Bismillahirrahmanirrahim...
Aku rasa semua orang tahu rasanya apabila suatu kebiasaan atau rutin harian kita tiba-tiba bertukar. Mesti rasa macam ada jer benda tak kena, ataupun macam rutin harian kita tidak lengkap. Itu yang aku rasakan sekarang, sejak semalam. Walaupun makan masih jadi kenyang, tidur pun lena jer, dan semestinya mandi memanglah basah, kan. Tapi tetap aku rasa seperti ada yang tidak kena. Seolah-olah aku hendak jer mengomel sepanjang masa, 'Ish.. pesal rasa cam tak kena jer ni?'. Tu pun, dah mengomel sikit-sikit, dan aku rasa kalau banyak lagi, sah-sah Nur pun mungkin termuntah hijau.. hahaha...
Iklan
Jan 15, 2009
Jan 12, 2009
Sambungan 'Aku yang pelik?'..

Bismillahirrahmanirrahim...
Ni sebenarnya pengaruh daripada blog-blog yang aku baca yang selalu membuat entri bersambung-sambung sehingga beberapa episod. Jadi, ini boleh dikatakan episod ke-2, kisah 'Aku yang pelik'. Hehe.. Ok la tu. Tak der idea pun sangat ni, sementara menunggu waktu untuk tidur. Nak tidur awal-awal, takut nanti terlebih tidur seterusnya jadi bertambah-tambah lemah badan ini. Karang esok, belum jam 1 tengahari dah mula mengantuk. Jadi, waktu tidur yang dibenarkan, ialah jam 11.30 mlm. Paling lewat, 12.00 tengah malam.
Ok, selain suka tengok awan, aku suka bau rumput yang baru dimesin. Wangi sangat! Ceritanya bermula ketika aku di tingkatan 3, di SMADG (sekarang SMAKDG). Masa tu, kelas aku di tingkat 3, kelas paling hujung sebelum stor dan tandas. Bangunan itu pula adalah yang paling hujung sekali, tepi pagar sekolah. Dibelakang, padang bola dan dekat dengan asrama lelaki. Aku duduk berhampiran tingkap di dalam kelas. Sebenarnya tidak jauh daripada pagar sekolah itu, di sebelah luar sana, ada tempat orang membela ayam daging. Tahu ajer la, dengan ayam beratus-ratus ekor itu. Mesti sesekali datang bau busuk tahi ayam dan makanan ayam segala bagai lagi.
Akan tetapi entah macamana suatu hari aku terbau sesuatu yang wangi. Bau yang datang di bawa angin. Aku terfikir juga, bau aper agaknya tu. Semestinya bila tanya kawan-kawan, diaorg cakap pasal bau busuk reban ayam. Tapi, hidung aku tetap menghidu sesuatu yang wangi. Bila disiasat-siasat, rupa-rupanya ada orang memesin rumput di bawah sana, dan bau rumput yang dimesin itu datang di bawa angin. Aku memang pasti sebab selepas itu jika aku terserempak dengan pekerja bandaran memesin rumput ditepi jalan, aku akan tercium bau wangi rumput yang dimesin itu.
Ada ker orang perasan tentang bau wangi rumput yang baru dimesin ek, selain hidung aku ni? Hmmm... Ataupun mungkin sebab otak aku memang dah disetkan setiap kali tercium bau rumput, ianya adalah bau wangi, bukan busuk atau tidak berbau apa-apa. Ataupun hidung aku ada deria tambahan, deria bau wangi rumput, dan boleh mengatasi bau busuk reban ayam.. Banyak lagi boleh buat analisis kemungkinan dan kebarangkaliannya ni.. Hmmm...
Kenapa agaknya yer?
Bismillahirrahmanirrahim...
Kebelakangan ini, jalan-jalan utama di sekitar Kuala Terengganu sentiasa mengalami kesesakan yang agak hebat. Ianya agak ketara di jalan-jalan yang sebelum ini jarang mengalami kesesakan. Kalau di jalan yang dah biasa dengan kesesakan pada waktu-waktu puncak, waktu pulang dari kerja misalnya, ianya bertambah-bertambah lagi. Yer.. semua orang tahu, seluruh warga Malaysia khasnya rakyat Terengganu sangat maklum tentang Pilihanraya Kecil P036 di Kuala Terengganu akan berlangsung pada 17hb. Januari nanti. Jadi, kesesakan jalan raya bertambah-tambah sejak hari percalonan dan semua parti sedang berkempen. Tapi, takkan la pilihanraya itu dibuat ditengah jalan? Apa kaitan jalanraya dengan pilihanraya, kecuali dua-dua perkataan itu ada perkataan raya? Hehe..
Aku biasanya suka mengambil tahu berapa minit waktu yang aku habiskan untuk sampai ke pejabat dari rumah. Biasanya aku cuma merujuk kepada jam di 'dashboard' kereta. Misal, jam 7.59 pagi aku bertolak dari rumah. Aku akan sampai di pejabat tepat jam 8.13 pagi. Jadi, lebih kurang 14 minit jer masa yang diperlukan dari rumah ke pejabat. Mungkin akan menjadi 18 minit sehingga 20 minit sekiranya terserempak dengan kereta yang macam siput (dibawa 40km/j) atau kebetulan semua traffic light menjadi merah ketika aku melaluinya.
Aku mempunyai 2 pilihan laluan yang boleh membawa aku ke pejabat. Satu melalui Pengadang Baru di mana aku kena menempuh 5 traffic light. Jalan itu kurang sibuk dan aku boleh memecut laju kecuali di sekitar Kg. Gelugor dan sekiranya kesemua traffic light itu bertukar merah setiap kali aku melaluinya. Di antara traffic light Kubang Parit dan Simpang Tokku, biasanya mengambil masa 2 atau 3 minit sahaja. Tetapi, kebelakangan ini, masa 2 atau 3 minit menjadi hampir 20 minit! Itu pengalaman aku beberapa hari lepas. Kononnya untuk mengelakkan jam di laluan alternatif.
Alternatif kedua itu, melalui Pasir Panjang. Aku kena menempuh 7 traffic light! Dan jalan itu agak sibuk kerana 'siput-siput' dan sekolah. Merujuk kepada Google Maps, jaraknya cuma 9.0km dan hanya 11 minit sahaja masa yang diambil sekiranya kita memandu. Sementara alternatif pertama yang kurang sibuk tadi, hanya 12 minit untuk jarak 10.2km. Aku pun baru tahu tu! Hahaha...
Tapi, semalam (ahad) aku telah mengambil masa hampir 25 minit hanya dari Kg. Bukit Bayas melalui Pasir Panjang untuk sampai ke pejabat yang sepatutnya 5 minit sahaja untuk jarak 3.5 km itu!
Ini yang sangat menghairankan aku! Nak kata, pilihanraya dibuat tengah jalan, memang ler tak, kan. Nak kata, semua orang tiba-tiba membeli kereta, di mana semua yang menunggang motosikal dah mula memandu ke pejabat, rasanya agak mustahil untuk tempoh yang singkat ini. Dan rasanya juga aku masih melihat motosikal di mana-mana. Nak kata, tiba-tiba bilangan rakyat kuala terengganu bertambah, takkan la pulak dalam masa sebulan semua yang dilahirkan dah boleh memandu kereta! Hmmm.. pelik ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)