Oleh itu, saya tidak akan kecewa. Tapi, itu dulu. Semasa saya bergelar pelajar, dibangku sekolah dan universiti. Ketika hanya kecemerlangan dalam pelajaran yg dikejar dan diimpikan.

Setelah melalui suatu kehidupan yg dirasakan lengkap dengan segala macam pengalaman dan perasaan, saya sudah tidak mahu mengharapkan apa-apa lagi. Mungkin jauh disudut hati, terselit cebisan harapan yg tertinggal. Untuk menguar-uarkannya sgtlah tidak bermakna apa-apa. Biarkan cebisan itu disitu. Kalau ada apa-apa lagi utk saya, adalah. Kalau tidak, tidaklah. Mungkin Tuhan telah mengaturkan begini utk saya. Cuma saya yg tidak cukup iman ini, ada waktu-waktunya bersoal jawab di dalam diri. Kenapa saya begini? Dan kenapa mereka begitu?

Hmm.. saya sudah berputus harap barangkali..

Oct 9, 2009

Tenang dan Hujan

Salam...

Seorang saya ini sukakan hujan kerana titis air hujan dirasakan sungguh menyenangkan biarpun hujan itu sungguh lebat sekali. Musim tengkujuh semakin hampir dan sejak akhir-akhir ini juga hujan selalu turun diiringi ribut dan kilat yg saling menyabung. Biasanya hujan itu mencurah lewat petang selepas pagi dan tengahari dilalui dalam cuaca yg tidak berapa nak kering kain diampaian.

Ianya suatu rahmat Tuhan dalam situasi seorang saya yg tidak berapa hendak tenang sejak beberapa minggu ini. Sejak rasanya seperti terlalu byk pula perkara yg perlu dan sangat perlu difikirkan dengan serius dan tekun sekali. Hujan itu seperti menjirus pergi segala keserabutan dikepala, membawa pergi serba sedikit ketidakselesaan bersama arusnya ke mana sahaja ianya dibawa. Ianya juga ibarat mencurah turun bersama segala macam idea utk menulis disini dan dimana-mana sahaja. Teringat ketika kecil, ketika masih dibangku sekolah rendah. Pada waktu-waktu seperti inilah saya memanggungkan kepala dikerangka tingkap memandang hujan yg turun sambil menyanyi-nyanyi lagu rekaan sendiri. Lihatlah betapa banyaknya idea datang! Ketika itu sudah boleh menulis lagu dan lirik sendiri.

Lihatlah bagaimana hijaunya dedaun selepas berhentinya hujan, dan bunga-bungaan memberikan warnanya yg terbaik bersama titis hujan yg berkilau diatas kelopaknya. Bumi ini ibarat telah dicuci dengan bertangki-tangki air yg dicurahkan dari langit.
Ketenangan ini bagaimanapun masih tidak bisa merungkai pergi ketidakberanian utk saya berbuat suatu keputusan. Ya. Saya masih tidak berani. Tidak salah bukan. Cuma mungkin salah kiranya terus tidak berani.

Oct 8, 2009

Sambil menyelam minum air

Salam...

Tiga hari lepas, dalam keletihan saya akhir-akhir ini memikirkan banyak perkara, saya menerima panggilan daripada pihak CIDB memaklumkan tentang kursus yg saya pohon beberapa minggu lepas. Ketika menghantar borang minggu lepas, saya dimaklumkan kursus tersebut akan dijalankan pada akhir bulan dan disebuah hotel sekitar bandar sahaja. Bagaimanapun, panggilan itu memaklumkan perubahan tarikh dan tempat. Ianya akan diadakan keesokkan hari di sebuah resort yg berjarak kira-kira 45 minit perjalanan dari kampung saya. Woo.. itu sebenarnya memberi peluang kepada saya utk lari lagi dari mesyuarat yg menjelakkan itu. Kebetulan juga, pada hari itu saya sudah beralasan utk tidak menghadirkan diri apabila dipanggil secara mengejut ke mesyuarat itu. Jadi apabila menerima lagi panggilan telefon daripada klien menyuruh hadir ke mesyuarat yg sama esok, saya sudah punya alasan yg cukup kukuh. Lagipun, boss ada esok untuk hadir tanpa saya.

Bagi saya yg sudah agak lama tidak memandu sejauh itu seorang diri (lebih jauh ada, tp dengan mak dan aisya) dan perlu pula mengejar masa serta melalui jln itu yg sudah lama tidak dijejaki tayar kereta saya, ianya sedikit mendebarkan. Tambahan pula dengan tidak tahu lokasi tepat, dalam suasana pagi di mana jalanraya dipenuhi pelbagai jenis kereta dan, traffic lights! Dan, perlu pula melalui beberapa kawasan yg saya 'nak dan tak nak' lalu. Selepas menghantar Aisya ke sekolah, saya terus memecut ke destinasi. Ya. Saya mengambil jalan di sebelah stadium yg runtuh, dan saya terbayang-bayang ultraman berlawan dengan rasaksa disitu sebagaimana yg tersebar di internet. Maktab perguruan batu rakit, mengingatkan saya pada seorang kawan dan kesempatan yg tidak saya ambil utk berjumpa dengan dia. Sekrg dia sudah habis belajar disitu, dan saya rasa kesal dengan diri sendiri.

Akhirnya saya sendiri terlajak daripada lokasi kursus. Bukan kerana berangan, tidak. Tp kerana mencari signboard tidk ketemu. Saya terpaksa berpatah balik dan bertanya orang. Jauh juga rupa-rupanya saya telah terlajak. Betul-betul menghabiskan lebih minyak kereta. Mujur juga, kursus yg dihadiri oleh hampir 90 orang kontraktor itu (hanya 5 org perempuan) (anggaran daripada bilangan meja, 3 meja dirapatkan ada kira-kira 10 in row dan 3 in column ) tidak begitu membosankan. Juadah pagi, tengahari dan petang juga boleh tahan sedapnya. Jadi, bolehlah dijadikan destinasi percutian di lain waktu. Tempatnya juga bersih dan sangat tenang. Ada kolam yg biru airnya mengadap ke pantai.

Jam 5 petang, kursus yg menepati masa itu kerana mengajar tentang integriti dan adalah tidak sesuai sekiranya tidak dipraktiskan terus oleh tenaga pengajar, tamat dengan masing-masing pulang dengan muka kelihatan berpuas hati. Hati di dalam, siapalah yang dapat membacanya, kan. Tapi, sungguh, saya sendiri berpuas hati dengan hampir keseluruhan kandungan kursus. Cuma ada seorang penceramah yg membuatkan saya tersengguk-sengguk juga.

Waktu balik, tiada apa lagi yg perlu dikejarkan. Cuma Aisya ada menelefon meminta dibelikan buku tulis untuknya. Dia kata, buku tulis disekolahnya tidak boleh dibeli dengan RM1, kena guna RM5. Ishh.. takkan la sebiji buku tulis RM5? Ok, takpe. Mama singgah di bandar sahaja nanti. Dan saya memandu pulang dengan tenang, cukup tenang dalam 60-70km/h sahaja sedangkan biasanya saya cukup marah dengan pemandu yg memandu seperlahan begitu. Sangat menyusahkan, dan kemarahan saya biasanya hilang bila melihat orang tua yg memandu. Mungkin mereka sengaja hendak mengambil angin petang, tetapi adalah lebih seronok sekiranya menunggang motosikal daripada memandu kereta utk sekadarnya berjalan-jalan mengambil angin.

Mata sedikit meliar sebenarnya. Mencari-cari sekiranya ternampak seseorang yg dikenali. Ye lah. Bukankah saya sangat jarang melalui jalan di situ. Saya seperti memandu di bawah sedar, melalui jln di depan UMT terus ke lapangan terbang, ke pantai itu, kampung itu, jambatan duyung dan membawa ke bandar KT. Tetapi, hampa juga kiranya bila hingga ke penghujung jalan, tiada apa yg boleh menyedapkan pandangan mata ini, sekaligus mengusik sedikit hati yg lara ini. Dan lara itu kubawa pulang juga.

Oct 7, 2009

Letih

Salam...

Ada waktu-waktunya saya rasa sangat letih. Letih dengan semua perkara yg berlegar disekeliling saya, yg saya lalui hari-hari. Dan akhir-akhir ini, keletihan itu bertambah-tambah lagi. Ini bukannya letih hinggakan saya tidur awal setiap malam. Malah kerana letih itu, saya tidur hampir setiap malam apabila jarum jam sudah melebihi angka 12. Saya melayan filem-filem di tv walaupun ianya cerita yg sama sudah ditonton 2,3 kali sebelum ini. Saya rasa relaks begitu. Otak saya tidak berfikir apa-apa ketika itu. Dan kalau boleh saya ingin terus menonton sehingga malam membawa ke pagi. Tapi, sudah tidak ada lagi cerita-cerita yg menarik utk ditonton. Dan saya juga harus akur bahawa esok pagi saya perlu bangun awal untuk menjalankan rutin-rutin harian.

Saya sudah letih. Dua hari lepas, kerana letih, saya tidak menghadiri mesyuarat dengan klien. Saya tidak memberi alasan yg munasabah. Saya cuma beralasan. Dengan alasan yg saya rasa langsung tidak diterima, tetapi saya tidak kisah lagi. Saya tidak mahu peduli lagi. Untuk mengadap muka-muka yg sama, yg meminta dan bertanya perkara-perkara yg sama berulang-ulang kali, dan untuk menjawab dan menerangkan untuk kesekian kalinya, saya sudah jelak. Saya sudah hendak termuntah. Dalam apa-apa perkara, saya sedar kita kena menjaga tata tertib dan profesionalism. Dan saya bimbang, saya akan ter'kurang ajar'. Ya, saya 'berkurang ajar' dengan cara baik, beralasan untuk tidak bersemuka. Boleh diterimakah dikalangan para profesional? Ahh.. untuk kali ini, saya sudah tidak peduli. Saya sudah letih.

Saya letih. Kesabaran saya mungkin sudah semakin menipis. Tapi, bolehkah saya meninggalkan kerja ini? Jawapan yg rasional untuk masa ini, tidak boleh. Aduhh.. terlalu banyak yg perlu difikirkan. Terlalu banyak yg perlu dipertimbangkan. Ya. Saya baru terfikir dan terasa, betapa beratnya tanggungjawab saya sebagai ibu dan ayah sekaligus. Saya letih. Tapi saya tidak mampu berbuat apa2. Harus bagaimanakah lagi?

Sudah lama rasanya, saya tidak meminta seperti ini.
Berikan aku kekuatan Ya Tuhan, untuk meneruskan hidup ini.

Oct 1, 2009

Saya terfikir nak delete jer blog ni, tp..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ya. Itu yang saya fikirkan. Hendak menamatkan sahaja riwayat blog ini. Kerana saya rasa daripada membiarkan blog ini terabai penuh sampah sarap semak samun sawang debu haper sumer tu, baik saya bakar jer terus. Buat yang lain. Tapi, jauh kat sudut hati saya, saya masih sayangkan blog ini. Banyak kenangan disini. Ada beberapa org kawan yg jauh juga tahu kewujudan blog ini. Saya tidak kisah mereka menjenguk ke sini atau tidak. Tetapi andainya suatu ketika mereka terfikir tentang saya, mungkin mereka tahu dimana hendak dituju.

'Jangan Su', larang seorang kawan. Ya, dia gunakan pautan disini utk menjenguk ke blog2 lain.

Jadinya, biarlah blog ini begini. Sekiranya masih ada yg sudi mengunjung, terima kasih. Saya sekrg dalam situasi yg sangat tidak bersemangat. Dalam keadaan begini, saya terasa ingin berbuat apa-apa sahaja yg saya suka. Mengarang, melukis, menyanyi. Dan juga apa-apa yg membuatkan saya tidak perlu berfikir apa2. Menonton, membaca novel2 lama, melayan cerita2 bersiri di internet dan tv, dan macam-macam la.

Oh.. we are still in Syawal, so Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Maaf sekiranya pernah menyinggung perasaan semua di sini yer. 0-0. :D
Bye.

Sep 13, 2009

Aku masih disini.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Aku masih disini..
menunggu sesuatu yg aku sendiri tidak pasti..
apa dan bagaimana..

Cakap pasal mati.

Bismillahirrahmanirrahim...

Mati itu pasti. Semua kehidupan di dunia ini akan menghadapi saat-saat tidak bernyawa lagi. Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dll. Meninggal dunia di bulan mulia ini juga banyak kelebihannya. Tapi tiada siapapun yg boleh memilih waktu utk meninggal pergi. Tiba masa utk pergi, tidak sesaat tercepat atau terlambatpun. Itu memang pasti.

Bulan Ramadhan ini, ada beberapa orang yg meninggalkan alam fana ini. Paling dekat, siang tadilah. Emak saudara sebelah ayah yg aku panggil mokteh. Dah lama pun dia sakit terlantar tidak boleh berjalan. Malah untuk dia kenal orang juga agak susah. Tp ada waktu-waktunya dia kenal plak. Dia dijaga oleh orang gaji indon yg diupah oleh anak-anaknya. Seingat aku, sudah 3 kali kot bertukar orang gaji. Anak dia (sepupu aku) tinggal sebelah rumah dia. Dan rumah aku sebelah rumah anak dia tu.

Alhamdulillah. Masa untuk mokteh pergi adalah di bulan yang penuh kemuliaan ini. Sejak akhir2 ini juga, setiap kali mendengar pasal kematian, aku suka memikirkan tentang mak dan ayah, dan diri sendiri juga. Tentang persiapan, harapan dan tinggalan. Ya, baru sekali aku menangis kerana kehilangan orang yg agak rapat. Pak saudaraku meninggal awal tahun 2007. Dia agak rapat dan pemergiannya memang terasa. Dia juga sakit, agak lama. Dan mak sempat jugak acap kali pergi menjaga dia pada waktu malam di rumah tokwan.

Aku fikirkan tentang sakit itu. Sakit yg lama sebelum pergi, atau pergi secara tiba2. Setiap insan ada bahagian masing2. Tp kita juga masih mampu berdoa meminta yg terbaik selagi hayat dikandung badan.

Semoga kita semua mati di dalam iman kepada-Nya.

Sep 6, 2009

Aku terkenang

Salam...

Sudah 2 hari mimpi itu tidak habis. Tergantung di tengah2 jln. Sangat tidak suka :(. Sebab, biasanya aku akan terkenang2 mimpi itu sehingga bila2. Huh??? Sampai bila2?? Hmm.. byk mimpi yg lama still aku ingt tau. Biasanya mimpi yg tergantung cam tu lah. Mimpi perasaan tidak sempat diluahkan. Berpisah dalam keadaan yg ada sesuatu tidak selesai dan ianya berkaitan perasaan.

Berat sebenarnya perasaan tidak terluah nih. Contohnya, kita rindu tapi kita tak mampu dan tak boleh meluahkan rasa itu. Sebab itu ada yg mengatakan tengok bumbung rumah pun jadi lah. Cukup utk melepaskan rasa rindu. Tp sungguh. Aku pernah merasakan, melakukannya dan merasa kelegaannya. Hahaha... Tp bukan bumbung rumah la. Kereta. Itu dulu.

Ya. Dada aku sudah sarat dgn rasa itu. Penuh. Dan aku cuba mengurangkan, supaya ada ruang utk aku bernafas.

Sep 3, 2009

16 Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Pejam celik, buka tutup mata sudah 16 hari kita berpuasa. Kat kampung, sejak awal puasa lagi mercun sudah meletup di sana sini. Sebelum Ramadhan lagi aku sudah menjerit2 kt budak2 anak jiran supaya main mercun jauh2. Ianya bukan sahaja mengganggu anak saudara yg baru beberapa bulan umurnya, tetapi juga menarik minat Aisya utk merengek2 meminta mamanya membelikan bunga api. Hujan2 pun masih mengajak mama bermain bunga api diluar. Ya, mama tak perlu beli bunga api pun. Bunga api tahun lepas masih ada.

Alhamdulillah, Aisya sangat mudah diajar puasa. Hari pertama sahaja, dia sudah boleh berpuasa penuh. Malah langsung tidak merengek kelaparan. Tidak hairan pun sebenarnya, sebab dia memang kurang makan dan lebih berminat utk bermain basikal ataupun menonton tv daripada makan. Sehingga hari ini, dia sudah berpuasa 7 hari.

Biarpun ramadhan kali ini bermakna dengan Aisya sudah pandai berpuasa dan mengaji Iqra' (boleh menemani aku mengaji selepas maghrib), dalaman aku masih terasa kekurangannya. Ada suatu perasaan yg agak merimaskan. Ada sesuatu yg berperang di dalam diri. Aku cuba tidak mengendahkan, tetapi ada waktu2nya aku suka perasaan itu. Perasaan itu membuktikan aku masih punya 'rasa'...

Aug 21, 2009

Ramadhan menjelang, dan Syawal akan menyusul

Bismillahirrahmanirrahim...

Esok dah puasa. Tapi, seperti tahun2 sebelum ini, aku cuba utk tidak beria2 dalam pemakanan dan peminuman (eh, ada ker ayat camtu?). Biasanya aku masak hampir everyday. Jarang sgt ke pasar ramadhan. Makan dan minum seadanya sahaja. Paling tidak pun, cuba membanyakkan baca Al-Quran dan solat sahaja.

Sejak akhir2 ni cuaca di sini sgt panas. Aisya nk puasa katanya. Tk per, biarlah dia belajar berpuasa. Lagipun, dia pun dah darjah 1 dan minggu depan juga sekolah cuti selama seminggu. Jadinya, mungkin dia tidak la penat sgt utk berpuasa.

Ya. Kalau aku kaya raya (kalau jer la kan), mungkin aku tidak akan berpuasa dan beraya disini. Bulan ramadhan dan syawal selalunya menerbitkan rasa tidak enak dalam diri aku. Terlalu syahdu dicelah2 keriuhan dan kemeriahan yg menyambutnya.

Aku pernh kenal beberapa org yg menyambut raya dirumah sewa atau dipejabat sahaja, bukan dikampung seperti kebanyakan rakyat malaysia ni. Bukan kerana tiada keluarga, tetapi kerana kurang rapat dengan keluarga. Ada yg tiada siapa2 lg dikampung. Ada juga memberi alasan mak ayah pun beraya dirumah adik beradik. Aku terbayang betapa tidak meriahnya dan syahdunya perasaan mereka.

Tp sungguh. Aku juga merasakannya. Bukan kerana aku tidak ada keluarga. Malah biasanya sepanjang Ramadhan, memang aku menjawat jawatan tukang masak di rumah ini. Utk raya juga, aku juga tentukan menu dan memasak. Semestinya mak yg buat nasi dagang pd hari raya ke-2 sebb yg itu memang jadi menu wajib.

Adik beradik semua berkumpul. Kami juga beramai2 ke rumah saudara mara. Tp yg syahdunya, adik beradik sumer lengkap satu keluarga. Kecuali adik sorang tu yg belum kawin. Disitulah kesyahduan aku dan keterasingan aku terasa setiap kali ramadhan dan raya.

Sebb itu aku kata, kalau aku kaya aku nk beramadhan dan beraya di luar negara. Di negara dimana mereka tidak menyambut raya dan tiada cuti umum pun utk raya. Mungkin aku akan sunyi tanpa keluarga, tapi aku mungkin tidak akan rasa terasing diasingkan orang2 yg aku kenal. Kan.

Aug 20, 2009

Menjelang ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Warahmatullah..

In 2 days time Ramadhan akan kembali menjenguk. Bulan puasa, bulan yg dinanti-nantikan seluruh umat Islam dibumi Yang Maha Agung ini. Bulan yg penuh keberkatan. Bulan utk melipat gandakan amalan. Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah.

Harapan aku cuma satu utk bulan Ramadhan tahun ini. Supaya aku lebih SABAR dlm menghadapi semua dugaan hidup. Ye, sejak akhir2 ni, aku rasa agak tertekan dengan banyak perkara. Aku cuba mengawal dan adapt with all the situation, but then ada waktu2nya keadaan sgt tidak menyebelahi aku. Dan ianya membuatkan ada waktu2nya, kesabaran aku hampir hilang walaupun belum hilang sepenuhnya.

Contohnya disini, aku cuba mengawal suara dan percakapan di dalam meeting yg dihadiri oleh org2 yg ada kuasa (sebab diaorg adalah klien aku). Aku cuba mengawal perbualan dan perasaan apabila berjumpa 'org2' klien ini di tapakbina. Caranya, mengelak bersemuka dengan cara, lari! Diaorg masuk pintu sana, aku perlahan2 keluar kut pintu tepi. Hahaha... Tk salah kan. Tk dosa kan. Aku mengelak utk menambah dosa sendiri, hilang sabar dan bercakap terkurang ajar.

Contoh yg lain, aku cuba tukar tune fikiran aku. Ari tu, masa awal2 aku berhadapan dengan semua ini, ditambah plak dengan tiba2 jiwa duk merapu fikir aper2 ntah, hormon pun tidak menentu akibat tekanan. Sangat tertekan. Then one day, ntah camner bleh terfikir 'Why not i just ignore all of this, do what am i suppose to do dalam tempoh yg termampu! Apa sahaja diaorg kata, masuk telinga kiri dan keluar ikut telinga kanan. Hanya sedikit dan sewajarnya sahaja yg menumpang difikiran'. Maka selepas itu, automatik segala tekanan aku berkurangan bila berhadapan dengan kerja itu. Tetapi tidak dengan jiwa yg merapu.

Kerana itu, aku sangat memerlukan kesabaran yg tinggi untuk menghadapi ramadhan yg mulia. Moga dengan kesabaran itu, aku bisa melalui segala-galanya dengan tenang.

Kepada semua, semoga di bulan Ramadhan ini kita bisa beningkan hati bak air dikali,
memberi maaf dengan penuh keikhlasan, memberi banyak kesempatan kiranya termampu, murah senyum kerana ianya sedekah yg terindah.

Sebelum cahaya Ilahi dipadamkan, sebelum langit runtuh, sebelum pintu taubat ditutup, sebelum malaikat menjemput, sebelum ramadhan tiba, ampun dan maaf kiranya ada perkataan yg menyinggung rasa, dan ada perbuatan yg tersilap dikira.

Jul 28, 2009

Friend request.

Salam.

Ada 9 friend requets.

Mungkin 4 @ 5 aku kenal.

Mungkin 4 @ 5 lagi aku tidak kenal.

Aku bukan sombong.

Tp kalu aku add org yg aku tak kenal, dan lepas tu aku tk pernh layan status or profile dia, rasanya cam tak der maknanya.

So, aku tak add.

Yg aku kenal, aku sempt lagi fikir nk add or not.

Sebb aku rasa kalau aku add, kemudian aku akan terasa bila nampk status diaorg, ataupun aktiviti diaorg kt sebelh tu, aku seperti menambahkan garam pd luka aku sendiri.

Kan.

Geram.

Masa aku curi masa utk relax.

Utk layan game kt facebook.

Utk layan menghias farm aku.

Farmtown tak bleh masuk.

Argghhh!!!

Pesal ni.

Naper ni.

Esok kesibukan aku kembali lg.

Dan aku tidak pasti, sempat lg ker aku curi masa cam ari ni.

Kesibukan yg melegakan atau memeningkan?

Salam.

Lama sungguh tk update blog.

Aku sibuk.

Dalam edit posts, ada 2 entry posts yg belum disiapkan. Tak siap2 dan dh agak lama.

Pening, memang pening. Dengan kerja yg berdepan dengan org hipokrit, saling mementingkan diri sendiri, pandai cakap tapi tak pandai bikin, asyik nk cover line sendiri langsung tk nk membantu, asyik cari salah org, dan macam2 lg ragam manusia.

Lega, sebab tak der masa nk layan perasaan. Sebb perasaan kalau dilayan, byk menda nanti yg menyedihkan, mengharukan, mengalirkan air mata, dll.

Tp dlm sibuk ini, dan tekanan kerja ini, aku sgt pening hinggakan seperti nk cari kerja lain.

Tp aku tak sanggup nk tinggalkan company boss aku dlm kesusahan. At least, biarlah segala permasalahan ini settle sedikit, baru aku ambik langkah baru.

Ok.

Jun 25, 2009

Ucapan utk 3 orang yg special

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini aku hendak membuat ucapan penghargaan bertulis di sini, dan aku tidak kisah samada mereka2 ini membaca atau tidak tentang ini. Sungguh. Mereka ini punya kisah tersendiri dengan aku. Dan sempena hari jadi mereka serentak pada hari ini, aku ingin merakamkan kenangan aku bersama mereka, disini.

Haslina Sidek
Dia junior ketika aku matriks di Seratas, Taiping. Budak kelantan, comel dan ada lesung pipit yg sangat manis. Masa tu tahun 1994, dia form 5 dan aku matriks 1. Biarpun semua pelajar matrikulasi di tempatkan sebilik (dorm besar), kerana bilangan pelajar yg terlalu ramai, ada juga yg tercampak ke bilik2 junior. So, di antara yg bertuah itu adalah aku. Aku katakan bertuah kerana dengan itu, kami kenal dan jadi rapat dengan junior.

Dan aku agak rapat dengan Haslina yg manja. Selalu kitaorg duduk bercerita bersama. Biasalah, pelajar form 5, mesti tengah pening dan stress dengan exam lg, masa depan lg, dan macam2 la. Aku la jadi pendengar setia, dan pakar psikologi tidak bertauliah. Dia adalah antara junior yg paling rapat dengan aku, selain 2,3 orang lg kawan2 dia. Kami terputus hubungan ketika aku menyambung pengajian ke USM. Mungkin dia pernah menghantar surat, dan aku tidak membalas. Aku sendiri sudah lupa. Tetapi. Sungguh. Aku tidak pernah lupa kepadanya.

Selamat hari jadi adik. Maaf kiranya ksu pernah melukakan hati adik. Ksu tak pernah berniat begitu. Mungkin suatu ketika masa dan keadaan menghalang ksu utk berhubung, tetapi ksu tk pernah lupa seseorang yg pernah menyerikan hidup ksu. Semoga Ina sentiasa bahagia disamping insan2 tersayang.

Ain Camelia
Ain juga adik. Ada waktunya jd kawan. Adakalanya lawan. Huh.. kita pernah berlawan ker? :D. Tidak. Aku tidak ramai kawan lain selain yg muncul hari2 dalam hidup aku. Dan Ain salah seorang yg terpaksa rela mengadap muka ini pd hari2 kerja, mendengar keluh kesah ini bila aku tensen, memberikan idea2 yg kadangkala boleh pakai masa aku tengah marah, dan macam2 lagi.

Kalau bab inai tangan kaki, Ain memang terror, memang kreatif. Halus jer ukiran yg dia buat. Mujur Mydin mall dekat ek, boleh jer turun sekejap beli inai dan lukis inai bila dah pening dengan kerja yg berlambak. Haa..satu lg yg aku kagum tentang Ain selain kekreatifan dia, suara dia yg lemak merdu nyanyi karaoke. Semua lagu dia boleh nyanyi la. Rock ker, dangdut ker, balada lagi la.

Ain atau Nurmalasuhaini (eh eh, ada nur ker? ksu lupa la Ain!), hidup ini tidak semudah yg kita hadapi hari ini. Esok yg belum pasti, bergantung kepada bagaimana kita melalui hidup kita hari ini. Kisah semalam, jadikan sempadan dan pengalaman berharga utk mencorak hari esok. Ksu sayang Ain. Dan ksu sayangkan masa depan Ain. Doa ksu sempena hari jadi Ain yg ke berapa ntah ni, semoga hari-hari mendatang mencorakkan sesuatu yang indah untuk seorang Ain Camelia.

Somebody.
Dia seorang yg pernah singgah di hati. Dia seorang yg pernah mencuri rasa. Dia seorang yg pernah menjadi istimewa. Seketika hidup ini bahagia dibuai rasa itu. Hakikat yg satu, sukarnya melupakan segala. Ada waktu2nya, rindu berbisik. Tika2nya, kenangan menyapa. Tetapi, aku redha dengan segalanya. Jodoh itu bukan milik kami barangkali. Ya, Tuhan lebih tahu.

Ya. Dia istimewa dengan caranya yg tersendiri. Dan dia satu2nya seorang lelaki (atau kekasih, dulu) yg paling memanjakan aku. Layan jer aku hendak makan dimana, ataupun apa sahaja. Biarpun aku sendiri bukan jenis yg meminta2, ada juga beberapa pemberiannya yg aku masih simpan dan guna, dan semestinya aku sayang. Aku sendiri tidak pernah (kot) memberikan dia ape2. Ya. Kerana situasi sgt tidak membenarkan. kerana sebenarnya aku sendiri seorg yg sgt suka memberi hadiah. Aku suka melihat kegembiraan atau keterharuan org yg menerima pemberian. Sungguh. Sangat suka.

Kepada si dia, 'Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan SHZ, Allah selamatkan kamu'. Semoga kehidupan awak di hari ini membawa kebahagiaan utk hari2 yg mendatang, dimurahkan rezeki yg penuh keberkatan dan dipanjangkan umur yg dipenuhi dengan keindahan.

Amin. Ya Rabbal Alamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...