Iklan
Jan 12, 2009
Sambungan 'Aku yang pelik?'..
Bismillahirrahmanirrahim...
Ni sebenarnya pengaruh daripada blog-blog yang aku baca yang selalu membuat entri bersambung-sambung sehingga beberapa episod. Jadi, ini boleh dikatakan episod ke-2, kisah 'Aku yang pelik'. Hehe.. Ok la tu. Tak der idea pun sangat ni, sementara menunggu waktu untuk tidur. Nak tidur awal-awal, takut nanti terlebih tidur seterusnya jadi bertambah-tambah lemah badan ini. Karang esok, belum jam 1 tengahari dah mula mengantuk. Jadi, waktu tidur yang dibenarkan, ialah jam 11.30 mlm. Paling lewat, 12.00 tengah malam.
Ok, selain suka tengok awan, aku suka bau rumput yang baru dimesin. Wangi sangat! Ceritanya bermula ketika aku di tingkatan 3, di SMADG (sekarang SMAKDG). Masa tu, kelas aku di tingkat 3, kelas paling hujung sebelum stor dan tandas. Bangunan itu pula adalah yang paling hujung sekali, tepi pagar sekolah. Dibelakang, padang bola dan dekat dengan asrama lelaki. Aku duduk berhampiran tingkap di dalam kelas. Sebenarnya tidak jauh daripada pagar sekolah itu, di sebelah luar sana, ada tempat orang membela ayam daging. Tahu ajer la, dengan ayam beratus-ratus ekor itu. Mesti sesekali datang bau busuk tahi ayam dan makanan ayam segala bagai lagi.
Akan tetapi entah macamana suatu hari aku terbau sesuatu yang wangi. Bau yang datang di bawa angin. Aku terfikir juga, bau aper agaknya tu. Semestinya bila tanya kawan-kawan, diaorg cakap pasal bau busuk reban ayam. Tapi, hidung aku tetap menghidu sesuatu yang wangi. Bila disiasat-siasat, rupa-rupanya ada orang memesin rumput di bawah sana, dan bau rumput yang dimesin itu datang di bawa angin. Aku memang pasti sebab selepas itu jika aku terserempak dengan pekerja bandaran memesin rumput ditepi jalan, aku akan tercium bau wangi rumput yang dimesin itu.
Ada ker orang perasan tentang bau wangi rumput yang baru dimesin ek, selain hidung aku ni? Hmmm... Ataupun mungkin sebab otak aku memang dah disetkan setiap kali tercium bau rumput, ianya adalah bau wangi, bukan busuk atau tidak berbau apa-apa. Ataupun hidung aku ada deria tambahan, deria bau wangi rumput, dan boleh mengatasi bau busuk reban ayam.. Banyak lagi boleh buat analisis kemungkinan dan kebarangkaliannya ni.. Hmmm...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment