Iklan

Aug 6, 2014

Syawal 1435H

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Salam aidilfitri semua. Aku tengah pulun baca unread entry yang hampir seratus dalam feedly aku. Jenguk blog kawan-kawan, yang masih berupdate walaupun raya. Aku? Cuti seminggu, seminggu juga la tak jenguk feedly atau mana-mana blog. Komputer hanya aku jenguk apabila anakanda buka untuk ulang tengok mana-mana movie. Tumpang tengok sekejap. Raya tahun ini, aku niat untuk meriahkan raya anakanda yang seorang. Maka aku layan dia berjalan dari hari pertama Syawal hingga hari ke empat. Biasanya? Hehe... biasanya raya pertama pergi rumah saudara-mara sebelah mak di kampung sebelah, raya kedua pergi rumah saudara-mara sebelah ayah di kampung kami. Dua hari jer raya kami. Tahun ni, tambah lagi 2 hari. Lagi pula, tahun ni baju raya Aisya terlebih banyak! Apapun, jom bercerita sambil layan gambar. Moh!


Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah, di Kuala Ibai, Terengganu. Gambar sebelum Ramadhan ketika menunggu anakanda habis kelas tusyen.

Seperti yang pernah diceritakan, dalam malas-malas aku nak buat biskut raya, terhasil juga 8 jenis biskut! Dalam gambar ni, ada 6 jenis.. lagi dua tak konon nk salut coklat la bagi cantik sikit (biskut samperit pandan) tapi sampai ke sudah terbiar dalam balang. Biskut makmur, sampai kesudah tak berbedak. Haishh.. malas itu masih ada. Oh.. bekas biskut raya rumah kami, saja kami beli stail gitu, kasi klasik sikit. Dah 3 tahun rasanya kami guna bekas tu. Balang-balang kaca, kami isi dengan kerepek-kerepek dan kekacang. (Eh.. tahun ni tak ada kacang!) Biskut putih yang ada coklat cip sebiji tu, aku kasi nama biskut mata terjojol. Asalnya biskut bunga cina, tapi sebab si Aisya terlebih pukul telur, maka adunan jadi lembik dan bila dibakar hilang habis kelopak-kelopak bunga. Jadi, untuk selamatkan keadaan, aku gentel-gentel kasi bulat, tekan coklat cip kat atas. Jadilah sebijik macam mata yang terjojol terkeluar dari soket mata. Hahaha...

Tahun ni, semua kerepek ditaja oleh adik lelaki aku yang dua kali ke Kuala Lumpur sepanjang Ramadhan, ikut kawan dia yang isterinya bekerja di Kelang. Sekali pergi, diborongnya kerepek macam-macam jenis kat kilang mana ntah. Kali kedua, pun dibawa balik kerepek. Dan baju raya dia sendiri. Raya tahun ni, pertama kali dia beli baju melayu yang sepasang, berharga lebih seratus, selepas dah bertahun la jugak dia tak beli baju melayu. Raya sakan dia tahun ni!

Sila.. sila... kat rumah kami, hanya air mineral sahaja dihidangkan. Hahaha.. Seperti tahun lepas, kami tak hidang air-air segera (air berkarbonat) kepada tetamu, walaupun yang datang budak-budak kecil hanya nak minta duit raya. Mak tak suka hidang air bergas ni kat tetamu, jadi kalau tahun-tahun dulu, selepas syawal ada berbotol-botol lagi air bergas dan bertahan berbulan-bulan sebab kami memang kurang gemar. Mulai tahun lepas, setiap kali tetamu datang, kami akan hidang air sunquick, kembali seperti masa dulu-dulu. 



Tahun ni, pertama kali selepas berpuluh tahun, kami ambil gambar ramai-ramai sekeluarga. Itupun ada alasan kukuh iaitu Qasyrina (berbaju labuh biru dalam gambar) nak buat kerja sekolah yang cikgu dia suruh, dengan menggunakan gambar keluarga. Kali terakhir kami mengambil gambar yang ada semua adik beradik dengan mak dan ayah (masa tu) ialah pada tahun 1982! Berpuluh-puluh tahun dulu! Bila dah besar, masing-masing dah macam malu nak bergambar beramai-ramai, walaupun selalu berkumpul bila raya. Gambar di atas, adalah semua cucu mak dan ayah. Sebelas orang semuanya, daripada 5 orang ibu. Adik lelaki aku belum kahwin. Tapi sebenarnya gambar tahun ni pun tak lengkap juga, masa kumpul ramai-ramai dengan ayah yang berbaju buruk balik daripada padang rumput, adik lelaki tak ada. Kemudian bila adik dah balik, ayah pula masuk mandi. Haishh...
Biasalah, selepas 4 hari bergelumang dengan rendang, ketupat, tapai pulut, nasi dagang, nasi minyak, nasi impit, dan macam-macam lagi hidangan raya, hari ke 5 dah mula teringin makanan segera. Kfc pun tak per walaupun selama ni jarang sangat mengidam kfc. McD, memang tak dah lama jenguk. Dulu tak der la boikot sangat, tapi memang jarang makan sebab ianya unhealthy food. Lagi-lagi hindarkan bila baca kes Jamie Oliver vs McD. Konon nak pi kfc, tapi terpandang kedai Papa Chop Mama Grill dekat depan istana Badariah. Makan spagheti lah, best jugak. Tup tup, itulah yang dapat. Aku gelarkan ia, spaghetti ala mee goreng bolehlah kan. Siap bertimun dan bertelur mata bagai. Ada seketul roti bulat yang tak tahu motif wujudnya. Sos bolognese, siap dibubuh telur juga. Langsung tak sedap! Patutlah tak ramai orang dah kat kedai tu, tak macam dulu-dulu. Aisya makan fish and chip, yang mana ikannya agak berminyak dan agak kehitaman, aku agak digoreng dalam minyak yang dah digoreng macam-macam. No more lainkali dah untuk kedai ini.

Semperna bulan kemerdekaan, aku letak jugalah sekeping gambar bunga kebangsaan ni yer. Tapi versi merah jampu terang. Cantik. Gambar diambil dekat Masjid Khalifah, di Jalan Pusara, yang aku singgah ketika hendak ke kenduri kahwin seorang teman. Bunga raya, sentiasa cantik pada mata aku. Klasik dan ada tarikan tersendiri. Semestinya yang warna merah terang lebih cantik dan klasik. Ingat lagi masa aku budak-budak, di depan rumah jiran yang aku panggil mok long, dekat dengan pintu ke telaga yang dipagari zink, ada sebatang pokok bunga raya yang tingginya melepasi kepala, batangnya sebesar.. hmm, sebesar lebih kurang 4 inci diameter, dan ianya selalu berbunga! Ianya macam pokok kelapa, batangnya kosong sahaja hingga ke atas baru ada dahan berselirat dengan daun-daun dan bunga-bunga. Itu pokok bunga raya yang paling aku ingat! Sekarang, tempat itu didirikan bangunan kedai. Tak ada lagi pokok bunga raya pujaan hati dan telaga tempat bermain.

Apa-apapun hidup mesti diteruskan. Nak boikot, boikotlah, tapi tanggungjawab tergalas jangan pula diabaikan. Jangan berdegar-degar berpung pang pok pek, tapi asap dihembus dari mulut tak putus-putus. Eh.. k, bye.

4 comments:

  1. Salam Aidilfitri Su dan anakanda mu juga seluruh keluarga.

    Rajin sungguh buat kuih raya.
    Teragak pulak nak rasa kuih samprit pandan sebab first time dengar.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri juga untuk lily anak beranak.

      Kena rajinkan diri, sebb tak mampu nk telan yg beli 'tunjuk-tunjuk' tu. Samperit pandan, tahun lepas pun su buat. Sebabnya, su suka kaler hijau biskut tu! Hehe...

      Eh, jemput la dtg rumah. Biskut tu sebalang tak disentuh pun lagi.. hahaha...

      Delete
  2. Aku dah tak rasa manisnya raya....mgkn sbb byk benda dah berubah / takde...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ko cakap (komen) ari tu la zam, meriahkan raya anak2. Raya ni jugak aku rasa perlunya eratkan balik hubungan saudara mara. Aku rasa, zaman skrg zaman sesama sepupu pun belum tentu kenal. Sedih la gitu.. kan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...