Iklan

Jan 19, 2009

Mimpi indah yang realitinya menyesakkan dada.

Bismillahirrahmanirrahim...

Mimpi itu indah. Betul la, memang ada mimpi yang menakutkan. Cam mimpi hantu, mimpi orang mati, dan macam-macam lagi la. Tapi mimpi aku indah. Indah kerana ianya adalah suatu harapan yang menjadi kenyataan. Hmm.. bukan harapan sebenarnya. Aku tidak suka mengharap, kerana biasanya apa yang aku harap jarang menjadi kenyataan. Ianya lebih kepada suatu yang kita suka. Yess.. i find the right word here!

Suka. Contohnya, kita sukakan sesuatu atau seseorang seperti suka kat Brad Pitt. (Eh.. aku tak sukapun Brad Pitt sebenarnya, tapi nama tu jer yg boleh aku fikir saat ini!). Jadi, tiba-tiba dalam mimpi itu, Brad Pitt datang melamar! Fuhhh...

Realitinya.. mustahil la kan! Hahaha..

Cintailah seseorang yang mencintai dirimu. Hmm...

Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu (17hb. Januari 2009)

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku juga tidak mahu ketinggalan sebenarnya menulis tentang ini. Tambahan plak la kan, aku kan tinggal di sini. Walaupun aku tidak mengundi kerana aku tidak tinggal di salah satu Dun yang kena mengundi, tapi hari-hari aku berulang alik di bawah teduhan dan kibaran bendera-bendera hijau dan biru itu. Dan hari-hari aku juga, kena menempuh kesesakkan yang panjang.

Seronok mendengar kisah kawan-kawan yang pergi mengundi. Yer la, pilihanraya kecil ni, kena pada masa dan tempat yang terpilih sahaja. Hari itu, Permatang Pauh gamat. Sekarang Kuala Terengganu menjadi tumpuan. Macam berhari raya pun ada. Lebih hebat pun mungkin juga. Lebih-lebih lagi di pusat mengundi.

Ahad lepas, pagi-pagi di tempat kerja, sudah riuh dengar pengalaman diaorang yang pergi mengundi. Senyum lebar usah dikira lagi. Mungkin yang disokong sudah menang. Aku dan yang lain yang bukan pengundi hanya tumpang seronok, tumpang teruja. Kata diaorang, rasa macam artis pun ada. Disambut dengan huluran tangan-tangan untuk bersalaman sebaik sahaja turun dari kereta. Macam-macam bisikan pula kedengaran oleh peraih undi. Itu tidak termasuk lagi pandangan-pandangan yang tidak menyenangkan oleh beberapa pihak yang kononnya menyangka mereka ini penyokong lawan. Haa.. itu 'perception' yang tidak sepatutnya ada. Jangan disangka yang berseluar jeans dan berbaju t-shirt biasa tidak menyokong pembangkang dan jangan pula dianggap yang berkempen kehulur kehilir membawa bendera biru itu memangkah kotak pemerintah. Sekarang, tiada yang mustahil.

Oh yer, ada seorang kawan bercerita baru-baru ini. Suatu hari ketika dia sedang menunggu keretanya yang sedang dibaiki siap, seorang yang agak berumur mendekati dan berkata, 'Sekarang ni, jangan dipercayai sangat yang berjubah labuh, atau yang berpurdah semua tu. Mereka tak semestinya baik'. Yer.. dia sedang berkempen sebenarnya. Tapi, untuk statement itu, kena fikir sendiri la kan..

Jan 15, 2009

Hanyut dalam angan-anganan?

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku tidak hanyut. Aku juga belum hanyut. Aku masih berpaut kepada realiti. Tapi, kenapa ek, tajuk entri aku cam tu?

Haa... ini gara-gara novel yang aku baca. Aku bukan berangan, tapi setiap kali aku membaca novel aku seolah-olah hanyut dibawa ke dalam kisah yang aku baca. Aku boleh menangis. Aku boleh teresak-esak. Dan aku juga boleh ketawa. Itu semua ketika aku membaca novel. Lepas itu ok la.

Tapi, betul juga barangkali kata seorang teman. Kekadang, semangat kita turut hilang bila membaca novel yang sedih. Dan sebaliknya juga. Sejak dahulu, aku memang lambat kalau bab-bab membaca, seperti juga makan. Orang lain dah habis sepinggan, aku baru habis separuh walaupun aku rasa dah cukup laju aku makan. Bila membaca, aku lambat kerana terlalu menghayati sesuatu cerita. Kekdg, sanggup pula ulang balik beberapa pages kerana rasa cam lost sekejap. Kekadang juga aku perasan, perangai aku juga sedikit 'lain macam' dalam hari-hari aku menghabiskan sesuatu novel. Mungkin juga masa tu, semangat aku memang tak der kot. Diawan-awangan dalam kisah yang aku baca.

Teruk betul la. Beberapa malam yg lepas, sempat membaca sedikit novel 'Hartini' ketika mengulit Aisya tidur. Sedikit jer baca, dah cam hanyut dalam kepedihan hati Hartini yang tersentuh dengan ketabahan hati seorang Amli. Terus berhenti disitu. Cukup lah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...