Iklan

May 19, 2013

Tip Untuk Rawat Hati - Hargai Alam Semulajadi (Appreciate Mother Nature)

Bismillahirrahmanirrahim...


Salam dunia (dunia la sangat, padahal berapa orang jer baca blog ni.. haha..).  Tak per, untuk blog ini, perasan tahap gaban dibenarkan supaya dapat idea menulis. Lagipun bukan ke berangan-angan itu indah. Dalam angan-angan, kita boleh kemana sahaja dan berapa dalam situasi apa sahaja, tanpa perlu gigih mengumpul duit atau berkerja keras hingga peluh jatuh ke keting. Sambil belek majalah pun, kita dah boleh berada di dunia lain. Oh.. indahnya berangan.



Musim-musim panas, langit biru dan kekadang langit kelam tanda nak hujan tapi tak hujan-hujan ini, sesuai juga bercucuk tanam. Cumanya, kena rajin la skit (eh..banyak) menyiram pepohonan itu. Kalau tidak kesianlah mereka, akan mati kehausan la jawabnya. Tidak adalah dapat kita menuai hasilnya nanti. Pokok kacang ini, walaupun cuma beberapa pokok ditanam, sekali dikutip hasilnya boleh juga lebih kurang 40 urat. Tukang kutip yang agak rajin itu, akulah. Tapi tukang tengok mak menyiramnya, dan tukang tolong buka dan tutup paip, pun aku juga. Hehe... Agak-agak kan, kalau tanam sendiri, banyak pokok sikit dan sekali kutip dapat 100 urat sehari, sebulan dah dapat RM250. Letak dalam tabung jalan-jalan, best sangat dah tu. Tanam plak pokok timun batang serba sedikit. Fuhhh.... bestnya berangan banyak duit untuk jalan-jalan. Hahaha...




Dalam mak duk sibuk tanam pelbagai jenis sayur, aku plak 'tanam' pokok bunga kat kedai. Tanam sendiri (guna biji benih beli kat Jusco beberapa bulan lepas), tak tumbuh-tumbuh. Akhirnya... nah, bawak balik pokok siap dalam pasu gantung. Pagi-pagi, seronok je tengok bunga-bunga lipan bara yang berlapis-lapis dan warna warni tu kembang. Sejuk hati. Yang ni, siram sendiri sebab letak kat luar tingkap bilik. :D


Maka, terawat la sedikit hati yang tercalar.


Subhanallah. Maha Suci Allah.


May 15, 2013

Ini Benar-Benar Berlaku

Another true story about construction industry...



Sungguh, ianya kadangkala benar belaka...

May 14, 2013

I am a Quantity Surveyor (QS)

Biasanya, orang (yang bukan bidang pembinaan) akan terpinga-pinga.


"QS?? Kerja aper tu?"


"QS?? Macam QC ker?"


Sebenarnya.....


Hahahaha... paling best part jadi superman tu la, kononnya semua boleh buat dan siapkan dengan cepat.

Tapi, aku QS yang garang kot, baru jer beberapa minggu yg lepas aku marah orang jkr. Mulanya aku ingat aku sajer perasan yang aku marah, tup tup dia boleh plak bagitahu kontraktor yang aku marah-marah kat dia. 'Garang QS awak tu'. Oooo... betul la tu, aku marah dan aku garang. Hahahaha.....

May 12, 2013

Menjadi Ibu, Satu Anugerah Terindah

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah...

10 Perkara yang sentiasa boleh bawa bahagia dan sentiasa perlu ada dalam minda sedar sebab aku selalu jadi ralit dengan kebiasaan sehingga aku tidak sedar apa aku buat. (source : here)

1. Appreciate what you have - aku ada Dania Aisya, alhamdulillah

2. Focus on things that truly matter - that thing is my daughter, Dania Aisya

3. Define your own meaning of life, and pursue it -  ianya tentang kembali kepada hakikat, sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.

4. Embrace life's challenges - challenges? oh, jangan anggap bungee jumping sahaja cabaran paling hebat. Itu hanya cabaran hidup yang jelas, antara nak dan tak nak sahaja. What about challenge menghadapi seorang baby mengamuk tak nak buka kasut (bangun-bangun tidur terus pakai kasut sebab ternampak kasut dia kat tangga dapur), padahal tak mandi lagi, dah mandi tak nak pakai baju sumer, pegang pulak gayung tak nak lepas, hampir-hampir diketuk kepala mama dan papanya (errr... situasi last week, that baby is my nephew). Or what if, take it as a challenge to teach Math to Dania Aisya until she get 'A' in exam. Oh... too many challenges i can put in list when it comes about Dania Aisya. :)

5. Find the balance that allows you to be who you truly are - hmm, balancing.... balance... keseimbangan... nature... home...exercise... relatives, neighbours, friends...

6. Love your body enough to take care of it - yes, yang ini sedang berjalan, dengan lancar setakat ini.. alhamdulillah..

7. Limit your time with negative people - aura negatif, boleh berjangkit yer..sama seperti aura positif. alhamdulillah, kerana aku dikelilingi hampir orang yang sama setiap hari, aku sudah tahu bagaimana menepis aura negatif mereka daripada berjangkit pada aku. dan aku sentiasa beringat untuk ambil yang positif sahaja.

8. Treat others the way you want to be treated -dan untuk ini, always THINK POSITIVE!

9. Set a good example - Insya-Allah, aku cuba jadi contoh terbaik untuk Dania Aisya. Dan contoh terbaik untuk aku pula, learning from experience and sentiasa cuba buat yang terbaik, untuk menjadi ibu terbaik!

10. Accept what is, and live for the possibilities that lie ahead - yes, jangan fikir sesuatu yang tidak ada dan tidak tahu kepastiannya! Terima hidup ini seadanya, dan jalani ianya sebaiknya.


Aku, seorang anak kepada ibubapa yang masih ada denganku setiap hari. Seorang adik kepada abang dan kakak. Seorang kakak kepada seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Aku pernah menjadi seorang isteri. Aku pernah melahirkan. Dan ya.. aku seorang ibu. Apa lagi yang aku mahu. Syukur. Syukur. Syukur.

Alhamdulillah.


...dan kerana kamu, aku bergelar seorang IBU...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...