Iklan

Jan 1, 2009

Selamat Tahun Baru dan Selamat Hari Jadi Dania Aisya


Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ini permulaan tahun baru 2009. Hari ini juga hari pendaftaran Dania Aisya bagi memasuki darjah 1 di sekolah yang berhampiran. Jaraknya hanya mungkin 2 minit sahaja dari rumah dengan motosikal. Letaknya di kampung sebelah. Kesemua kami 6 beradik memulakan persekolahan di situ dari darjah 1 sehingga darjah 6. Kalau dulu kami semua berbasikal ke sekolah, dan ada sekekali jalan kaki sahaja kerana malas hendak menunggu kakak atau abang yang pulang lewat sedikit. Tapi, pada zaman sekarang, aku tidak rasa yang aku cukup berani hendak membenarkan Aisya berbasikal ke sekolah. Macam-macam kes sekarang yang kita dengar di mana-mana, yang melibatkan budak sekolah, yang juga sangat susah untuk kita dengar sekitar 80-an dulu. Dan kerana itu, aku pasti kali ini pemergian Aisya ke sekolah akan dihantar samada oleh aku atau ayah, dan pulangnya pula berjemput samada oleh ayah atau cik atau kak long.

Permulaan hari pembukaan tahun ini bermula dengan baik apabila segalanya berjalan dengan lancar. Selepas pendaftaran, ke bank, kemudian ke klinik gigi, singgah di Avon dan kemudian singgah lagi membeli nasi beriani sebelum tiba dirumah. Makan sebelum pergi ke pejabat kerana lapar. Awal pagi tadi makan roti bakar jer sekeping. Masuk opis ketika jam tepat 12 tengahari.

Hari ini juga, hari jadi Aisya yang ke-6. Semalam dah beli hadiah. Hadiah biasa jer tahun ni. Ingat nak beli teddy bear besar, tapi mahal sangat. Rasa cam membazir plak. Silap tak beli masa pergi Ayer Hitam baru ni. Rasanya ada nampak yang murah dan besar. Tak per la, lain tahun boleh beli. Yang penting, ahad ni dia akan memulakan persekolahan dan petang ni aku nak pergi beli kek untuk dia. Dia pun lupa tu hari ini hari jadi dia. Dia langsung tidak menyebutnya tadi.

5 comments:

  1. Happy besday Dania Aisya...emmm ari tu Cik Ain tengok rambut Dania dah panjang. Lawa, ikal2 mayang mengurai tapi nampak jarang sangat. Mama Nia kene rajin-rajin sapukan minyak Johnson tau, nanti rambut lebat. Satu lagi, lepas mandi, Mama Nia jgn lupa sapukan minyak yang sama keseluruh badan Dania supaya kulit dia cantik. Dania belajar elok-elok tau, Cik Ain tahu Dania ni pandai macam mama dia....

    ReplyDelete
  2. biar aisya jadi sehebat mama atau lebih hebat kan mama? *kalu nama aisya selalunye cantik tau

    ReplyDelete
  3. i agree your idea ! very nice blog

    ReplyDelete
  4. Good Blog, I think I want to find me, I will tell my other friends, on all

    ReplyDelete
  5. Good Blog, I think I want to find me, I will tell my other friends, on all

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...