Iklan

May 6, 2009

Sambungan 'ketagihan baru'

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak buat dalam satu entri, rasa macam panjang sangat. Jadinya, aku buat satu entri baru, bagi menyambung cerita-cerita perkebunan itu.

Realitinya, belakang rumah, kebun 'sekangkang kera' emak sudah diperbesarkan menjadi 'dua kangkang kera' di atas tanah yang seluas beratus-ratus ekor kera ini. Eh.. ada ker perumpamaan sebegitu? Tak per la, nak menambah perisa pada cerita ini jer tu. Ada mak tanam terung, kacang bendi, kacang panjang, kangkung dan batas-batas yang sudah di gemburkan di sekeliling pokok naga yang sudah berbuah baru-baru ini. Ini cerita sekarang.

Realitinya, apabila bukan musim menanam padi, kami adik-beradik akan sama-sama menolong mak dan ayah menanam kacang bendi, sawi, ubi keledek, tembakau, dan macam-macam lagi. Ini cerita dulu-dulu.

Cerita sekarang itu tiada apa sangat. Kami adik beradik semua bekerja dan tidak lagi menolong emak menanam. Lagi pula, emak menanam hanya dibelakang rumah. Diruang yang telah dipagarkan dengan chainlink fencing supaya tidak dimasuki ayam-ayam yang mungkin mengais mencari makanan.

Cerita dulu lebih menarik. Menanam dan berkebun ini juga mengikut musim sebenarnya. Contohnya menanam tembikai di musim panas supaya tidak terendam air sekiranya hujan, dan ubi keledek pula ditanam sebelum tiba musim tengkujuh. Yang aku ingat, seronoknya kami adik-beradik menyiram tembikai ditengah-tengah panas kemudian saling menyembur air antara satu sama lain. Ketika membasuh ubi keledek yang digali ayah pula, kami berendam di dalam air musim tengkujuh. Sambil membuat kerja, kami sudah tidak fikir tentang kesejukan dan hujan lebat. Masa itu pula, lintah pun jarang ada.

Ya. Jadi, sudah nampak bukan? Kenapa aku jadi ketagih (sedikit jer pun sebenarnya!) pada Farm Town itu. Ianya adalah kerja yang sudah sebati mengalir di dalam diri. Ewaahh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...