Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Lama sangat masa yang aku ambil untuk kembali ke blog kesayangan ini. Masih menjadi kesayangan kerana blog ini bagaikan pengingat untuk aku yang pelupa. Tulis diari, jangan haraplah di usia yang sekarang ini. Tetapi masih aku suka menulis, masih banyak idea untuk menulis melayang-layang dalam fikiran ini sepanjang masa. Cuma masa untuk meluahkannya dalam bentuk nyata ini sukar dicari. Masa itu hilang dengan banyaknya rutin yang perlu diladeni setiap hari.
Looking back to the older post, aku masih belum tukar bateri kereta. Bukan tak ingat, tapi mencari masa yang sesuai untuk ke kedai bateri adalah sukar. Sama dengan perancangan untuk membuang tinted kereta yang lama dan memasang tinted baru, sedangkan setiap hari aku menjeling tinted kereta di cermin belakang yang hodoh dengan gelembung udara bertaburan. Sakit hati setiap hari memandang, aku simpan senyap-senyap dalam kepala. Diluahkan pun, bukannya dapat menyelesaikan masalah. Aku kena bertindak dengan mengambil cuti sehari untuk menyelesaikan semua to do list yang tergendala itu. Bila? Aku sendiri tak tahu.
Kehidupan berumahtangga selepas setahun berkahwin, alhamdulillah. Tidak ada laut yang tidak bergelora. Si tukang kemudi haruslah pandai membawa kapalnya agar tidak karam. Begitulah ibaratnya sebuah rumahtangga. Aku, dengan sikap yang tidak pandai meluah. Si suami pula orang lama, yang sukar diubah tingkah laku. Sekarang pula sudah ada penarik perhatian yang beraja, my little baby boy Yusuf Firdaus! He is the king of our house! Kena settle kan dia dulu baru boleh buat kerja lain. Oh, ini pengalaman yang sangat perlu dicatatkan di sini. Pengalamana mengandung dan bersalin at the age of 39 going to be 40. Nanti aku buat entry khas untuk setiap satunya.
Sekarang, musim tengkujuh yang bermula lewat November. Hujan menderu tidak setiap hari dan adakalanya matahari memancar terang. Yusuf Firdaus yang lahir dipenghujung Ogos 2016 sudah cukup 3 bulan. Dia menjadi tumpuan semua sebagaimana kakaknya Dania Aisya juga pernah suatu ketika menarik perhatian semua. Till then, assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment