Iklan

Apr 24, 2011

Malam ini..

Bismillahirrahmanirrahim....

1. Kek coklat dah masak, buat lepas maghrib tadi. Eggless Choc Cake, ambik resepi kat blog Mat Gebu tapi, ubah skit-skit mengikut apa yang ada. Harap-harap sedap, still hot in the oven.

2. Pergi klinik to buy a high blood pressure and diabetes medicine for my grandmother, stock for a month. Tak payah tiap-tiap minggu nak kena gi klinik. Biasa la orang tua, semua hal anak-anak dia nak fikir walaupun anak-anaknya dah bercucu belaka.

3. Langit sangat sangat sangat cantik, terang dalam gelap, dihiasi penuh dengan kerdipan bintang, dan tompokan awan-awan yang sedikit. Rasa macam nak baring berbumbungkan langit. Tentu best dapat kira bintang.

4. Baju kurung english cotton ringgit malaysia seratus dua puluh sepasang!! Ape ade hal la diaorang ni... Aku boleh beli kain tu dengan harga tiga puluh sahaja dan upah jahit dua puluh lima, baru ringgit malaysia lima puluh lima sepasang. Betul la, memang mahal sebenarnya online shopping ni, tapi mudah dan senang. Nak kata cepat, tak ader la cepat sangat pun. Puas hati pun, kureng jugak sebab tak boleh test dulu. Tapi, suka bebenor aku dapat window shopping secara online ni. Teehee...

5. List of books yang hendak dicari kt PWTC belum buat lagi. Kereta esok baru nak hantar service. Keja plak tetiba macam sedikit membukit. Dengan valuation of progress work lagi, contract document belum fotostat, tup tup kawan minta tolong buatkan tender estimation plak! Aduhhh... sempat ke sebelum khamis ni!!!

6. Ok bye, nak buat kerja.

Apr 19, 2011

Ketahuilah

Ketahuilah...



Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.
Allah SWT sudah menghitung air matamu.

Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa
berjalan begitu saja.
Allah SWT sedang menunggu bersamamu.

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu
hendak berbuat apa lagi..
Allah SWT sudah punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelpon.
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang..
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya
dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu
kelak.

Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu
tak terbalas.
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala
yang terbaik untukmu.

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan.
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan Allah SWT sedang
berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap
syukur.
Allah SWT telah memberkahimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap.
Allah SWT tahu.

Jika kau merasa diberkahi dengan artikel ini,
sampaikanlah kepada orang yang kamu sayangi!

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

Apr 17, 2011

Di Bawah Bulan Purnama

1. Malam ini bulan mengambang penuh, sangat indah menyimbah cahayanya ke segenap ceruk alam. Lama mendongak melihat bulan terang di celahan reranting kering pokok langsat kecil di tepi dapur hingga kedengaran Aisya memanggil. Sayangnya lagi, pemandangan indah dari sudut pandangan aku, tidak dapat dirakamkan kerana sah-sah tidak jadi dengan DSC T2 aku. :(

2. Dua tiga hari ini, cuaca sangat cantik. Langit biru, matahari memancar terang mulai 6.30 pagi lagi dan tenggelamnya selepas maghrib menjelang. Angin bertiup tenang dan terasa sungguh rugi bagi sesiapa yang hanya berkurung daripada menikmati keindahan cuaca. :)

3. Kereta perlu diservis dalam tempoh 2 minggu ini, setidak-tidaknya hampir ringgit malaysia dua ratus juga kena standby barangkali.

4. Keyboard laptop rosak, kena ganti baru. Tadi kedai dah call memaklumkan hal itu dan lagi ringgit malaysia seratus lapan puluh kena standby. Hai.. kena tangguh dululah nampaknya hasrat nak tinted kereta.

5. Sebenarnya, kalau disenaraikan betul-betul, segala perihal kehidupan itu semuanya dalam jangkaan belaka. Kereta, memang kena servis bulan ni. Laptop dah agak lama rosak. Hujung bulan ni dah lama rancang nak gi KL. Jam dah agak lama rosak dan perlu dibaiki. Oleh itu, diharapkan boss baik hati untuk mengawalkan gaji pada akhir bulan ni yer bossssss... :D

6. Hidup yang nampak tenang, jangan disangka tiada gelora yer. Oh yer... kenapa agaknya banyak dokumentari suka cerita pasal buaya? Sikit-sikit buaya, sikit-sikit buaya. Boring sungguh, sebab buaya adalah binatang yang sangat membosankan. Cuba gi tengok kat taman buaya, meniarap atas perus tak bergerak-gerak. Matapun tak nampak berkelip. Tunggu la berjam nak tengok ia bergerak. Bosan tau.

Ok, bye.

Apr 14, 2011

Bunga-bunga Matahari I

Nak upload banyak lagi tadi, tapi tak dapat dah. Tak per, akan dibuat version seterusnya bagi menonjolkan gambar-gambar bunga dalam kamera saya. Yang pertama ni, tak tahulah bunga aper namanya, bunganya cantik tapi sangat cepat layunya. Tumbuh secara meliar dan sendiri di tepi kaki lima rumah setelah pokok yang paling sulung telah mati.


Cantik kuningnya. Sangat. Lagi-lagi kalau tumbuh secara banyak dan subur, sungguh ceria laman rumahmu. Ini sejenis bunga matahari saya rasa. Benihnya dari bunga yang sudah kering seingat-ingat saya di ambil di rumah mak saudara di Batu Sembilan. Senang tumbuh dan ditanam seperti kita menabur benih bunga tahi ayam. :D


Pokok puding banyak jenis, dan banyak juga di sekitar rumah. Ini salah satu daripadanya. Bukan bunga sebenarnya sebab kebanyakan pokok puding tidak berbunga. Ini adalah kelopak daun-daun muda yang awalnya berwarna kuning dan berbentuk seperti kelopak bunga. Makin lama, ia akan membesar menjadi daun yang tua dan hijau. Kelopaknya yang besar itu boleh menakung air.


Ini saya suka. Selalu sahaja bila lalu di jalan dalam kawasan UniSZA, meliar sahaja mata mencari tukang kebun di situ. Sebabnya, nak mintak pokok bunga cina ini yang ditanam secara merenek di tepi jalan dekat bulatan selepas guard house di situ. Yang dalam pasu ini, di beli ketika berkunjung ke Cameron Highland dulu. Beberapa bulan membesar dengan subur, berbunga dengan sungguh banyak dan sangat cantik. Baunya pula, harum semerbak. Tapi sayang, selepas itu ianya sakit, dan mati.


Bunga orkid biasanya dikaitkan dengan orang-orang kaya. Cantik tapi tiada harumnya. Memang cantik dan bermacam-macam jenis pulak tu. Yang kuning ni, di rumah mak saudara. Jarang sangat berbunga tapi sekali berbunga, bunganya cantik, tahan lama tetapi tidak berbau. Saya suka tengok bunganya yang pelbagai, tapi saya tak suka tanam.

Apr 11, 2011

Orang Jauh Jangan Dirindu

Budi Setahun Segunung Intan




Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Teman dicari cik adik
Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra

Sirih sekapurlah abang
Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba

Takkan berusanglah abang
Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan

Apr 8, 2011

Jogging dan senamrobik

Pagi tadi, dalam suram-suram tanah, telah menjayakan azam malam tadi, iaitu untuk pergi jogging! Dan dapat pula bonusnya, iaitu tumpang dua kaki dengan dua tangan di tepi-tepi orang ramai yang bersenamrobik. Oh, sungguh berjaya pagi tadi aku habiskan...


Ok, azam untuk hari-hari seterusnya, sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu kena jogging. Mesti!


We will see.. ;)

Kemaafan di pohon secara sangat.

Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, anonymous FTP (yang paling tepat dan sesuai dengan situasi disini) ialah 'Proses yang membolehkan pengguna mendapatkan dokumen, fail, atur cara dan data-data lain yang telah dikumpul dari Internet tanpa memerlukan pengenalan pengguna dan kata laluan persendirian. Pengguna hanya perlu memasukkan pengenalan pengguna anonymous.'

Ok, faham sekarang apa yang ingin saya bebelkan di sini hari ini. Opss.. tiba-tiba teringat kata-kata seorang kawan, dia tidak suka dan tidak tahan mendengar orang membebel. Jadi, cara saya membebel adalah dalam bentuk penulisan, kalau nak baca, bacalah, kalau tak nak baca boleh tutup blog ini, se ka rang. :)

Bebelan seperti ini memberi anda pilihan samada hendak tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang isihati seseorang. Ok, ini juga tips bagi sesiapa sahaja yang suka membebel yer (sebab memang biasanya orang tak suka dengar bebelan-bebelan ni), tuliskan segala luahan hati, perasaan, atau apa sahaja dalam bentuk surat. Kemudian selitkan dalam poket kemeja suami ker, dalam kereta pakwe ker, atau dalam
pencil case anak-anak kita. Mana la tahu mereka berminat nak membacanya. Hehe...

Ok, ok.. back to the future, i mean back to you, yes, you, mr/mrs anonymous. :D

Kewujudan kamu sebenarnya, ada pro dan kontranya. Baiknya adalah ianya memudahkan kamu memberikan sebarang komen tanpa perlu register account di mana-mana. Dan juga kamu boleh menggunakan segala macam ayat-ayat psikologi, luahan isi hati, hentaman halus, atau macam-macam lagi kepada penulis tanpa perlu bimbang identiti kamu diketahui. Hakuna matata! Kamu tidak perlu bimbang, malah jika sipenulis seorang yang tidak kisah atau tidak ambil peduli komen-komen tentang penulisannya, tiada siapa yg rugi apa-apa.

Kontranya, pada suatu-suatu tahap, ianya secara perlahan akan mempengaruhi si penulis juga, contohnya seperti you, yes, you there, meninggalkan komen pada setiap entri tetapi tiba-tiba senyap. Atau sekiranya si penulis tahu biasanya siapa si anonymous tetapi tiba-tiba ada anonymous lain yang mencelah. Woohooo... situasi itu sangat berbahaya.


Kerana itulah ada sesetengah anonymous yang faham etika memberi komen dalam entri ini, :) , akan meletakkan nama samaran di hujung komennya. Supaya, si penulis mengecam dan boleh membalas komennya itu. :)



Jadi, kerana saya merasakan mungkin sudah ada beberapa anonymous di sini, makanya maaf dipohon secara sangat kerana terpaksa menandakan '' sahaja yang boleh memberikan komen, sekiranya ada dan sudilah bukan. Saya tidaklah mengharapkan sangat komen-komen ni, asalkan saya dapat menulis tanpa gangguan pun sudah mencukupi. Sebab saya sendiri suka menjadi silent reader di mana-mana, dan jarang menyudikan diri memberi komen, kecuali bila sesuatu entri seperti memaksa saya meninggalkan tapak di sana. :)


Dan sekiranya, kamu-kamu ada mahu meninggalkan komen personal pada saya, emailkan sahaja yer. ;)

Babai.

Apr 6, 2011

Kalau aku bukan QS

Aku tiba-tiba teringin nak menjadi archaeologist atau ahli kaji purba yang mengkaji prehistoric people and their cultures.

Kenapa tiba-tiba boleh memikirkan demikian?

Kerana ini,
Bangkai Dakota KN630.

Well, cer imagined kalau kita yang jumpa bangkai yang bukan sebarang bangkai ini. Ianya adalah rangka jet pejuang askar zaman sebelum merdeka yang jatuh terhempas di daerah Gua Musang, Kelantan pada 1950 dan telah disembunyikan oleh tentera British daripada pengganas Komunis ketika itu. Cerita selanjutnya di blog En.hazrey di sini, dan di sini juga. Mesti banyak cerita di sebaliknya yang bukan sekadar rangka, bangkai, dan apa-apa yang nampak di mata.

Mesti sangat mencabar, kan bagaimana dapat mereka jumpa rangka jet tersebut yang sudah berusia lebih dari 61 tahun!

Membayangkannya, mengingatkan aku bahawa dulu-dulu masa di zaman sekolah, subjek sejarah adalah subjek yang paling tidak aku gemari, tetapi terpaksa di ambil juga ketika di tingkatan 4. Sedangkan Geografi yang sangat aku suka, tiada dalam pilihan.

Kenapa aku tidak suka sejarah, aku rasa kerana ketika itu aku tidak cukup menghayati sejarah. Seperti sejarah kenapa kampung aku mendapat namanya sekarang. Itu namanya belajar untuk peperiksaan sahaja.. :((


Kalaulah aku minat sejarah dulu, aku rasa sekarang mesti aku tak masuk bidang aku sekarang. Aku masuk bidang ini pun, kerana dulu aku hanya terror bab kira-mengira. Hahaha... Haa, sampai la ni engkau, aku duk ngadap worksheet manjang. Mujur la dengan terror worksheet ni, aku sangat boleh mencari makan. :D



Ok sekarang, pergi baca sejarah Dakota KN630 dan minatilah sejarah. Babai.



Apr 4, 2011

Miss me?


Hey you, what are u doing? Do you miss me?

Rock and Ruler

Yes.... you rock, you rule..

And i am alone, in the office... If only all those pens, pencils, rulers, erasers, can talk... Err, mesti aku cabut dulu! Hahahaha....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...