Iklan

Jan 19, 2009

Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu (17hb. Januari 2009)

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku juga tidak mahu ketinggalan sebenarnya menulis tentang ini. Tambahan plak la kan, aku kan tinggal di sini. Walaupun aku tidak mengundi kerana aku tidak tinggal di salah satu Dun yang kena mengundi, tapi hari-hari aku berulang alik di bawah teduhan dan kibaran bendera-bendera hijau dan biru itu. Dan hari-hari aku juga, kena menempuh kesesakkan yang panjang.

Seronok mendengar kisah kawan-kawan yang pergi mengundi. Yer la, pilihanraya kecil ni, kena pada masa dan tempat yang terpilih sahaja. Hari itu, Permatang Pauh gamat. Sekarang Kuala Terengganu menjadi tumpuan. Macam berhari raya pun ada. Lebih hebat pun mungkin juga. Lebih-lebih lagi di pusat mengundi.

Ahad lepas, pagi-pagi di tempat kerja, sudah riuh dengar pengalaman diaorang yang pergi mengundi. Senyum lebar usah dikira lagi. Mungkin yang disokong sudah menang. Aku dan yang lain yang bukan pengundi hanya tumpang seronok, tumpang teruja. Kata diaorang, rasa macam artis pun ada. Disambut dengan huluran tangan-tangan untuk bersalaman sebaik sahaja turun dari kereta. Macam-macam bisikan pula kedengaran oleh peraih undi. Itu tidak termasuk lagi pandangan-pandangan yang tidak menyenangkan oleh beberapa pihak yang kononnya menyangka mereka ini penyokong lawan. Haa.. itu 'perception' yang tidak sepatutnya ada. Jangan disangka yang berseluar jeans dan berbaju t-shirt biasa tidak menyokong pembangkang dan jangan pula dianggap yang berkempen kehulur kehilir membawa bendera biru itu memangkah kotak pemerintah. Sekarang, tiada yang mustahil.

Oh yer, ada seorang kawan bercerita baru-baru ini. Suatu hari ketika dia sedang menunggu keretanya yang sedang dibaiki siap, seorang yang agak berumur mendekati dan berkata, 'Sekarang ni, jangan dipercayai sangat yang berjubah labuh, atau yang berpurdah semua tu. Mereka tak semestinya baik'. Yer.. dia sedang berkempen sebenarnya. Tapi, untuk statement itu, kena fikir sendiri la kan..

1 comment:

  1. Tajuk paling menaikkan semangat ambe pagi-pagi nie...(semangat politik skit2)

    Mengundi pada 17hb. baru nie adalah peristiwa paling manis yg begitu sukar nok dilupakan...masa tu baru ambe tahu betapa pentingnya undi ambe nie...disambut oleh puluhan ribu peraih undi dan di arak bagai artis walaupun bukan artis...di sorak bagai bintang sukan yang baru menang...teruja sungguh ambe ari tu...

    UMNO atau PAS itulah yg bermain di fikiran seorang pengundi pada 17hb. tersebut...tp yg pastinya masing2 sudah membuat pilihan yg tepat sebelum memangkah mengikut naluri dan kemahuan tersendiri...bukan paksaan tapi kemahuan dan perjuangan dalam meniti hidup walaupun terselindung di sebalik kesibukan masing2...

    Bukan kemajuan dan kemodenan yang di cari tapi sedikit ruang untuk bernafas...yang kaya semakin kaya dan yang susah semakin susah...tp peringatan kpd yang susah tu jangan terlalu mengharap huluran drp tangan diatas...kalu kita dok bgerak sendiri mana buleh kita mencari makanan...dok guna kalu duduk merungut jer...

    Yang pastinya pada 17hb. Januari 2009 Kuala Terengganu menjadi tumpuan dan akhirnya Kuala Terengganu menjadi milik pembangkang...dan memberi satu ingatan yang besar kepada UMNO...

    Itulah pilihan rakyat Kuala Terengganu kite...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...