Iklan

Jul 29, 2008

Senyum..

Semenjak ahad yang lepas, aku rasa hidupku kembali ceria. Ceria sangat-sangat, hinggakan aku hampir senyum sepanjang masa. Senyum yang sampai ke telinga. Dan aku sedar, ada beberapa keadaan atau orang yang sangat mempengaruhi hidup aku. Biarpun selama ini aku sudah sedar akan pengaruh itu kepada situasi hari-hari yang aku lalui, aku tidak berapa menyukainya. Sebolehnya aku tidak mahu bergantung kepada sesiapa untuk mengceriakan hari-hari yang aku lalui, merancak perjalanan aktiviti harianku, atau menolak aku dari belakang sehari-hari! Bagaimanapun aku tidak dapat menafikan kali ini, betapa kehadiran insan-insan menambahkan 'senyum' aku untuk memulakan hari aku. Alhamdulillah.

So, just enjoy your day...!

Jul 26, 2008

Masa, masa, dan masa...

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak kerja tertangguh. Seperti masa yang ada tidak mengcukupi lagi untuk aku melaksanakan apa yang aku rancang. Mungkin juga kerana terlalu banyak yang dirancang untuk dibuat. Sedang masa masih juga begitu, 24 jam sehari tidak berubah biarpun sedetik.

Blog ini sudah begitu lama ditangguhkan untuk di'update'. Aku lebih asyik membaca blog-blog yang menarik perhatianku, bila saja ada masa terluang di hadapan pc. Biarpun kebelakangan ni aku jarang balik lewat (kalau selalu lewat pun biasanya kul 9 mlm aku pastikan aku sudah mengunci pintu opis), aku masih tidak melakukan apa-apa di rumah melainkan melayan Dania dan tidur awal. Mungkin juga kerana keletihan memandu jauh dan malam baru-baru ni, lambat pulih. Ditambah pula, hampir setiap hari aku sibuk menaip tender yang perlu dihantar bulan ogos nanti. Jadi, letih yang tidak terasa di siang hari, baru terasa sebaik sahaja aku menjejak kaki di muka pintu dapur (aku biasa masuk ke rumah melalui pintu dapur, yang mengadap ke depan juga).

Letih juga memikirkan kenapa sejak akhir-akhir ini, diri bagai di cabar-cabar untuk melontarkan ayat-ayat yang 'kurang ajar', yang tidak mempedulikan perasaan orang sekeliling dan barangkali yang boleh mengundang perbalahan! Tetapi, seperti biasa.. biarpun hati di dalam sakitnya kerana memendam rasa, aku masih bertahan supaya tidak berbuat demikian. Sabar jer...

Jun 30, 2008

Hati jadi sakit bila perasaan tidak terluah..

Last friday, aku pegi kuala lumpur dengan kawan-kawan. Rancangan asal, nak shopping dan release tension..tapi, seperti biasa apa yang dirancang, jarang menjadi seperti yang diharapkan. Daripada nak enjoy, jadi sakit hati, jiwa dan perasaan. Itu pun aku still pujuk hati supaya enjoy the time without thinking anything. Kosongkan fikiran, dan lalui hari-hari itu dengan gembira. But still, dalam keriangan yang terlihat di wajah, hati di dalam bagai tertusuk duri.

Hari ini, aku jumpa dengan 2 blog yang sangat menarik hatiku. Satu, blog seorang student malaysia yang belajar di oversea. Aku jumpa petang semalam, tapi baru hari ini sempat baca. Memang 'syok' baca blog dia. Bukan sahaja banyak ilmu kita boleh dapat, malah cerita-cerita dia tentang keluarganya membuatkan kita terbayang-bayang apa yang di baca. Dan yang kedua, blog seorang kawan lama. Sebenarnya sudah lama aku berhajat hendak mencari sahabat aku ini melalui internet. Bagaimanapun, asyik tertangguh ajer! Dan hari ini, taip jer nama dia, aku dapat tahu serba sedikit kehidupan yang dia lalui sekarang. Memang aku merindui sahabat lama aku itu. Hinggakan kekadang, ada waktu-waktunya dia muncul dalam mimpi aku. Dia satu-satunya kawan yang tidak pernah lupa kawan yang pernah aku jumpa.

Alamakkk.. aku kena isi tender. Kalu tak, nanti last minute kelam kabut!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...