Iklan

Jan 29, 2010

Sungguh bagai dikata

Bismillahirrahmanirrahim...

...Aisya merengek hari2 meminta dibeli wau utk dia. So, hari ini pulangnya kami dari Astaka hampir jam 12 tengahari, singgah sebentar di Pantai Batu Buruk. Untuk.. membeli wau. Tidak boleh singgah lama utk bermain, sebab matahari tgh tegak di atas kepala dan dibimbangi aiskrim yg dibeli tadi cair di dalam kereta.



Petang, layan dia bermain wau.

Err... saya pun main juga.

Memang best!

Jan 28, 2010

Kesian Aisya, tapi kat mama pun kesian jugak

Bismillahirrahmanirrahim...

Ada 2 buah bangunan sedang dalam proses pembinaan. Baru dalam peringkat piling works. Bermakna setahun lagi kot, baru siap. Menurut sumber yg kurang boleh dipercayai iaitu jaga atau guard sekolah.

Dari satu sesi, dah menjadi 2 sesi. Pagi dan petang. Darjah 2 hingga 4 di sesi petang. Bermakna Aisya di sesi petang.

Bising?

Semestinyalah kan. Apatah lagi bila ianya hanya di luar bilik darjah sahaja. Suara cikgu pun tenggelam timbul.

Kelas KAFA atau fardhu-ain utk murid darjah 2 hingga 4, terpaksa dibuat pada hari jumaat dan sabtu. 3 jam sehari. Jam 2.30 hingga 5.30 petang. Sepanjang tahun. Kecuali cuti sekolah dan cuti am.

Kesian Aisya, tak der hari rehat sepenuhnya.

Kesian mama, nak pergi jalan2 pun terpaksa fikir berkali2.

Wau atau layang-layang?

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekarang adalah musim bermain wau di sini, di Terengganu atau lebih tepat di daerah kecil saya ini. Musim padi sedang berisi ini memang angin bertiup agak kencang mulai tengahari hingga ke petang. Keadaan ini biasanya akan berpanjangan sehingga habis musim menuai padi. Seperti biasa, budak2 dan bapak2 budak juga mulai sibuk membuat wau atau layang-layang.

Of course di Terengganu, layang-layang itu lebih selesa disebut wau. Panggilan layang-layang lebih digunakan di sebelah barat dan selatan semenanjung. Info berguna dan benar ni yer, manalah tahu kot2 ada para pelajar sedang membuat kajian tentang perbezaan wau dan layang-layang. Hehe.. :D

Well, saya suka main wau. Saya pernah main wau ketika kecil2 dulu. Bukankah entri terdahulu ini ada menyebut tentang saya yg lasak dan mengikut sahaja adik-beradik saya bermain apa sahaja. Wau adalah salah satu daripadanya. Melihat wau melenggang lenggok bermain angin di langit tinggi, ianya suatu kepuasan yg tidak terhingga.

Dua tiga hari ini, Aisya setiap hari merengek meminta dibeli atau dibuatkan wau untuk dia. Dah hari2 dia tengok budak2 bermain wau di sekitar rumah, dia pun terliur ingin bermain sama. Sayangnya wau yg maklong dia belikan berharga 30sen tk sempat naik tinggi, dah koyak. Hahaha.. Mujur tak nangis. Tapi, masa makan malam ni pun sempat lagi dia berbisik pd saya ajak pergi beli wau. Ishhh.. anak mama ni, malam2 mana ada org jual wau sayang oii!

Tak payah, esok cik buat wau ke Dania.

Cik dia menyampuk.

Cik dengar rupa2nya.

Cik dia nak tumpang main sama la tu.

Nota kaki : Cik adalah adik aku yg lelaki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...