Ianya elok sahaja lagi. Alhamdulillah, tidak pernah lagi berlaku masalah2 besar, seperti rosak teruk di jalanan. Lasak sahaja dari timur ke barat, utara dan selatan semenanjung.
Tapi, tiba2 seperti terasa ingin bertukar angin.
Angin kancil seperti sudah jemu.
Mungkin sudah tiba masanya barangkali.
Apa2pun, penghujung tahun ini harap2 boleh berbuat demikian. Sekiranya dimurahkan rezeki.
Tiba2 cam teringin sangat nk tukar. Sian kancil.
Iklan
Mar 28, 2010
Penghujung Mac
Mac yg banyak kisah sudah hampir ke penghujungnya. Mac yg banyak perancangan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dalam kerancakan ke sana ke mari (2 kali ke KL bulan Mac), saya masih lagi berangan2 nak menulis cerita. Oh, rasanya bukan angan2 lagi. Cita2 yg masih belum bermula. Hendak sangat saya bercerita tentang hidup saya, dan orang2 di sekeliling saya yang banyak mempengaruhi dan terlibat dalam perjalanan hidup saya. Tapi, untuk bermula, saya masih mencari dan mengatur masa yang sesuai.
Oh ya, saya tidak suka menghadiri meeting. Kalau dulu, awal karier saya bermula, menghadiri mesyuarat adalah sesuatu yang membanggakan. Terasa seperti orang penting sungguh bila kena menghadirkan diri dalam mesyuarat. Lebih2 lagi, dengan lembaga2 pengarah, datuk2, dan orang2 yg berpangkat tinggi. Sekarang, setelah lebih 10 tahun bekerja, bekerja dan bekerja, menghadap berbagai2 jenis kerenah manusia yg berbagai pangkat itu, saya sudah muak utk hadir ke sesuatu mesyuarat. Seperti sudah tahu apa yang mahu dibincangkan dan apa kesudahannya.
Aduhh.. tetapi begitulah. Selagi namanya bekerja, mesyuarat itu kadangkala perlu dan terpaksa dihadiri. Oh ya, pandai berhelah dan menipu sikit2 juga penting dalam mesyuarat. :D

Alone
Sangat tidak suka, bila terpaksa bersendirian di dalam bas, dikelilingi manusia2 yang asing (bukan makhluk asing yer!). Telinga pula dihidangkan lagu2 enak romantik sebagai halwa. Tiada sesiapa untuk diajak bercerita. Yang ada hanya manusia yang asing (again, bukan makhluk asing!).
Aduhh.. apa yg tidak sepatutnya datang diingatan, kembali menterjah fikiran. Sangat tidak suka. Sebab ianya bisa mengundang air mata.
Sungguh, lainkali kena sangat2 mengelak bersendirian begini .

Mar 17, 2010
Empat dalam satu
Tiba2 seperti banyak pulak kerja saya sedang, akan, kena dan sanggup buat. Tapi seperti seronok lak rasanya. Rasa cam tenang lak hidup. Mungkin sebab tak banyak fikir apa2 tentang hati.
Rindu utk bercerita disini
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Terasa rindu pula untuk bercerita disini setelah rasanya sekian lama menyepi. Bulan Februari hanya ada berapa entri sahaja, sedang sekarang bulan mac sudah sampai hari-hari menuju minggu terakhir. Januari dulu, semangat bukan main dengan entri yg kalau boleh hampir setiap hari nak bercerita. Semangat tu satu hal la kan, masa pun cam banyak dan tekanan juga satu hal lagi. Bila tertekan, mula la cari tempat utk bercerita.
Kesimpulannya, sejak akhir2 ini hidup kurang tekanan. Err.. tipu mungkin. Mana ada hidup yg tiada tekanan, lebih2 lagi hidup saya. Jadi sebenarnya bukan kurang tekanan, tetapi tidak membebankan diri dengan tekanan-tekanan itu. Antara cara saya, tekanan itu dianggap seperti angin lalu. Ibarat masuk telinga kiri, terus tembus keluar ikut telinga kanan. Tak lekat lama2 di fikiran.
Oh ya, sebenarnya sedikit sibuk akhir-akhir ini. Atau dalam erti kata lain yg sebenarnya juga, sengaja menyibukkan diri dengan sesuatu yg mendatangkan faedah. Insyaallah, dan Alhamdulillah.
Sungguh sangat, bila kita menggunakan kebanyakkan masa yg kita ada hampir sepenuhnya, maka kita kurang lagi memikirkan perkara2 yg menyesakkan hati dan fikiran kita sahaja.
Dan sungguh sangat juga, bila kita terlalu banyak masa terluang yg tidak tahu kita gunakan utk apa, kita sendiri menjadi sangat pasif dan semakin pasif. Mula2 mungkin kita suka, sampai satu tahap kita akan rasa seperti kita tidak berguna apa2.
Ada 47 item yg belum dibaca di dalam Google readers saya. Jadi, saya nak mengadap benda2 alah itu jap. Err.. ianya cuma blog2 yg saya subscribe to my google reader. :D

Mar 2, 2010
Photostat pelan sekali ganda mahal dari KL????
Kat kedai Robert, biasanya photostat pelan A1 RM3.00 sekeping. Saya tak hairan. Sebab bukan guna duit sendiri. Duit company.
Tapi, tup2 saya dengar kat KL, photostat pelan saiz A1 cuma RM1.50!!!
Ye la, mungkin persaingan tu byk sangat kt sana.
Tapi, utk projek yg tak berapa byk, dan kos projek pun biasa2 jer, camner la diaorg boleh taruh harga photostat pelan camtu!
Garu paler saya dengar.

Subscribe to:
Posts (Atom)