Bismillahirrahmanirrahim...
... macam nak raya, kata adik aku yang bakal bergelar suami orang.
'tak, ini lebih daripada nak raya!' sambung dia semula.
Aku dengan mak hanya gelak. Tapi sungguh, aku sendiri rasa untuk kali ini persiapan untuk berkenduri adalah sangat melebih-lebih. Padahal kenduri kononnya nak buat kecil sahaja, dengan jemputan sekitar 300 orang sahaja.
Tapi aku faham kenapa. Kami suka buat kenduri, menjamu orang makan-makan dirumah. Tapi dah lama sungguh tak buat. Seingat aku kali terakhir buat makan-makan adalah awal tahun lepas, sempena sambutan hari lahir Aisya yang ke 11. Itupun kami buat jamuan kecil sahaja dirumah untuk sekitar 40 orang tetamu, dan doa selamat dibuat disurau sahaja. Kami membungkus makanan untuk 30 orang dan ayah bawa ke surau. Pulut kuning dengan rendang ayam.
Jamuan dirumah biasanya dibuat pada bulan Ramadhan. Tapi itupun lama sungguh kami tak buat. Kenduri kahwin paling akhir dirumah kami ialah 8 tahun lepas, iaitu tahun 2006! Ini mungkin kenduri kahwin terakhir kat rumah ini. Hehe.. mungkin. Tempoh selepas menetap tarikh kenduri hingga ke hari besarnya, tak lama. Memang kami macam kelam kabut, sebab macam banyak sangat benda nak kena buat. Rumah nak dicat baru. Ada bahagian dinding yang perlu diganti. Adik lelaki nak tukar bilik dengan adik perempuan. Perabot bilik, kena ubah tempat. Almari kat dapur, yang buruk, tukar baru. Siling semua dicat baru.
Diluar rumah pula banyak pula ceritanya. Pokok naga yang di bahagian depan, yang dah teruk dijangkiti penyakit apa ntah, perlu dibuang. Kayu-kayu yang banyak bertambun-tambun yang boleh dipakai lagi, dikumpul. Yang hendak dijadikan kayu api untuk gulai kenduri nanti, dikumpul. Yang dah dimakan anai, yang reja-reja, aku jadi tukang bakarnya. Dah la pokok manggis tepi rumah sedang berpucuk baru, daun lama habis luruh. Selang sehari dah penuh daun kering di bawah pokok. Tin-tin, bekas plastik, kaca, besi-besi, dah berapa kali kami kumpul bakar, buang dan jual.
Tukang bakar sampah, again, akulah. Siap berpesan kat mak lagi sebelum pergi kerja, nanti biar aku yang bakar sampah dan kayu-kayu. Aku suka sangat kerja tu. Rasa puas hati kalau dapat nyalakan api dan tengok maraknya yang merah kuning!
Sejak bulan lepas lagi, setiap hujung minggu adalah hari bergotong royong. Seronok! Tapi letihnya usah dicakap. Bab-bab hantaran, belum siap apa pun lagi. Mak dah naik bimbang. Beli bunga-bunga, kat situlah dia duduk. Dalam plastik bawah katil. Tak sempat nak buat apa! Tambah lagi aku tengah banyak kerja. Hujung-hujung tahun ni la tiba-tiba itu nak ditender, ini nak ditender. Nak menyelit-nyelit cuti pun tak berapa nak sempat.
Bagaimanapun aku yakin, bila tiba masanya, semua akan siap dan meriah. Moga dipermudahkan. Amin.
Iklan
Dec 15, 2014
Dec 10, 2014
Reunion Ex-SMADG 1989 - 1993
Bismillahirrahmanirrahim
Entri ini tidak bergambar walaupun ianya tentang perjumpaan semula bekas pelajar Sek. Men. Agama Durian Guling tahun 89 - 93. Aku tak mengambil gambar sebarang satu pun. Aku lebih teruja berjumpa mereka-mereka yang masih kenal aku, biarpun aku di situ hanya sehingga 1991, 3 tahun yang masih mentah. Tingkatan 4 aku dah ke sekolah lain. Perjumpaan itu pula hanya melibatkan bekas pelajar tingkatan 1 1989 sahaja. Bukannya melibatkan seluruh tingkatan pada tahun tersebut seperti yang selalunya dibuat, yang memang aku tidak endah untuk hadir. Ianya pengalaman baru, pengalaman pertama.
Nak kata aku introvert atau antisosial, aku mengaku memang benar. Sekarang la tapinya. Dulu-dulu masa bersekolah di sekolah tersebut, aku berkawan dengan semua orang. Kawan-kawan baik aku merata kelas. Masa tu ada lima kelas. Tingkatan satu aku kelas 1A2, tingkatan 2 pun aku kelas 2A2. Cuma tingkatan tiga pada tahun 1991, sekolah itu tiba-tiba nak cuba asingkan kelas mengikut jantina. 3A1 dan 3A2 lelaki, 3A3 hingga 3A5 kelas perempuan. Aku kelas 3A3.
Sebenarnya dari awal lagi, biarpun telah memberi persetujuan untuk hadir, aku masih teragak-agak. Sungguh, aku macam nak kena tempuh suatu peristiwa besar, sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi! Entah berapa kali la juga aku bermimpi pasal perjumpaan itu. Padahal, jumpa kawan-kawan lama saja pun. Apekehal yang kecoh sangat, berdebar macam nak kena kahwin! Hahaha.... Sehinggakan bila dah bayar (yang aku rasakan agak mahal sebab aku kononnya nak pergi sorang jer pun), aku masih berkira-kira nak pergi ke tidak. Malah pada hari perjumpaan tersebut, memandangkan jarak rumah aku dengan tempat perjumpaan tak adalah jauh mana, jam 11 aku masih relaks kat rumah sambil fikir nak pergi ke tak. Aku segan.. hehe..
Tapi akhirnya aku pergi juga, dengan niat nak jumpa beberapa orang kawan yang pernah rapat dulu. Siti Zainab, Zawati, itu jer la pun. Bagaimanapun memang tak menyesal sungguh la aku pergi. Ramai yang masih ingat pada aku, kenal aku. Dan ramai lagi yang rapat dulu dengan aku, turut hadir dan masih boleh berborak dengan kecohnya dengan aku. Alhamdulillah. Siti Khadijah, Norliza, Engku Fatimah Nasuha, Fadzilah Majid. Jumpa dengan diaorang membuatkan aku terfikir, bagusnya kalau aku tak tukar sekolah dulu. Hehe...
Ya... kalau ditanya, pada tahun bilakah aku kalau boleh, nak undur ke belakang semula. Aku, kali ini akan yakin menjawab, tahun 1992 ketika tingkatan 4 di SMADG. Ketika aku di kelas 4 sastera arab, duduk sebelah Salmiah Sidik, dan belajar tentang puisi dan pantun.

Subscribe to:
Posts (Atom)