Iklan

Jan 28, 2010

Wau atau layang-layang?

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekarang adalah musim bermain wau di sini, di Terengganu atau lebih tepat di daerah kecil saya ini. Musim padi sedang berisi ini memang angin bertiup agak kencang mulai tengahari hingga ke petang. Keadaan ini biasanya akan berpanjangan sehingga habis musim menuai padi. Seperti biasa, budak2 dan bapak2 budak juga mulai sibuk membuat wau atau layang-layang.

Of course di Terengganu, layang-layang itu lebih selesa disebut wau. Panggilan layang-layang lebih digunakan di sebelah barat dan selatan semenanjung. Info berguna dan benar ni yer, manalah tahu kot2 ada para pelajar sedang membuat kajian tentang perbezaan wau dan layang-layang. Hehe.. :D

Well, saya suka main wau. Saya pernah main wau ketika kecil2 dulu. Bukankah entri terdahulu ini ada menyebut tentang saya yg lasak dan mengikut sahaja adik-beradik saya bermain apa sahaja. Wau adalah salah satu daripadanya. Melihat wau melenggang lenggok bermain angin di langit tinggi, ianya suatu kepuasan yg tidak terhingga.

Dua tiga hari ini, Aisya setiap hari merengek meminta dibeli atau dibuatkan wau untuk dia. Dah hari2 dia tengok budak2 bermain wau di sekitar rumah, dia pun terliur ingin bermain sama. Sayangnya wau yg maklong dia belikan berharga 30sen tk sempat naik tinggi, dah koyak. Hahaha.. Mujur tak nangis. Tapi, masa makan malam ni pun sempat lagi dia berbisik pd saya ajak pergi beli wau. Ishhh.. anak mama ni, malam2 mana ada org jual wau sayang oii!

Tak payah, esok cik buat wau ke Dania.

Cik dia menyampuk.

Cik dengar rupa2nya.

Cik dia nak tumpang main sama la tu.

Nota kaki : Cik adalah adik aku yg lelaki.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...