Iklan

Jan 6, 2009

Begini rupanya kerisauan seorang ibu kepada seorang anak yang mula bersekolah

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku sebenarnya sangat bimbang. Tentang Aisya yang mudah lupa apa yang diajar kepada dia. Mungkin kerisauan ini tidak berasas pada sesetengah orang kerana ini barangkali adalah perkara biasa bagi yang telah merasainya. Lagipun, Aisya masih baru di sekolah, dan umurnya juga masih muda. Sedikit-sedikit pasti dia boleh. Itu kata orang untuk menenangkan aku. Lagipun, kata mereka, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!

Aku juga mula sedar, tanggungjawab sebagai ibu kepada anak yang bersekolah nampaknya lebih berat lagi daripada sebelumnya. Semestinya setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik untuk anak mereka, kan. Malam tadi juga, aku sudah mula menunjuk ajar Aisya tentang sedikit 'homework'nya. Aku sedar, aku agak garang. Nampaknya aku perlu menjadi seorang ibu yang lebih banyak sabarnya.

Sekarang, bukan Aisya sahaja yang perlu menyesuaikan diri dengan persekolahan. Aku juga perlu mengubah banyak perkara. Tentang diri aku. Tentang keyakinan aku. Tentang keberanian. Juga tentang tanggungjawab semestinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...