1. Malam ini bulan mengambang penuh, sangat indah menyimbah cahayanya ke segenap ceruk alam. Lama mendongak melihat bulan terang di celahan reranting kering pokok langsat kecil di tepi dapur hingga kedengaran Aisya memanggil. Sayangnya lagi, pemandangan indah dari sudut pandangan aku, tidak dapat dirakamkan kerana sah-sah tidak jadi dengan DSC T2 aku. :(
2. Dua tiga hari ini, cuaca sangat cantik. Langit biru, matahari memancar terang mulai 6.30 pagi lagi dan tenggelamnya selepas maghrib menjelang. Angin bertiup tenang dan terasa sungguh rugi bagi sesiapa yang hanya berkurung daripada menikmati keindahan cuaca. :)
3. Kereta perlu diservis dalam tempoh 2 minggu ini, setidak-tidaknya hampir ringgit malaysia dua ratus juga kena standby barangkali.
4. Keyboard laptop rosak, kena ganti baru. Tadi kedai dah call memaklumkan hal itu dan lagi ringgit malaysia seratus lapan puluh kena standby. Hai.. kena tangguh dululah nampaknya hasrat nak tinted kereta.
5. Sebenarnya, kalau disenaraikan betul-betul, segala perihal kehidupan itu semuanya dalam jangkaan belaka. Kereta, memang kena servis bulan ni. Laptop dah agak lama rosak. Hujung bulan ni dah lama rancang nak gi KL. Jam dah agak lama rosak dan perlu dibaiki. Oleh itu, diharapkan boss baik hati untuk mengawalkan gaji pada akhir bulan ni yer bossssss... :D
6. Hidup yang nampak tenang, jangan disangka tiada gelora yer. Oh yer... kenapa agaknya banyak dokumentari suka cerita pasal buaya? Sikit-sikit buaya, sikit-sikit buaya. Boring sungguh, sebab buaya adalah binatang yang sangat membosankan. Cuba gi tengok kat taman buaya, meniarap atas perus tak bergerak-gerak. Matapun tak nampak berkelip. Tunggu la berjam nak tengok ia bergerak. Bosan tau.
Ok, bye.
No comments:
Post a Comment