Iklan

Jan 25, 2009

Aku terasa hendak sangat menulis hari ini, dan aku menulis disini

Bismillahirrahmanirrahim...

Oh yer.. perkataan menulis di atas boleh ditukar dengan perkataan 'menaip' yer. Tajuk itu menjadi begitu kerana aku rasa adalah tidak sesuai tajuk 'Aku terasa hendak sangat menaip hari ini, dan aku menaip disini'. Kenapa. Kerana menaip itu banyak maksudnya. (Bukan ker menulis pun banyak maksudnya?). Tapi, bagi aku kalu aku hendak menaip, aku boleh menaip banyak benda menggunakan komputer ini. Membuat borang-borang yang akan digunakan untuk ISO juga, boleh dikategorikan menaip walaupun menggunakan perisian Microsoft Excel. Mengarang surat-surat kepada klien juga pun dikategorikan sebagai menaip. Jadi, maksud menulis diatas aku ertikan sebagai mengarang atau meluahkan apa yang aku rasakan atau ingin aku kongsikan bersama anda semua yer, yang membaca blog ini. Terima kasih.

Hehe.. Ntah aper2 intro entri ini ek. Ni semua akibat daripada kemerepekan bercerita bersama teman-teman la ni. Dan biasanya aku boleh merepek begini bersama Wani yer. Wani sangat pandai merepek begini. Bukan kerepek yer, m.e.r.e.p.e.k. :D

Ok, serius.

Hari ini apa yang aku baca di suratkhabar ialah perihal 'blog'. Selepas mengambil masa yang berjam-jam menghabiskan 2 jenis suratkhabar, aku terfikir untuk mengulas tentang tajuk itu. Ada 3 tajuk tentang itu hari ini. Entah kebetulan apa, tetapi itulah yang berlaku.

Pertamanya tentang blog yang dianggap oleh tuan punya blog sebagai glamor ataupun popular. Keduanya tentang blog yang memberikan pulangan lumayan. Aku sangat tidak berminat tentang ini, kerana ianya seperti direct selling menggunakan media internet. Jadi, aku tidak begitu mengambil berat untuk membacanya secara detail. Dan yang ketiga, pendapat seorang penulis tentang 'Melahirkan bloggers bertanggungjawab'.

Penulis yang pertama hanya memberikan pendapatnya tentang blog yang bagaimana sebenarnya lebih sesuai di baca walaupun tidak popular. Yer, ianya semestinya tentang pengisian maklumat, yang dikongsi oleh blogger dan bukannya sesuatu yang mengarut dan merapu. Tetapi ianya masih bergantung kepada si pembaca blog. Memang ada yang suka membaca 'kemerepekan' orang tentang apa saja sebagai sekadar bacaan ringan. Ini pendapat aku pula yer. Aku pun ada membaca blog-blog yang menggunakan ayat dan perkataan yang aku sendiri susah nak faham. Contohnya, semangat dah jadi smgt? Hahaha.. Kekadang, walaupun perkataan itu begitu, pengisian serba sedikit tetap ada. Contohnya, bila blogger bercerita tentang pokok misai kucing, dan misai kucing yang sebenarnya. Mungkin ada yang tidak pernah tahu tentang pokok misai kucing tetiba jer mendapat info baru. Ooo.. ada ek, pokok misai kucing! Macam tu la lebih kurang.

Bacaan yang ketiga itu tentang 'Melahirkan bloggers bertanggungjawab' itu sangat menarik. Betul, bloggers tidak boleh takut atau memihak. Betul, menjadi blogger memerlukan disiplin. Setakat nak menulis satu atau dua entri untuk satu atau dua bulan, rasanya tidak perlu melainkan dia sudah lama ber'blog' dan mempunyai peminat atau pembaca tersendiri. Betul juga tentang prinsip kebebasan bersuara. Dan menggalakkan kebebasan berbahas di dalam 'blog'nya.

'Blog' juga tempat berkongsi maklumat, kan. Itu pendapat aku la juga. Lebih-lebih lagi jika kita dah punya ramai pengikut atau kawan atau keluarga juga banyak mengetahui tentang kita melalui 'blog' itu. Yer la, terkadang ada sesuatu yang tidak terluah dengan kata-kata. Dan pada masa yang sama juga, kita mahu ramai yang tahu. Jadi, tulis sahaja disini. Adakalanya juga kita mendapat info yang boleh dikongsikan. Jadi, kongsi sahaja disini. Ek.. pesal tetiba dah bunyi cam orang Indon ni? Hahaha..

Ok la, ingat nk beli rak buku la, untuk buku-buku sekolah Aisya. Nak gi survey la kejap. Daaa...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...