Iklan

May 19, 2013

Tip Untuk Rawat Hati - Hargai Alam Semulajadi (Appreciate Mother Nature)

Bismillahirrahmanirrahim...


Salam dunia (dunia la sangat, padahal berapa orang jer baca blog ni.. haha..).  Tak per, untuk blog ini, perasan tahap gaban dibenarkan supaya dapat idea menulis. Lagipun bukan ke berangan-angan itu indah. Dalam angan-angan, kita boleh kemana sahaja dan berapa dalam situasi apa sahaja, tanpa perlu gigih mengumpul duit atau berkerja keras hingga peluh jatuh ke keting. Sambil belek majalah pun, kita dah boleh berada di dunia lain. Oh.. indahnya berangan.



Musim-musim panas, langit biru dan kekadang langit kelam tanda nak hujan tapi tak hujan-hujan ini, sesuai juga bercucuk tanam. Cumanya, kena rajin la skit (eh..banyak) menyiram pepohonan itu. Kalau tidak kesianlah mereka, akan mati kehausan la jawabnya. Tidak adalah dapat kita menuai hasilnya nanti. Pokok kacang ini, walaupun cuma beberapa pokok ditanam, sekali dikutip hasilnya boleh juga lebih kurang 40 urat. Tukang kutip yang agak rajin itu, akulah. Tapi tukang tengok mak menyiramnya, dan tukang tolong buka dan tutup paip, pun aku juga. Hehe... Agak-agak kan, kalau tanam sendiri, banyak pokok sikit dan sekali kutip dapat 100 urat sehari, sebulan dah dapat RM250. Letak dalam tabung jalan-jalan, best sangat dah tu. Tanam plak pokok timun batang serba sedikit. Fuhhh.... bestnya berangan banyak duit untuk jalan-jalan. Hahaha...




Dalam mak duk sibuk tanam pelbagai jenis sayur, aku plak 'tanam' pokok bunga kat kedai. Tanam sendiri (guna biji benih beli kat Jusco beberapa bulan lepas), tak tumbuh-tumbuh. Akhirnya... nah, bawak balik pokok siap dalam pasu gantung. Pagi-pagi, seronok je tengok bunga-bunga lipan bara yang berlapis-lapis dan warna warni tu kembang. Sejuk hati. Yang ni, siram sendiri sebab letak kat luar tingkap bilik. :D


Maka, terawat la sedikit hati yang tercalar.


Subhanallah. Maha Suci Allah.


3 comments:

  1. tanam jugak sayur, sajer hobi, jual kat market. depa ambik separuh rega. hehehe...

    kira bulih la, dr sndri dok jual, kan.?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer la.... tanam sbg hobi jer, tk habis dr masak2 kt rumh, kita htr ke pasar, tolak harga borong... boleh la kan..

      Delete
    2. well, its good for mind therapy too.. kan...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...