Salam...
Bila kita terasa, kita tiada sesiapa untuk bercerita. Kerana mungkin kita tidak rasa ada yg memahami (selain-Nya) situasi dan intuisi kita. Waktu itu terasa sungguh seperti dadapun bagaikan mahu pecah. Kepala pun berserabut jer. Dengan macam2 masalah atau perkara.
Tiba2 terfikir cara lama, tuliskannya disini. Anggapkan sahaja sepucuk surat kepada si Bulan ker, Pungguk ker, Bintang ker. Mungkin dengan cara itu mudah untuk kita bercerita dan meluahkan apa yg sebenarnya kita rasa.
Dan tup-tup tadi, ada yg memberi cadangan sedemikian.
Saya senyum. Ianya seperti apa yg saya terfikir awal pagi tadi.
Ya, saya akan menulis surat.
Atau email.
Atau entri.
Kepada kamu. Bulan yg jauh dikejauhan. Cantik dipandang. Tak tercapai dek tangan.
Bukan meminta pengertian.
Cuma sekadar luahan perasaan akan situasi dan intuisi.
No comments:
Post a Comment