Iklan

May 26, 2009

Terima kasih atas segalanya

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini episod terakhir. Bukan terakhir untuk blog ini, tetapi terakhir untuk musim entri yang semacam berduka dan terluka. Ecehh. Hehe. Bila aku ulang baca semula entri-entri lepas, sgt terasa betapa seperti muramnya hidup. Well, back to normal now. I hope so.

Kepada sesiapa yang berkenaan, terima kasih. Di atas segala-galanya. Untuk sebuah episod suka, dan episod duka juga.

Aku suka lagu ni. Dulu tk perasan pun lagu ni bila tengok citer Sepi. Baru-baru ni bleh plak aku perasan. Tak tahu naper. Ye ker tk tahu? :D. Cam sayu jer lagu dia kan.

Kau Ada Dia

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa

Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia.

May 24, 2009

Tak apa.

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa berlalu, tidak menunggu juga tidak terlewat walaupun seminit
Hidup mesti diteruskan,
biarpun merangkak didalam kelukaan.
Luka itu akan sembuh dan akan tinggal parut.
Tak apa.
Gusar sedikit tidak apa.

Hidup tetap diteruskan,
biarpun pedih masih terasa.
Pedih itu akan hilang.
Tak apa.
Gelisah sedikit tidak apa.

Itu kan rencah hidup.
Ada waktu kita gembira.
Ada detiknya kita berduka.
Tak apa.
Yang penting
jujur dan ikhlas dalam perbuatan.

Bila rindu katakan rindu
Bila sayang katakan sayang
Tak apa
Perasaan jangan dipendam
Nanti merana badan

Antara rindu dan sayang
hidup mesti diteruskan
biarkan semuanya berlalu
ditiup angin bersama waktu

May 21, 2009

Perasaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Sesetengah orang susah untuk meluahkan perasaan. Walaupun seorang yg sgt penyayang, utk mengucapkan kata-kata 'sayang, cinta, rindu' seperti 'emas ada dalam mulut'. Nak buka mulut takut terkeluar semua itu. Ingat tak dulu-dulu masa sekolah, cikgu sering marah apabila menjawab soalan atau membaca dengan suara yang perlahan. Cikgu akan kata, 'Ada emaskah dalam mulut awak?'. Tp, itu dalam kelas. Bila bersama kawan-kawan suara boleh didengar hingga ke hujung blok! Haha...

Dalam bab perasaan, memang sukar. Secara psikologinya juga memendam rasa ini tidak elok. Boleh mengakibatkan sakit jiwa, mental dan segala bagai lagilah. Ye la kan, perasaan itu terbuku dalam hati. Lama-lama hati pun jadi keras. Sebenarnya bab-bab perasaan ini lebih bergantung kepada individu. Ada yang segan campur malu lantas terus memendam perasaan. Ada yg segan tetapi tidak malu untuk mencuba. By letters ker, by sending something ker. Dan ada juga tidak kisah, 'apa yg hendak dimalukan' dan 'kalau malu terlepas'.

Suatu ketika, seorang sahabat pernah berkata, 'just follow the flow' bila aku bertanya bab hati. 'Aku berbuat apa yg aku suka, yg membahagiakan aku'. Ya. Kalau dalam meluahkan perasaan, saranan itu memang bagus. 'Weii.. aku rindu la. Bila kita bleh jumpa neh'. Contoh luahan selamba. At least, hati kita tidak terbuku dengan rintihan, ' Rindunya kat dia!'.

Tapi, untuk seketika saranan itu bolehlah diikuti. Kalau fikir jangka panjang, sgt tidak sesuai. Kita kena fikir cara lain untuk meluahkan perasaan atau menahan perasaan.

Memang sakitkan, perasaan yang tidak terluah.

Macam ada sesuatu terlekat dikerongkong, ditelan tidak boleh, diluah juga tidak keluar.

May 20, 2009

Aiskrim ubat penenang

Bismillahirrahmanirrahim...

Ingat tak, dulu-dulu masa bergelar student atau budak sekolah, bagaimana perasaan bila nak exam? Pada aku, dulu lah bukan. Sebab aku dah lama tinggalkan zaman itu. Dan kali terakhir kembali bergelar student juga, hampir 3 tahun lepas.

Ya. Segala kecut perut, sakit perut, berdebar, dan macam-macam lagi bermain difikiran. Tapi, aku tengok Aisya relaks jer. Sedang aku yang berdebar lebih-lebih. Nak tinggalkan dia untuk pergi ke Kuala Lumpur juga sudah berapa kali bertangguh kerana bimbangkan persiapan exam dia. Manalah dia yang baru darjah 1 itu tahu takut untuk exam kan. Sedang exam tu pun, dia tidak faham lagi untuk apa. Dan baru sekarang ini juga aku baru tahu perasaan ibu-ibu yang risau dan takut bila anak-anak hendak menghadapi peperiksaan. Ayah-ayah? Well, mungkin ayah-ayah lebih cool. Ataupun, memang menganggap ianya cuma remeh-temeh untuk dirisaukan. Lagipun, siapa yang memeriksa dan memastikan anak-anak membuat kerja sekolah setiap hari? Ibu, atau ayah? Aisya pasti jawab, MAMA! Anak mama.. hehehe..

Sebatang aiskrim sebagai terapi untuk menenteramkan perasaan. Kerana teringatkan Aisya sedang exam di sekolah. Kerana jiwa yang tidak tenang. Kerana hati yang seperti resah gelisah.

Separuh dihumbankan ke dalam tong sampah.

Membazir lagi RM1.25.

May 18, 2009

Diari malam selasa.

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku lapar. Tadi tidak lunch. Dinner pun belum. Sekarang jam di pc ini dah menunjukkan ke pukul 10.31pm. Memang munasabah sangat aku lapar sekrg. Hanya makan separuh mangkuk maggi sahaja lebih kurang jam 5.30 petang tadi, selepas perut ini dijamu nasi lemak pagi tadi.
.
.
.
.
Aku ke dapur. Kononnya nak makan nasi. Tiba-tiba aku teringat, buku-buku sekolah Aisya untuk esok belum disusun dalam beg sekolah. Aduhh.. lupa sungguh nak suruh dia salin jadual untuk esok sebelum dia tidur tadi. Sekrg, mama plak yg kena 'salin'kan. Bukak tudung saji, tak der aper yg best. Terfikir nk buat nasi goreng. Tapi, sempat jeling jam. Dah hampir 11 mlm. Oooo.. cannot eat heavy-heavy late at night. Hmmm.. minum horlicks jer la. So, horlicks segelas dah habis.

Aku terlambt masuk Farm Town tadi. Sepatutnya aku masuk petang td, tp downloading lembap sgt membuatkan aku bosan tunggu. Akibatnya, mlm ni aku punya grape trees dah gone to waste. Sayang betul la. Tp takper. Tak der rugi aper2 pun sebenrnya. Ianya hanya games semata.

Aku addkan banyak blog dekat google reader aku tadi, bila dah acapkali aku buka google reader ari ni tapi tak der aper2 pun utk dibaca. Macam-macam aku tambh. Dan akan aku tapiskan kemudian.

Aku tidak mengantuk lagi dan agak bosan.

Tapi jam dah hampir 11.30 mlm.

Esok kena bangun cam biasa, 6.15 pagi.

Tidurlah. Pujuk mata. Pujuk hati. Pujuk fikiran. Tidurlah.

Crying

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini hari menangis sedunia? Bukan. Hari ini hari isnin yang biasa. Tiada yang luar biasa. Menangis itu bagus untuk kesihatan sebenarnya. Most psychotherapists and counselors around the world recommended letting tears flow in releasing physiological tensions. Tapi, setakat menangis tertahan-tahan tu apalah sangat kan. Apa kata menangis satu sungai atau cry me a river seperti kata Justin Tasik Kayu (timberlake). Tak pun menangis la selebat-lebat hujan pun untuk satu tasik ker, satu laut ker.

Tiada siapa yang peduli as long as tidak banjir besar dan tidak menyusahkan sesiapa. Ya. Apa kata sambil tu dengar lagu-lagu yang tangkap leleh. Tiada Ertinya daripada Nur Fatima atau Saat Kau Pergi dendangan Bunga Citra Lestari. Ya, lagu-lagu itu sedang terpasang sekarang.

Takpun tengoklah citer-citer sedih, Kuch-Kuch Hota Hai misalnya. Part sedih jer la. Tgk jer kat YouTube. Pastu tukar ke citer Windstruck, part dia teringat2kan pakwe dia yang dah meninggal. Sediakan tisu sekotak besar. Citer melayu? Yes, citer Sepi atau Cinta atau Sepet, whatever you prefer. English movies, of cos.. banyak. Sehari pun tak habis kalau nak senaraikan dan tengok semua.

Yes, crying is good for you, me and everybody in this world.

So, just let your tears flow...

May 17, 2009

Misteri kehidupan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kita tidak tahu misteri kehidupan dan kejadian yang diaturkan oleh Tuhan. Hari ini kita menerima musibah, mungkin untuk dianugerahkan sesuatu yang lebih baik esok. Sentiasalah berfikir secara positif. Well, things easier said than done. Tapi, aku tetap memujuk diri sendiri.

May 16, 2009

Tiba-tiba terasa syahdu semacam

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini hari sayu. Rasa nak nangis. I need a shoulder to cry on. But i don't have any. Sob. Sob. Dan ditambah plak bila dengar lagu-lagu syahdu semacam. Sajer jer. Ni tak ulang tengok citer 'Sepi' lagi ni. Terasa seperti nak berlari-lari sorang-sorang kat keliling Taman Tasek Taiping. Berlari tanpa henti. Berlari dari sesuatu, atau kepada sesuatu? Dari, bukan kepada. Kalau boleh lagi jauh, lagi bagus. Tapi, aku bagaikan berlari ditempat yang sama. Tidak ke mana-mana. Hanya di sini.

May 15, 2009

Perancangan yg asyik tidak menjadi

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah beberapa minggu perancangan asyik tidak menjadi dan tertangguh. Waktu pula terus berlalu tanpa menunggu walau sedetikpun. Tangguh punya tangguh, dah pertengahan bulan. Aisya pula akan menghadapi peperiksaan penggal pertama. Tidak pasti lagi bila, katanya minggu terakhir sebelum cuti penggal. Mungkin betul la kot. Kelmarin dia bagitau, minggu depan. Jadi aku suruh dia minta jadual peperiksaan dengan cikgu dia. Semalam pula dia bagitau minggu lagi satu. Minggu depan baru dapat jadual. Sedangkan aku baru membuat perancangan hendak ke kl hujung minggu depan kerana kononnya waktu itu dia baru selesai exam. Aduhh.. camner ni??

Tak pergi kl karang, kesian kat adik manja tu sorang. Dengan perut memboyot nak pergi shopping barang-barang baby dan baju raya. Hahaha.. baju raya tu. Padahal puasa tahun lepas pun belum habis berganti. Tapi tak pe. Bukankah lebih elok membuat persiapan awal-awal. Nanti nak raya, boleh relaks tanpa perlu fikir apa-apa dah tentang pakaian.

Well, kena rancang dengan detail skit nampaknya kali ini. My swimming class, ke kl teman busu shopping, persiapan exam Aisya dan destinasi percutian pada cuti sekolah nanti. Hmm...

May 14, 2009

Khamis juga membosankan

Bismillahirrahmanirrahim...

Selasa lepas dah bosan. Selepas selasa, rabu. Kemudian khamis. Iyer, aku diingatkan tentang hari oleh subkontraktor. Tahu kenapa? Kerana hari khamis adalah hari untuk memberi pinjaman atau pendahuluan. In english, we call it as 'advanced payment'. :D
Setiap hari khamis adalah hari 'advance payment'. Oh.. yang berkerja dengan kontraktor pasti tahu tentang ini yer. Dan aku menyambung kata-kata peringatan subkontraktor itu dengan berkata, 'Yer.. lepas khamis jumaat, kemudian sabtu..'. Dan aku ketawa dengan lawak sendiri..hahaha...

Hari ini juga membosankan. Malah sedikit memeningkan kepala. Dengan kepada berdenyut-denyut, aku pergi ke swimming pool selepas habis waktu kerja. Ya..sebaik kepala basah dibawah pancuran air, sakit kepala sedikit tiada. Sebaik kaki menyentuh air kolam, sakit kepala terus hilang. Aku terasa hendak terus berendam biarpun tak reti-reti lagi swimming dalam kelas kali kedua ini. Aku terasa hendak terus terapung dipermukaan air biarpun orang lain dah boleh bergerak dipermukaan air. Aku terasa hendak terus menahan nafas di dalam air biarpun aku tidak mahu mati lemas. Aku juga terasa hendak terus berada di dalam air biarpun jam sudah 6.30 petang dan semua jari kaki tangan kecut macam asam keping.

Ya. Sangat tenang dan relaks dapat terapung. Terapung ditepi jer la, sebab aku tidak confident untuk tidak berpaut. Belum confident. Sedikit-sedikit. Aku cuba. Insyaallah.

May 12, 2009

Selasa yang membosankan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari ini bosan. Pergi kerja bosan, duduk dipejabat juga seperti tidak kena. Keluar ke site juga, perasaan bertambah parah. Kembali ke pejabat, masih tidak stabil. Aduh! Tidur sekejap tadi. 15 minit utk lena yang sedikit-sedikit. Bangun, beli aiskrim dan chessy wedges deluxe di KFC. Kononnya terapi mood yang kebosanan. Aiskrim dah habis segelas, wedges dah bersisa, perasaan tetap sama. Ahh.. boringnya! Apa nak buat neh???

May 8, 2009

Ada sesetengah perkara yang membuat kita hilang sabar

Bismillahirrahmanirrahim...

Sabar. Satu perkataan yang sangat mudah diucapkan. Ianya seperti menjadi suatu perkataan lazim pula, lebih-lebih lagi apabila kita menghadapi musibah. Sabarlah. Semua itu dugaan. Sabarlah. Sabar itu sebahagian dari iman. Tapi adakah yang menyuruh bersabar itu faham bagaimana yang disuruh bersabar itu menahan perasaan. Samada perasaan sedih, pilu, geram, marah, sakit hati, dan sebagaimananya. Ya. Bercakap memang mudah. Things easier said than done.

Percayalah. Kesabaran itu juga ada hadnya. Kesabaran itu juga ada nafasnya. Bukan hendak menunjukkan taring yang lama tersembunyi. Aku tidak punya pun taring itu. Kalau aku ada, kenapa tidak hendak digunakan pun ketika diserang. Sebab aku tidak ada. Tapi, aku masih punya akal fikiran, yang Tuhan kurniakan kepada setiap manusia yang ingin menggunakannya.

Ya. Manusia berbagai ragam. Ada yang sudah tidak peduli lagi akan tanggungjawab. Dibiarkan anak isteri menyalak. Bertelanjang di khalayak ramai. Kita pula yang melihat terasa malu.

Aduhai. Manusia.

May 6, 2009

Sambungan 'ketagihan baru'

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak buat dalam satu entri, rasa macam panjang sangat. Jadinya, aku buat satu entri baru, bagi menyambung cerita-cerita perkebunan itu.

Realitinya, belakang rumah, kebun 'sekangkang kera' emak sudah diperbesarkan menjadi 'dua kangkang kera' di atas tanah yang seluas beratus-ratus ekor kera ini. Eh.. ada ker perumpamaan sebegitu? Tak per la, nak menambah perisa pada cerita ini jer tu. Ada mak tanam terung, kacang bendi, kacang panjang, kangkung dan batas-batas yang sudah di gemburkan di sekeliling pokok naga yang sudah berbuah baru-baru ini. Ini cerita sekarang.

Realitinya, apabila bukan musim menanam padi, kami adik-beradik akan sama-sama menolong mak dan ayah menanam kacang bendi, sawi, ubi keledek, tembakau, dan macam-macam lagi. Ini cerita dulu-dulu.

Cerita sekarang itu tiada apa sangat. Kami adik beradik semua bekerja dan tidak lagi menolong emak menanam. Lagi pula, emak menanam hanya dibelakang rumah. Diruang yang telah dipagarkan dengan chainlink fencing supaya tidak dimasuki ayam-ayam yang mungkin mengais mencari makanan.

Cerita dulu lebih menarik. Menanam dan berkebun ini juga mengikut musim sebenarnya. Contohnya menanam tembikai di musim panas supaya tidak terendam air sekiranya hujan, dan ubi keledek pula ditanam sebelum tiba musim tengkujuh. Yang aku ingat, seronoknya kami adik-beradik menyiram tembikai ditengah-tengah panas kemudian saling menyembur air antara satu sama lain. Ketika membasuh ubi keledek yang digali ayah pula, kami berendam di dalam air musim tengkujuh. Sambil membuat kerja, kami sudah tidak fikir tentang kesejukan dan hujan lebat. Masa itu pula, lintah pun jarang ada.

Ya. Jadi, sudah nampak bukan? Kenapa aku jadi ketagih (sedikit jer pun sebenarnya!) pada Farm Town itu. Ianya adalah kerja yang sudah sebati mengalir di dalam diri. Ewaahh!

Ketagihan baru

Bismillahirrahmanirrahim...

Kena baca bismillah yer, utk makan buah epal atau buah pear. Dah habis makan, jangan lupa 'disudahi dengan Alhamdulillah', sebagaimana lagu nasyid Raihan tu. Dah tu, pikir-pikirlah, saper la yang tanam pokok yang memberikan hasil sebegitu sedap. Mungkinkah dari 'Mamamia's Farm'?

Haaa... Tahukah anda dimana Mamamia's Farm itu? Yer.. anda semua bijak sekali. Di facebook. Itulah ketagihan baru aku. Pagi-pagi menuai dan menabur benih di ladang kesayangan, yang memberikan hasil yang langsung tidak menguntungkan. Tapi, seronok ajer melihat pokok-pokok pear, orange, epal, mangga, pisang dll mengeluarkan hasil. Pastu plak, menabur benih di batas-batas yang tersusun dengan mudah itu. Hanya klik sahaja untuk membuat batas dan menabur benih.

Dan, hasilnya juga sudah boleh diramal. Kalau anggur, ambil masa 4 jam sahaja utk berbuah, tapi murah dipasaran. Yang mahalnya, jagung dan bunga matahari, tapi ambil masa 3 hari sebelum boleh dituai. Hehe.. level aku setakat itu jer sekarang ni. Banyak lagi benih-benih lain yg aku tengok memberikan hasil yang menguntungkan.

Saper la yang reka game camni ek? Betul-betul buat aku ketagih la. Pagi-pagi (ehem.. aku sampai sebelum kul 8 di opis yer!), mesti nak kena jenguk dulu takut-takut nanti ada yang terlebih masak dan tak laku lagi untuk dijual. Aku pernah kena sekali, dan lepas tu aku cukup berhati-hati.

Eeiii... betul-betul real la. Menakutkan sungguh Farm Town neh!@#$%^&&**

May 3, 2009

Agak-agaknya bagaimanakah lelaki idaman anda?

Bismillahirrahmanirrahim...

Agak lama aku termenung depan new post ni, tak tahu nak taip tentang apa. Sambil-sambil tu sempat melayan seorang kawan yang menegur di YM. Dan kami pun berborak tentang teman istimewa impian masing-masing. Hahaha..

Tapi, secara logiknya semua orang punya impian, kan. Jadi tak perlulah gelak lebih-lebih yer. Haa.. yang tergolek-golek gelak tu, bangun skang! Dan impian itu, ada dalam pelbagai rupa. Rumah impian, kereta idaman, kerjaya yang impi-impikan, juga jejaka idaman. Impian itu plak, boleh jadi cuma angan-angan, dan boleh jadi juga cita-cita apabila ada usaha untuk mendapatkannya, kan.

Bagi aku, kalau bab jejaka idaman ni, aku kureng sokong skit la kalu perempuan terkejar-kejarkan seorang lelaki. Pada aku, perigi tetap tidak boleh mencari timba. Bukan bererti perempuan tidak boleh mencari dan cuma menunggu, tidak. Cumanya, untuk langkah pertama bagi sesuatu perhubungan adalah lebih sesuai lelaki yang memulakan. Lebih manis gitu. At least, biarlah yang lelaki yg memulakan lamaran atau mengajak kahwin.. bukannya perempuan.

Well, my 'lelaki idaman'.. hehehe.. walaupun tahu ini very impossible bleh dapat, tapi tidak salahlah bukan, kalu sekadar berkongsi impian.. heh. Hey.. nothing's impossible lah, kalu Tuhan izinkan. Bagaimanapun, give and take tetap lebih baik.

1. Yang tidak segan ke baruh, berkebun dan berternak
2. Yang tahu erti kesusahan dan tidak pandang rendah org kampung yang susah
3. Boleh berkawan dgn opis boy walaupun ader banglo mewah setingkat dengan lawn yang luas, kereta mewah berbijik2 kalu nak (hahaha..) dan jadi boss besar dipejabatnya!
4. Yg boleh duduk2 bersembang dgn orang tua dgn bermacam2 cerita.

Aikk... tetiba aku rasa lelaki itu macam Rosyam Nor dalam citer 'Rozanna' la! Hahahaha.... Tapi, aku memang suka Rosyam Nor berlakon. Dan si Rita Rudaini tu, aku kalu bleh tk nk miss citer2 dia. Suka!

May 1, 2009

Selamat Hari Buruh / Pekerja.

Bismillahirrahmanirrahim...

Kepada pekerja buruh.. Selamat la hari ini yer. Yang bukan buruh, camner? Sebenarnya hari ini hari pekerja ker hari buruh? Yang pasti hari ini hari jadi Uncle Wan (tumpang lalu..ces!). Kalu hari buruh, pekerja yang dipanggil pekerja buruh, hanya yang bekerja ditapak-tapak pembinaan. Jadi, seronoklah pakistan-pakistan dan indon-indon serta melayu-melayu (jgn dilupakan.. berasa hati pakcik-pakcik kt site tu karang) kt site sana. Boleh enjoy hari ini tanpa bekerja.

Tapi hari ini Jumaat. Dah memang la cuti kat Terengganu ini kan. Cuti tak berganti lak tu. Sian diaorg. Sian jugak kat aku dan pekerja-pekerja lain yang tumpang bercuti. Well.. anyway, enjoy your day. Entri aper neh! Langsung tak der cerita.

Ok. Let's stori mori. Kat terengganu semenjak dua menjak ini sangat panas. Panas yang terik kerana hendak hujan. Tapi, tup tup selepas mendung sekejap pada waktu petang, hujan pula tidak jadi. Panas itu membawa ke malam. Dan tidur, tanpa selimut. Hendak pergi kerja juga satu masalah. Masalahnya ialah untuk memilih baju yang sesuai dengan cuaca yang panas. Lagi la kerja aku kan tidak menentu. Kekadang kena pergi site, kekadang kena pergi jumpa klien. Tapi seronoknya duduk dipejabat bertemankan air-cond. Rasa cam tak nak keluar dari pejabat jer!

Bila cuaca sekejap panas sekejap sejuk ini (bila hujan turun waktu petang), penyakit mudah la singgah. Orang itu demam, orang ini seram sejuk panas tak menentu. Orang itu selsema, orang ini batuk tidak berhenti. Sepupu aku, mokteh, tokwan, kawan di opis sebelah, sumer demam. Semoga cepat sembuh yer! Aku pun, mulut dah melepuh-lepuh ni. Dua biji plak tuh! Aduhh! Sakitnya! Isshh.. dugaan semua ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...