Iklan

Jan 5, 2009

Menjadi ibu kepada seorang budak sekolah?

Bismillahirrahmanirrahim..

Jika difikir-fikirkan, rasa semacam tidak percaya Dania Aisya sudah menjengah 6 tahun, dan mula bergelar pelajar darjah 1. Bermacam-macam perasaan ada sebenarnya, yang cuba dikawal dan disorokkan. Biarpun sudah ada pengalaman mendaftarkan dan menghantar dia di hari pertama di tadika, perasaan kali ini sangat berbeza. Kalau tadika, pelajarnya tidak ramai. Kawasan juga hanya sekitar rumah teres setingkat corner lot itu. Boleh juga berpesan kepada cikgunya supaya menelefon sekiranya ada apa-apa masalah.

Tapi, kali ini, dengan bilangan pelajar yang sebegitu ramai, di sebuah sekolah yang punya kawasan yang luas, kebimbangan itu sangat terasa. Aku masih tidak terasa risaunya sebelum sampai disekolah pagi kelmarin. Oh yer, disini persekolahan bagi penggal ini bermula kelmarin, ahad 4hb. Januari. Bila sampai disekolah, melihat ibu-ibu dan ayah-ayah yang menghantar anak-anak masing-masing, perasaan aku sudah tidak tenteram. Aku bimbang Aisya menangis, tapi dia sungguh tenang! Hanya hati aku jer yang berdebak-debuk. Dan paling ketara kebimbangan aku, bila hanya tinggal aku yang masih meninjau kelas Aisya sedangkan kesemua ibu-ibu dan bapa-bapa pelajar yang lain sudah beransur pulang, dan ada yang masih berborak-borak sesama mereka jauh daripada kelas Aisya.

Aduhhh.. kononnya, aku juga yang berkata kepada cik bila dia memberitahu bahawa kebanyakkan ibu bapa menunggu anak-anak mereka di hari pertama, 'Buat apa ditunggu? Biar jer la'. Akhirnya, aku sendiri yang menunggu, dan hanya aku! Apalagi, mak dan cik pakat gelakkan aku bila aku ceritakan kepada mereka. Aku teringat cerita FBI di hot fm yang menghantar anaknya ke sekolah hari ini, yang aku dengar pagi tadi di radio. Dia sangat teruja! Nampaknya memang ibu bapa yang lebih berdebar-debar daripada anak yang bakal bersekolah itu sendiri. Hahaha...

Bagaimanapun, sebagaimana hari pertama di sekolah, hari ini juga berjalan lancar bagi Aisya. Dia nampak suka bersekolah dan bersemangat. Aku harap, dia juga seperti aku dulu-dulu. Betul... aku dulu sangat tidak suka ponteng sekolah. Kalau boleh demam sikit-sikit pun nak pergi sekolah juga. Sebab, di sekolah ada kawan-kawan. Tapi, perangai itu berubah apabila aku tinggal di asrama. Dah la aku jadi gemuk, pemalas pun yer jugak. Kekadang sajer jer cari alasan nak ponteng sekolah. Tapi, kekadang ajer la. Kalau tidak takkan boleh masuk universiti, dan masuk universiti lagi. ;)

3 comments:

  1. NAK SCHOOL BALIK....NAK DAPAT 5A

    ReplyDelete
  2. kak su..best tak amsuk sekolah?..heheheheh...semoga dania belajar rajin2..:)

    ReplyDelete
  3. thnx ila.. ksu tgh risau gak ni. Nampknya kena lebih rajin bila dh jadi mama kepd budak sekolah.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...