Bismillahirrahmanirrahim..
Aku tak tahu nak taip apa malam ni. Jadi, apa kata malam ni aku memperkenalkan diri aku plak. :D Yang mungkin orang kenal, dan mungkin tidak kenal. Yer.. aku perempuan. Hehe.. dah pakai tudung kat profile picture tu kan, takkan la lelaki pulak. Aku berstatus ibu tunggal kepada seorang anak perempuan, berumur 6 tahun. Nama dia, Dania Aisya. Ada waktu-waktunya aku panggil Aisya, terkadang aku panggil dengan panggilan sejak kecil, Dania. Kerana kehadiran Aisya, hidup aku banyak berubah dari segala segi. Dari segi tanggungjawab sebagai ibu dan anak, dari segi pengurusan masa dan diri serta anak, dari segi pengertian tentang kehidupan, kesabaran, ketabahan, kekuatan dan segalanya. Sekarang, kerana Aisya aku sedang belajar menjadi ibu kepada seorang budak sekolah.
Hmm.. kalau dulu selalu orang kata aku pelik. Kenapa yer? Jiwa aku pelik sedikit kot. Tapi, sekarang aku ada la jumpa orang-orang yang macam aku. Antara adik-beradik, aku la yang paling sensitif barangkali. Dari kecik, cepat ajer menangis dan terasa. Tetapi, setiap kali terasa, aku tidak pandai untuk meluahkan. Itu dulu-dulu la. Masa budak-budak. Hehe... Sekarang, aku cuba belajar apa sahaja yang aku rasa tidak baik dalam diri aku.
Oh yer.. aku suka benda yang pelik-pelik. Itu maksud orang kata aku pelik kot. Aku suka tengok awan. Ia membuatkan aku terasa sungguh tenang. Mungkin juga aku terbawa-bawa dengan watak daripada buku cerita yang suka tengok awan dan membandingkannya dengan bermacam-macam benda. Contohnya.. bentuk awan yang mungkin kelihatan seperti kereta. Masa kecik dulu, aku pernah tidur di atas tilam yang dijemur emak, yang telah diteduhkan oleh bayang rumah. Tilam itu emak letak atas kayu yang berpalang-palang dan seperti meja panjang berbentuk segi empat tepat. Aku asyik melihat awan sehingga terlena dan terjaga apabila simbahan matahari mula mengena muka. Aku juga suka baring di atas tikar yang diletakkan di atas jerami padi yang ditimbunkan setempat berhampiran dengan emak dan ayah berbanting padi di bendang. Sungguh seronok melihat awan bergerak, perlahan-lahan berpecah dan hilang, atau membentuk pelbagai rupa...
Bersambung... nak tido dah la...
KU INGIN TERBANG SETINGGI AWAN....
ReplyDeleteAWAN DANIA...BEST CITE TU...
asalam...,
ReplyDeleteapa kata; selain dari tengok awan, aya yus tengok juga suasana semasa
'sunset' dan 'sunrise' dan juga di waktu bulan 'mengambang' penoh
terima kasih