Iklan

Mar 28, 2010

Penghujung Mac

Mac yg banyak kisah sudah hampir ke penghujungnya. Mac yg banyak perancangan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dalam kerancakan ke sana ke mari (2 kali ke KL bulan Mac), saya masih lagi berangan2 nak menulis cerita. Oh, rasanya bukan angan2 lagi. Cita2 yg masih belum bermula. Hendak sangat saya bercerita tentang hidup saya, dan orang2 di sekeliling saya yang banyak mempengaruhi dan terlibat dalam perjalanan hidup saya. Tapi, untuk bermula, saya masih mencari dan mengatur masa yang sesuai.

Oh ya, saya tidak suka menghadiri meeting. Kalau dulu, awal karier saya bermula, menghadiri mesyuarat adalah sesuatu yang membanggakan. Terasa seperti orang penting sungguh bila kena menghadirkan diri dalam mesyuarat. Lebih2 lagi, dengan lembaga2 pengarah, datuk2, dan orang2 yg berpangkat tinggi. Sekarang, setelah lebih 10 tahun bekerja, bekerja dan bekerja, menghadap berbagai2 jenis kerenah manusia yg berbagai pangkat itu, saya sudah muak utk hadir ke sesuatu mesyuarat. Seperti sudah tahu apa yang mahu dibincangkan dan apa kesudahannya.

Aduhh.. tetapi begitulah. Selagi namanya bekerja, mesyuarat itu kadangkala perlu dan terpaksa dihadiri. Oh ya, pandai berhelah dan menipu sikit2 juga penting dalam mesyuarat. :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...